Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 11 November 2016

300,000 rakyat Kelantan hadapi masalah mental...

Artikel diambil dari : SINAR HARIAN

BACHOK - Kira-kira 300,000 daripada 1.2 juta penduduk Kelantan mengalami masalah kesihatan mental akibat pelbagai tekanan hidup termasuk gejala dadah, kemurungan dan masalah keluarga.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, jumlah itu (300,000) berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lepas.

"Sebilangan besar mereka berumur antara 16 dan 24 tahun terutama dari kalangan wanita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok Datuk Dr Ilias Hussain.

Dr Ahmad Razin berkata, masalah kesihatan mental jika tidak dirawat lebih awal ia berisiko tinggi untuk pesakit mendapat penyakit mental.

Beliau berkata, bagi tujuan merawatnya, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, menyediakan perkhidmatan psikiatri.

Hospital Tanah Merah dan Hospital Kuala Krai pula menyediakan perkhidmatan pesakit luar psikiatri dan hospital daerah lain menyediakan perkhidmatan berkala, katanya.

Beliau berkata di samping itu terdapat 10 pusat pemulihan psikososial di seluruh Kelantan dan bagi daerah Bachok bertempat di Klinik Kesihatan Bachok. - Bernama

Itu baru statistik yang diambil dari Kelantan.  Dengan kos hidup yang kian meningkat sekarang, cuba buat kajian di seluruh negara.  Berapa ramai agaknya yang kian sakit mental mereka (mungkin termasuk aku juga)...

14 ulasan:

  1. Betullah Kakcik. Buatlah kajian seluruh negara baru tahu statistik dia macam mana
    Jangan-jangan yg sakit mental lebih ramai dari yg sihat.

    BalasPadam
  2. Buat ikut negeri. Setiap negeri kalau boleh. Jangan berat sebelah. Jangan nanti orang nampak Kelantan je bermasalah.

    BalasPadam
  3. tu gamaknye keluar post kat fb diana rashid tu keh keh keh

    BalasPadam
  4. Teringat semasa saya sedang dalam pengajian Master di UKM, saya sempat berkenalan dengan seorang kakak yang mengambil pengajian Master Psikologi. Katanya, "Universiti Malaysia Sabah menubuhkan sekolah (fakulti) psikologi." Jawab saya yang masih mentah ketika itu, "Buat apalah tubuhkan sebuah sekolah (fakulti) psikologi. Bukannya ramai orang gila (di Malaysia ni)." Jawab kakak itu, "Bidang psikologi ni bukan hanya untuk rawat orang gila saja."

    Hari ni saya baca entri Kakcik Nur, terasa ngeri tengok stastik tu. Era ekonomi-politik Malaysia diurus oleh Najib sedikit sebanyak meningkatkan tekanan hidup rakyat Malaysia. Kalau tidak, masakan ada kes tinggalkan status luahan hati di fb dan kemudian bunuh diri di Jabatan Pulau Pinang pada 26 Oktober 2016.

    BalasPadam
  5. Satu demi satu statistik permasalahan diwarwarkan..sedih bila melihat angka angka itu kak..kita harapkan penguatkuasa..penguatkuasa sendiri tewas dengan gejala sosial..dadah dan sebagainya..ya tidak dinafi mereka juga manusia biasa...harapnya kita semua kukuhkan benteng dalaman..moga Allah bantu kita..

    BalasPadam
  6. Kalau gabung kan jumlah seluruh negera, tak yah nak cakap dah kak. hahaa.. "(mungkin termasuk aku juga)"...garu kepala tak gatal bila pikir keadaan ekonomi sekarang ni.

    BalasPadam
  7. Disamping itu kita juga perlu kekuatan diri untuk hadapi cabaran hidup.

    Bayangkan cabaran di zaman cucucicit kita akan datang...

    BalasPadam
  8. Terkejut....tapi percayalah setiap negeri pun pasti ada kes begini. Jangan fokus pada Serambi Mekah saja.

    BalasPadam
  9. Adduhhh kak... biar betul? Apakah punca sebenarnya ya? Tekanan hidup atau kurang iman?

    BalasPadam
  10. rasanya dikeluarkan statistik kelantan sebab ada program di kelantan kan. rasanya ada je statistik bagi negeri lain. cuma personally bagi saya data ni memang sangat menakutkan

    BalasPadam
  11. ekonomi dan politik di malaysia yang kian tenat salah satu penyebab penyakit mental ni...

    BalasPadam
  12. Duduk kat sini yg pandai2 balik dr oversea pun ramai yg sakit mental.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com