yang ini mahu tak mahu kena ditelan... |
Kawan-kawan kakcik
Rabu, 28 September 2016
Selasa, 27 September 2016
Denggi oh denggi...
Anak bongsuku masuk wad sejak hari Sabtu malam (24/9/2016) setelah suhu badannya hampir cecah 40C. Pada mulanya doktor hanya mahu memberikan ubat dan disuruh balik dan datang kembali dua hari kemudian sekiranya demam tidak surut dan bintik-bintik merah kelihatan 'tumbuh' di badan. Tapi aku minta agar anakku dimasukkan sahaja ke wad. Sementara duduk di wad kecemasan pun, suhu badannya terus naik walaupun hampir 3 botol air (drip) dimasukkan.
Selepas ujian darah, disahkan dia demam denggi dan ada jangkitan kuman juga dalam darahnya...
Kawan-kawan, tolong doakan sama agar kesihatan Muhammad Muzakkir segera pulih sepenuhnya, ya. PT3 just around the corner...
Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan. Semoga Allah SWT memberi kesembuhan segera buat anak bongsuku ini.
kesian dia... |
entah macamanalah benda ini dipasang hingga darah boleh menitis keluar... |
Dia rasa sejuk hingga menggigil tapi jururawat tidak membenarkan dia berselimut, sebaliknya disuruh mandi kerana suhu badannya sangat tinggi... |
Khamis, 22 September 2016
Dari jendela aku memerhati...
Tarikh : 19/9/2016 (malam) hingga 21/09/2016 (petang)
Tempat : Bilik 301, Hospital Pantai Ampang
bersendirian di sini aku cuba tenangkan hati diam dan menyendiri semoga turun tekanan darah yang tinggi |
terlihat mendung dibawa awan indah di mataku yang leka memerhati teringat sewaktu bercuti bersama kawan kenangan indah lekat di hati |
bangunan tinggi megah berdiri namun comot tak terjaga rapi begitu juga dengan diri ini tanpa iman hilanglah seri |
mendung pergi dan datang lagi namun hujan tidak menyirami leka juga aku memerhati memujuk jiwa damailah hati |
ini gambaran di waktu senja Maghrib sudah merangkak tiba serahkan diri kepada Yang Esa semoga hilang segala duka |
ini pula di waktu Subuh saat siang mula berlabuh tidak kedengaran suara tabuh namun kewajipan jangan ditangguh |
menikmati sarapan seadanya sahaja syukurlah kerana ia tidak bersisa jangan rungutkan rezeki di hadapan mata fikirkan mereka yang serba tiada |
hari ini langit cerah awan memutih berarak megah jangan kesali hidup yang tak mudah minta dan terus meminta dari Allah |
melihat langit hatiku tenang bagai di kolam berenang-renang keluar nanti dugaan pasti datang semoga jiwaku kuat menentang |
mereka datang menziarahiku jiran-jiran yang selama ini terasa jauh dariku namun rendahnya hati mereka itu datang mencairkan jiwaku yang beku |
Rabu, 21 September 2016
Makan-makan di rumah blogger Azian Elias...
Tarikh : 17/9/2016 (Sabtu)
Waktu : mulai 3.00 petang
Tempat : Rumah Puan Seri Azian Elias
Kehwa tea |
Nad (tokey Pes Sambal Ikan Bakar) Zura (tokey gula) Lina (tokey kuih muih moden dan tradisional) |
Model ubat gigi |
Kami berlima. Pasal apa makcik depan tu gemuk sangat ? |
Hidangan yang tak sempat dijamah semuanya... |
Sedappppp... |
Kuih talam (atau bingka?) ubi itu dibuat oleh Lina (Norhafizah Othman). Sedapppp... |
Brownies |
Selasa, 20 September 2016
Isnin, 19 September 2016
Pes Sambal Ikan Bakar Berempah Yang Sedap...
Makcik bukan nak bagi resepi, tapi makcik nak tolong promosi (promosi percuma anak-beranak)...
Pes sambal ini kawan makcik yang buat. Buat sendiri dengan kasih sayang dan keikhlasan tau... Nanti boleh terjah instagram dia @chillfoodbyciknad atau @andymasom...
Sepaket ini cuma RM10.00 |
Susun 4 ekor ikan kembung (yang ini makcik punya), nak susun ikan lain pun tak ada masalah... |
...lumurkan dengan pes sambal (hanya separuh paket untuk empat ekor ikan ini)... |
...di bawah ikan tadi dah letak daun pisang (dalam pemanggang serbaguna) dan selepas letak pes sambal, tutup lagi dengan daun pisang, barulah dapat aroma yang membangkitkan selera... :) |
Setelah siap dipanggang dan sedia untuk dimakan... |
Sedappppppppp... Tak percaya? Cubalah beli satu dan rasai sendiri keenakannya... |
Khamis, 15 September 2016
Kau tak akan mengerti...
