Kawan-kawan kakcik

Selasa, 27 September 2016

Denggi oh denggi...

Anak bongsuku masuk wad sejak hari Sabtu malam (24/9/2016) setelah suhu badannya hampir cecah 40C.  Pada mulanya doktor hanya mahu memberikan ubat dan disuruh balik dan datang kembali dua hari kemudian sekiranya demam tidak surut dan bintik-bintik merah kelihatan 'tumbuh' di badan. Tapi aku minta agar anakku dimasukkan sahaja ke wad.  Sementara duduk di wad kecemasan pun, suhu badannya terus naik walaupun hampir 3 botol air (drip) dimasukkan.

Selepas ujian darah, disahkan dia demam denggi dan ada jangkitan kuman juga dalam darahnya...

Kawan-kawan, tolong doakan sama agar kesihatan Muhammad Muzakkir segera pulih sepenuhnya, ya.  PT3 just around the corner...

Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan.  Semoga Allah SWT memberi kesembuhan segera buat anak bongsuku ini.

kesian dia...

entah macamanalah benda ini dipasang hingga darah boleh menitis keluar...

Dia rasa sejuk hingga menggigil tapi jururawat tidak
membenarkan dia berselimut, sebaliknya disuruh mandi
kerana suhu badannya sangat tinggi...


11 ulasan:

  1. mungkin salah pasang kat tempat cucuk tu sampai meleleh darah keluar. semoga anak kakcik cepat sembuh

    BalasPadam
  2. semoga anak Kakcik cpt sembuh..cba Kakcik bagi dia minum air jus betik dan sup ketam..

    BalasPadam
  3. smoga cpt baik..cuba bagi mkn sup ketam

    BalasPadam
  4. Moga Muzakkir cepat sembuh seperti sediakala...amin

    BalasPadam
  5. Saya mendoakan agar anak bongsu Kakcik segera sembuh..

    BalasPadam
  6. Ya ALLAH..berilah kesembuhan pada adik ini..semoga dia dapat menduduki examnya dgn tenang dan penuh semangat..

    BalasPadam
  7. moga di berikan kesembuhan bt si sepet ye kakcik

    BalasPadam
  8. Alahai, kasihannya dia! Semoga anak bongsu Kakcik cepat sembuh dari denggi ni ya. Dahlah nak sit for exam ya...

    BalasPadam
  9. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada Muhammad Muzakkir.
    Aamiin.

    BalasPadam
  10. Try bagi sup ketam.. Katanya bagus utk pesakit denggi.
    Semoga Allah sembuhkan penyakit Muhammad Muzakkir.. Aaminn..

    BalasPadam
  11. Kita rasa sejuk tapi sebenarnya suhu badankita panas....macamanalah nak mandi ye KC kalau macam tu punya cerita. Habis tu boleh mandi ke anak KC tu....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com