Kawan-kawan kakcik

Selasa, 29 Mac 2016

Lempeng kosong dengan kari ayam kampung...


Satu ketika dulu, di zaman aku masih seorang anak kecil, tinggal di kampung dan berasal dari keluarga miskin, dapat makan kari ayam (walau hanya ayam kampung dan memang tak kenal pun dengan ayam daging pada masa itu) adalah sesuatu yang boleh dikatakan mewah.  Biasanya ayam hanya dijadikan lauk pada hari raya.  Rendang ayam yang mak masak memang sedap.  

Sekarang, walaupun tidak kaya raya dan kadangkala mengeluh dengan harga ayam(suamiku yang mengeluh itu kerana urusan ke pasar adalah urusannya.  Aku tak tahu pun harga ayam sekilo berapa...), tapi masih boleh rasanya kalau hendak makan masakan berasaskan ayam setiap hari sehingga jemu. Iya, kami sudah tidak kerap lagi membeli ayam kerana anak-anak juga nampaknya sudah beralih selera.

Apa pula yang aku kisahkan ini?  Tajuk lain, isi lain...

Oh... suamiku menerima pemberian seekor ayam kampung yang siap diproses dari seorang teman. Tak tahu hendak masak apa, aku jadikan kari bersama kentang.  Kemudian aku buat lempeng 'kosong' (tepung gandum dibancuh dengan air sejuk dan sedikit garam).  Aku padankan kari dan lempeng. Rupa-rupanya tekak aku sudah semakin 'tua' (seiring peningkatan usia).  Makanan yang dulunya menjadi kesukaan, sudah semakin sukar hendak ditelan.  Ada sahaja rasa yang tidak kena.  Sudah semakin mengada-ngada seleraku ini rupa-rupanya.  Tapi di sebaliknya, aku mungkin lebih berselera makan nasi putih dengan ikan bilis yang digoreng bersama cili api dan bawang besar.

Anak-anak,  bila suatu masa nanti andai panjang usia orangtua kalian dan mereka mula memilih-memilih untuk makan, janganlah marah-marah. Sebenarnya mereka sudah puas makan sepanjang hidup.  Di hujung-hujung usia, mungkin makanan yang kalian tidak pandang itulah yang akan menjadi kesukaan mereka...

12 ulasan:

  1. Mak Aina di usia 65 tahun seleranya sudah berubah kepada KFC, Mc Donald, nugget dan sebagainya.

    BalasPadam
  2. Mak lea sekarang ikan tak lalu dah nak makan. nak makan ayam je kakchik. dulu langsung tak suka makan ayam

    BalasPadam
  3. sedap nih kakcik... kadang masakan yg mcm nih lebih enak di mlt kita dr makanan moden

    BalasPadam
  4. alamak kak.. kat rumah ada roti.. macam nak cicah gulai jer. terliur tengok ni

    BalasPadam
  5. kalau diberi pilihan saya pilih nasi putih bersama ikan bilis cilipadi+bawang tu..

    BalasPadam
  6. sedapnye makan petang-petang gini..

    BalasPadam
  7. PC suka kak lempeng kosong makan dengan kari...dengan sambal ikan bilis pun on..betul..baba mama..mertua PC pun..ikan,,ayam..daging dah tak berapa nak lalu makan..kalau ikan bilis hitam masak asam..atau sayur masak air..ha itulah jadi pilihan..

    BalasPadam
  8. Betullah Kakcik, bila umur kita semakin bertambah selera makan berubah mengada-ngada. Mak Long pulak suka nak makan sayur bening-bening dan rebus-rebus aje.

    BalasPadam
  9. tiba-tiba pula teringat nak buat lempeng... walau tak sama macam arwah mak buat tak per... janji ada rasa...

    BalasPadam
  10. Betul KC..... saya masa kecik dulu pun jarang dapat makan ayam. Makan ayam ni waktu kenduri atau pun Hari Raya. Lazatnya hanya ALlah jerlah yg tahu. Teringat lagi cara mak nak cabut bulu ayam dulu dulu. Kena rendam dengan air panas lepas ayam dah mati tu. Alahai seksanya nak makan ayam dulu ek....

    Tetiba pulak saya teringin nak makan ikan bilis mcm yg KC buat tu...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com