Penat memikir berkerut dahi resah jiwa resahlah hati indahnya alam ciptaan Ilahi namun sakit ini sukar diubati |
berkabus alam seredup hati meresap jauh ke tulang selangka kau sama sekali tak akan mengerti tentang ketawaku yang sengaja direka |
mengharap sinar di sebalik kabus terang mentari mewarnai pagi luka hati tak mungkin dikambus setelah rajuknya kau bawa pergi |
Rabu, 14 September 2016
Bertemu 'Uncle'...
Tarikh : 11/09/2016
Masa : Sekitar 7.00 pagi
Melalu BLOGNYA, aku dapat tahu UNCLE atau Haji Shahrir bin Ali akan berada di Masjid Jamek Kuala Lumpur antara jam 4.30 pagi hingga 7.30 pagi setiap Ahad untuk melakukan kerja-kerja kebajikan. Hasrat hati sudah lama ingin bertemu dengan lelaki hebat ini (hendak tahu tentang kehebatan beliau, bacalah blognya). Lalu pada hari Sabtu (10/09/2016), aku nyatakan kepada suami untuk bertemu dengan Uncle di Masjid Jamek. Suamiku memang 'senang kira' orangnya.
Mulanya suami mencadangkan agar kami solat Subuh di Masjid Jamek pada subuh Ahad itu, tapi disebabkan aku agak lewat bangun, suami bersolat di surau dan aku solat di rumah. Sekitar jam 6.30 pagi kami keluar rumah. Cuaca redup dan basah kerana hujan turun agak lebat dari jam 4.30 pagi.
Tiba di Masjid Jamek, aku dengan mudah dapat mengenali Uncle. Aku minta suami turun menegurnya sebelum mereka berdua datang ke kereta. Sekejap sahaja kami berjumpa tapi sempat jugalah bertukar sedikit cerita...
'Uncle' yang peramah dan sangat merendah diri... |
...bagai bertemu sahabat lama. :) |
Bukti kita telah bersua... hehehe |
Isnin, 12 September 2016
Pertemuan semula dengan rakan-rakan (bahagian 2)...
...usai tugas suami, kami pergi makan dulu (terima kasih kepada yang belanja makan minum kami)...
Akhirnya kami sampai ke rumah lebihkurang jam 3.30 petang....
Mihun sup dan cendol |
Selepas makan, kami terus mendaftar masuk ke Sunway Hotel, Seberang Jaya. Sebenarnya aku telah membuat janji untuk bertemu dengan Makcik Kantin (McK). Beliau akan datang ke hotel lebihkurang jam 5.30 petang, jadi sempatlah aku merebahkan diri seketika selepas perjalanan yang panjang...
Tiba ketikanya, McK datang dan memberitahu akan membelanja kami makan (belanja lagi... Alhamdulillah, murah rezeki yang menerima dan memberi). Kami berjalan kaki sahaja ke Sunway Carnival Mall yang tak jauh dari hotel...
Sudah lebih setahun kami tidak bertemu (Adoiiii... dua kali saiz mukaku dari muka McK) |
Ketiga-tiga kami memesan set hidangan yang sama di Nando's |
Lepas makan di Nando's, lepak sekejap sampai Maghrib di Starbucks sebelum kami berpisah. Ikut cadangan En Suami, dia hendak bertolak balik ke Kuala Lumpur pada malam itu juga. Ala... letihlah!
Dalam bercadang-cadang nak balik, kami tertidur dan hanya keluar hotel pada jam 6.30 pagi. Menyusuri semula lebuhraya ke Selatan, kami keluar di Kuala Kangsar. Di sini aku teringat tentang seorang sahabat yang pernah sekelas denganku di sekolah menengah dahulu. Kami ada juga berhubung di facebook. Setelah menyemak nombor telefon, ternyata nombornya ada dalam simpananku. Cuba menghubunginya tapi tidak berjawab ( aku mengagak dia sedang mengajar kerana dia seorang guru).
Perjalanan diteruskan ke kampung halamanku - Kg. Karai. En Suami hendak bertemu dengan mereka yang dikenalinya untuk bersarapan bersama...
Sewaktu di Karai, aku menerima panggilan dari sahabatku yang mengatakan beliau akan berehat pada jam 9.00 pagi. Aku mengajak suami kembali ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan sahabatku itu...
