Kawan-kawan kakcik

Khamis, 3 November 2016

Aku suka menonton Inspirasi HLive kerana...

(Hehehe...tajuk dah macam karangan budak sekolah hendak ambil peperiksaan pulak...)


Aku suka menonton rancangan Inspirasi HLive kerana aku suka melihat kejayaan mereka yang dari tiada apa-apa tapi sekarang sudah berjaya.  Antara episod yang aku suka tengok :

Bryan Loo - pengasas rangkaian Chatime Malaysia
Kisah bagaimana beliau menjana pendapatan dari usia
7 tahun untuk mendapat apa yang diingininya. Datang
dari latarbelakang keluarga 'berniaga', tapi tidak
mengharapkan wang ibubapa semata-mata.

Shuib - anak kampung yang serba kekurangan tapi punya
cita-cita dan impian besar untuk menjadi terkenal agar dapat mengubah taraf kehidupan.  Sekarang telah mampu membeli
(secara pinjaman - tapi bank tidak akan memberi pinjaman
andai kedudukan kewangan tidak stabil, kan?)
rumah penthouse
yang benilai jutaan ringgit (3 tingkat dengan tujuh bilik).

Dato' Hj Ramli MS - berasal dari Singapura dan hanya mendapat
pendidikan sehingga Darjah 6.  Berusaha kuat dari zaman
kanak-kanak dek kerana kesusahan hidup.  Di usia 17 atau 18
tahun sudah merantau ke Jepun.  Datang ke Malaysia di usia
lebihkurang 22 tahun.  Sekarang menjadi antara individu
yang disegani dalam industri muzik.

Eh...dua beradik comel ini tidak muncul dalam rancangan HLive
atau mana-mana rancangan TV (siabang pernah muncul bersama
ibubapanya di TV Al Hijrah bersama Prof. Muhaya).  Cuma
nenek mendoakan agar mereka juga akan menjadi insan yang
berjaya suatu hari nanti.  Berjaya di dunia dan sejahtera
di akhirat.  Untuk itu, mereka juga kena berusaha...

15 ulasan:

  1. tul kakchik.lea pun suka tengok rancangan ni.dari tiada apa2 mereka telah berjaya

    BalasPadam
  2. cam menarik je rancangan ni kakcik... sy tak pernah tgk... bila rancangannya,,,

    BalasPadam
  3. kadang2 ada jgk rancangan di astro yg seronok di layan kan kakcik...

    kadang mmg mereka artis atau org di kenali tp mereka membina kerjaya mereka ngn usaha titik peluh bkn ngn gosip kontroversi semata2...

    BalasPadam
  4. Alah comel sangat 2 beradik tu. Takpe nanti teruskan legasi parents diorang buat pakaian.

    BalasPadam
  5. Kegigihan mereka mengertikan sebuah kehidupan..

    BalasPadam
  6. lama tak singgah blog kak cik

    sy dah lama tak beblogging. tetibe harini rasa rindu sgt.
    singgah sini . tak tahu la konsisten ke tak berblogging. hehe ..

    comey nya yg gambar last tu :D

    BalasPadam
  7. tak pernah tgk .. nanti kena tgk la

    BalasPadam
  8. Tengok semalam kisah Dato Ramli Ms. Hebat rumah dia. Hebat lagi kegigihan dia menapak kejayaan. Tapi tentu paling hebat kalau dia perkenalkan wife dia kan.

    BalasPadam
  9. Berani dan sukakan cabaran.. itu ke formulanya?

    BalasPadam
  10. gambar yang last tu memang sangat WIN kakcik

    BalasPadam
  11. Betul tu KC...saya pun terinspirasi jugak tengok kejayaan diaorang tu. Tp tulahkan, bukan senang nak senang...
    Comelnya budak dua orang pakai kaler emerald KC

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com