Tarikh : 3/11/2016
Waktu : 10.00-10.30pagi
Tempat : Ruzfat Noodle, Bandar Baru Bangi.
Sebenarnya aku dan suami dalam perjalanan ke Senawang. Masuk ke tol Bangi untuk mengambil seseorang. Disebabkan berjanji untuk berjumpa pada jam 10.30 pagi dan waktu masih awal, kami ambil keputusan untuk bersarapan terlebih dahulu.
Mengikut kata hati, tiba di bulatan selepas tol, kami mengambil susur keluar ke tiga. Kami nampak restoran Ruzfat ini. Agak sunyi dan tersusun elok kerusi mejanya. Suami terus memberhentikan kereta dan turun bertanya sekiranya mereka 'sudah buka'. Alhamdulillah, memang sudah buka tetapi belum banyak makanan yang ada. Ada nasi lemak dan mee kari...
Kemas dan bersih... |
Kami memesan minuman yang sama... |
...dan makanan yang sama. Semangkuk mee kari berharga RM5.90 (murahlah jika dibandingkan dengan mee kari Resepi Rahsia). Lagipun isinya agak banyak. Suami berkali-kali mengatakan sedap...sedap... Tapi iyalah, rasa makanan ini sebenarnya tak sama di tekak setiap orang, kan? Nak tahu sedap ke tidak, kenalah cuba... |
...tengok tu, ada isi ayam... |
..tak dapat nak berwefie dengan suami, makcik rakam saja wajah sendiri... tak ada masalah, kan? :) |
Restoran ini terletak betul-betul berhadapan dengan bangunan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Bangi. |
Sewaktu makan di sini, disebabkan belum ramai pelanggan, sempatlah aku berbual dengan wanita (mungkin pemilik restoran) yang menyediakan hidangan kami. Adalah sedikit panduan yang aku kongsikan kepadanya berdasarkan pengalaman aku membuat mee kari. Mudah-mudahan panduan itu bermanfaat hendaknya. Semoga juga perniagaan mereka terus berkembang maju. InsyaAllah. Aamiin...
Setuju kak.. Lain tekak, lain citarasanya.. Bangi jauh dari Ampang.. :(
BalasPadamTak jauh pun sebenarnya...makcik pun duduk Ampang (Pandan Indah)...:)
PadamBolehlah share resepi mee kari kakchik..
BalasPadamBiasa je KY... apa-apa jenis mee/laksa, yang buat sedap adalah kuahnya... :)
PadamTak pernah masak mee kari.
BalasPadamSenang je...tapi ikut tahap kerajinan... :)
Padamsuka makan mi kari tetapi tak pernah membuatnya
BalasPadamKadangkala rasa setakat nak makan seorang atau berdua, baik beli je... :)
Padamhuhuuu..suka makan mee kari tapi tak pandai buat!
BalasPadamNak mak tolong buatkan? :)
PadamMee kari ni dulu kala selalu menjadi menu wajib setiap kali perayaan atau majlis2 kecil di rumah. Sampailah saya sekeluarga rasa macam dah jemu barulah saya berhenti meyediakannya. tengok entry kak cik ni macam rasa rindu pula nak makan mee kari...mmm...petang ni boleh buat kut..dah lama tak makan air tangan sendiri nihh...
BalasPadamSamalah kita. Kakcik pun rasa dah lama tak buat. Seronok buat kalau ramai yang nak makan. Macam Normala kata, selalunya buat masa hari raya atau ada majlis-majlis kecil je... :)
Padamtgk pun dah tau msti pekat mee kari tuh kakcik...
BalasPadamkadang kite pg kedai bkn sbb dia sesak ramai org, kadang bila tgk dia nampak bersih kemas n bukak awal kite rasa nk pg...
Kalau bersesak-sesak, rimas juga kan? Tak salah kita mencuba bila tengok kedai tu kemas dan bersih walaupun agak lengang... :)
PadamBaru minggu lepas kami sekeluarga makan mee kari Kakcik
BalasPadamAnak-anak memang suka itu yg buat tu.
Sekarang kakcik kemana asyik berdua aje kan. Anak2 dah besar.
Selalunya memang berdua-duaan sekarang. Tapi sesekali ada juga anak-anak nak ikut. Macam pergi Johor baru-baru ni, Adik ikut. :)
PadamKat rumah kaknoor pun kalau mee memang fav anak-anak begitu kalau mkn luar mesti nk order mee yg berkuah contohnya mee kari lah kakcik, nampak sedap dan pasti sedap tu kan
BalasPadamAlhamdulillah...sedap... :)
Padamsy tahu di mana lokasi kedai ni tp tak penah nk berenti mkn pun lagi sbb dok sarapan kat kedai kelate kat area situ juga .....sedap kak cik nanti sy review klu sarapan lgi di situ minggu dpn ..minggu ni tak leh pi situ sabtu ade event anak ... hari dah gerak ke jb
BalasPadamOoooo...nanti kalau ke sana lagi kakcik cuba pulak makan di kedai Kelate tu... :)
PadamKena cuba juga ni kakcik
BalasPadamSeksyen berapa ya?
Seksyen 3 kot. Dekat bulatan selepas tol, susur selepas tol. Susur ke 3...
PadamSeronok tengok kakcik selalu jalan2 dgn abg Mus, sarapan, makan-makan, teman pi kerja luar sana sini.. rezeki....
BalasPadamMakchaq macam jarang sama-sama kecuali balik kampung..
InsyaAllah bulan depan dah start cuti pencen.. harap ada la peluang relax2 sikit...
Tapi kerja pakchaq la ni x dak jalan2....
Nak pi mana tunggu cuti ja la..
InsyaAllah...akan ada masa untuk Makchaq dan Pakchaq berjalan2 berdua-duaan nanti... :)
Padamhuhu Hsna tak gemar sangat mee kari..mee sup tak pe..
BalasPadamLain orang, lain seleranya... :)
Padamsaya suka mee kari, tp kadang tu terbeli yang tak sedap. yang sendiri buat juga sedap
BalasPadamLelaki ni kekadang tak reti rasa KC, semua makanan dibantainya kata sedap walaupun sebenarnya biasa biasa aje rasanya hihi...
BalasPadam