Kawan-kawan kakcik

Khamis, 22 September 2016

Dari jendela aku memerhati...

Tarikh : 19/9/2016 (malam) hingga 21/09/2016 (petang)
Tempat : Bilik 301, Hospital Pantai Ampang

bersendirian di sini
aku cuba tenangkan hati
diam dan menyendiri

semoga turun tekanan darah yang tinggi

terlihat mendung dibawa awan
indah di mataku yang leka memerhati
teringat sewaktu bercuti bersama kawan
kenangan indah lekat di hati

bangunan tinggi megah berdiri
namun comot tak terjaga rapi
begitu juga dengan diri ini
tanpa iman hilanglah seri

mendung pergi dan datang lagi
namun hujan tidak menyirami
leka juga aku memerhati
memujuk jiwa damailah hati

ini gambaran di waktu senja
Maghrib sudah merangkak tiba
serahkan diri kepada Yang Esa
semoga hilang segala duka

ini pula di waktu Subuh
saat siang mula berlabuh
tidak kedengaran suara tabuh
namun kewajipan jangan ditangguh

menikmati sarapan seadanya sahaja
syukurlah kerana ia tidak bersisa
jangan rungutkan rezeki di hadapan mata
fikirkan mereka yang serba tiada

hari ini langit cerah
awan memutih berarak megah
jangan kesali hidup yang tak mudah
minta dan terus meminta dari Allah

melihat langit hatiku tenang
bagai di kolam berenang-renang
keluar nanti dugaan pasti datang
semoga jiwaku kuat menentang

mereka datang menziarahiku
jiran-jiran yang selama ini terasa jauh dariku
namun rendahnya hati mereka itu
datang mencairkan jiwaku yang beku

14 ulasan:

  1. santailah santai di dalam Pantai,
    peluang Allah beri untuk mendamai,
    resah hati yang mencanai,
    masa lalu dan masa nak mai...

    BalasPadam
  2. Semoga cepat sembuh seperti sediakala, KakCik.

    BalasPadam
  3. saat-saat macam ni lah peluang utk merapatkan ukhuwah yg kian berjauhan kerana kesibukan.
    semoga cepat sembuh, kak cik ^_^

    BalasPadam
  4. dah sihat belum ni kakcik? semoga cepat sembuh ye... enjoy... anggap ini peluang Allah bg rehat.. insyaAllah hati tenang mudah darah tu turun...

    BalasPadam
  5. Bacaan BP tinggi sangat ya, Kakcik?

    Semoga Kakcik cepat sembuh. Rehat-rehatkan diri dan minda. Jangan banyak sangat berfikir tentang kehidupan ni, Kakcik ...

    BalasPadam
  6. kak service diaorang ok tak? sebab ada orang cakap service diaorang dah out..
    anyway take care kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dibandingan dengan awal-awal dulu, sekarang ni rasanya layanan diaorang agak 'kureng' terutama para jururawat di wad. Sukar senyum dan macam tak begitu gemar bercakap...

      Padam
  7. Moga dapat rehatlah kat sepital tu KC.....baring tido, tak payah nak buat kerja rumah....Insyaallah cepatlah turunnya dare tu

    BalasPadam
  8. peluang utk beramal berzikir dan membaca AlQuran. Alhamdulillah. Di rumah kan kita sentiasa sibuk dgn kerja rumah hingga boleh jatuh sakit sebab kurang rehatnya. GWS.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com