Dalam bercadang-cadang nak balik, kami tertidur dan hanya keluar hotel pada jam 6.30 pagi. Menyusuri semula lebuhraya ke Selatan, kami keluar di Kuala Kangsar. Di sini aku teringat tentang seorang sahabat yang pernah sekelas denganku di sekolah menengah dahulu. Kami ada juga berhubung di facebook. Setelah menyemak nombor telefon, ternyata nombornya ada dalam simpananku. Cuba menghubunginya tapi tidak berjawab ( aku mengagak dia sedang mengajar kerana dia seorang guru).
Perjalanan diteruskan ke kampung halamanku - Kg. Karai. En Suami hendak bertemu dengan mereka yang dikenalinya untuk bersarapan bersama...
Sukalah tu dapat bersembang dengan orang yang aku sendiri tak kenal! Karai ini kampungku bukan kampung En Suami... |
Kuih ini namanya KUNDAS. Ada resepi DI SINI |
Di Karai, mee yang dijual begini di panggil MEE LAMBAK. Masa kecilku dulu, mee ini boleh dibeli dengan harga serendah 20 sen atau 50 sen, tapi sekarang harganya RM2.00 sepinggan. |
Sewaktu di Karai, aku menerima panggilan dari sahabatku yang mengatakan beliau akan berehat pada jam 9.00 pagi. Aku mengajak suami kembali ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan sahabatku itu...
Sudah lebih 30 tahun kami tidak bersua muka. Untung Cikgu Midah dapat mengajar di kampung halaman. |
Pertemuan kami hanya seketika sahaja sebelum kami meneruskan perjalanan. Masuk semula ke lebuhraya dan keluar di Bidor pula untuk mengisi perut dan terus melalui jalan lama menuju Tanjung Malim sebab suami hendak menunaikan solat Jumaat...
Di sinilah suami menunaikan kewajipan solat Jumaat. Masjid Al Hidayah, Behrang. |
Akhirnya kami sampai ke rumah lebihkurang jam 3.30 petang....
Sabtu, 10 September 2016
Pertemuan semula dengan rakan-rakan (bahagian 1)...
Oleh kerana tujuan kami ke Seberang Perai sepatutnya mengambil masa hanya 4 jam perjalanan jika tidak banyak singgah, jadi perjalanan kami menjadi lebih santai bila bergerak awal pagi. Mula-mula kami berhenti di stesen Shell Tanjung Malim arah Utara. Kononnya suami hendak melelapkan mata seketika. Tahu-tahu hampir sejam kami terlena! Sebaik terjaga, perjalanan diteruskan. Berhenti pula di RTC Simpang Pulai untuk menunaikan kewajipan kepada Ilahi. Seterusnya kami masuk ke jalan lama menuju Tanjung Rambutan. Suami telah berjanji dengan kawannya untuk bersarapan di rumah kawan tersebut. Kebetulan pula isteri kepada kawan suami adalah bekas rakan sekelasku di sekolah menengah dahulu. Sudah lebih dua puluh tahun rasanya kami tidak bertemu.
Kerana masih awal, kami berehat dulu di dalam kereta di kawasan masjid berdekatan.
Masjid Tanah Hitam |
Hampir 8.00 pagi barulah suami menelefon kawannya untuk bertanya arah rumah. Lebihkurang satu jam di rumah tersebut, kami meneruskan perjalanan ke Utara...
Kawann suamiku ini asalanya adalah kawan sekerja kepada adiknya (adik suami) tetapi akhirnya menjadi rapat dengan suamiku... |
...inilah kawan sekelasku dulu. Terakhir kami bertemu lebih dua puluh tahun lalu di Kuala Lumpur |
Sarapan pagi yang disediakan. Alhamdulillah. Sebenarnya pertemuan itu yang lebih penting dan hidangan. Apa-apapun kami tetap 'kenyang perut suka hati' |
Tidak masuk ke lebuhraya PLUS sebaliknya menyusuri jalan lama, kami terus ke kampungku. Ziarah sebentar ke pusara bonda dan kemudian singgah di Jambatan Victoria untuk bergambar kenangan kononnya (padahal berpuluh kali balik sebelum ini tak teringin pun nak naik bergambar atas jambatan yang sudah dijadikan warisan negara itu). Hmmmm... ada penggambaran la pula di situ. Ambil sahajalah gambar seadanya...
Rumah warisan yang disewakan Sejak ibubapa sudah tiada, aku memang tiada hati hendak naik ke rumah ini. |
Sibuklah dia orang tu! |
Makcik memang tak pandai senyum bila ambil gambar sendiri. |
Seterusnya, masih melalui jalan lama kami menuju ke Taiping. Sempat singgah beli dan makan durian di tepi jalan.
Beli sebiji (RM9.00) dimakan berdua. |
...ke sinilah sebenarnya tujuan kami. Suami ada sedikit kerja di sini. |
Langgan:
Catatan (Atom)