Kawan-kawan kakcik

Isnin, 28 Mac 2016

Corat-coret 3 malam 3 hari di katil hospital...

...masuk pada 23/3 jam 8.00 malam dan keluar pada 26/3 jam 2.30 petang...

Sarapan pagi pada 24/3 - tak tahulah sama ada ini mihun goreng atau garam goreng!
Teringin sangat nak makan 'lengkong bodo'.  Alhamdulillah, adikku sudi buatkan...
Makanan ala-ala 'pemakan sayur', tak termakan juga - tiada rasa...
Selepas minum  air bancuhan serbuk Urosulf ini, asyik pula berulang ke bilik air...
Bila keluar hospital, terus masak apa yang keluarga suka...
23/3 - aku merasakan kedinginan yang luar biasa sehingga menggigil.  Berselimut juga tidak menghilang atau mengurangkan rasa dingin itu.  Aku melarang anak bongsuku (kami hanya tinggal berdua pada petang itu) memasang kipas atau pendingin hawa walaupun cuaca di luar panas membahang.  Setelah tidak tertahan, aku meminta si Bongsu menelefon adikku yang tinggal berdekatan untuk membawa aku ke hospital.  Tiba di hospital, setelah diperiksa suhu badanku 40.5 darjah Celcius.  Ubat untuk menurunkan suhu badan dimasukkan ke tubuhku 'seperti anak kecil'...

Beberapa jam kemudian, aku masuk ke wad - bilik 4 katil, tapi hanya aku seorang di bilik itu.  Bukan mudah untuk melelapkan mata dengan keadaan badan yang tidak selesa dan sesekejap didatangi jururawat untuk memeriksa.  Tambah pula dengan tangan yang dicucuk untuk memasukkan air.

24/3 - satu demi satu katil yang kosong menerima pesakit.  Doktor pakar pun datang pada awal pagi. Katanya kencingku banyak kuman.  Yang lain-lain iaitu demam dan pernafasan semua sudah semakin baik.  Diminta untuk keluar, doktor itu ketawa. Katanya paling cepat pun esok sebab aku kena habiskan antibiotik dan demamku perlu dipantau dulu walaupun ujian darah menunjukkan tiada masalah.

25/3 - bila keluarga pesakit lain datang melawat mereka, aku mula rasa hendak demam semula. Riuh-rendah tiba-tiba hingga aku sakit kepala. Waktu Qaid bersama ibubapanya datang sebelumnya pun aku bagi isyarat supaya dia tidak bising dengan meletakkan jari di mulut dan sebut 'syyhhh'.  Dia pun faham.  Tapi bagi sesetengah orang, waktu melawat pesakit adalah waktu untuk bersuka-ria seolah-olah sudah begitu lama tidak berjumpa. Kalau duduk di bilik yang tidak berkongsi dengan pesakit lain, suka hatilah nak buat apa, waima hendak berbaring bersama, kan?

Petang hari ini aku menerima dua suntikan berhampiran buku lali kaki kananku yang belum pulih dari kesakitan lama.  Aku yang meminta rawatan ini setelah 'bercerita' dengan doktor terdahulu dan dia merujukkan kepada doktor pakar ortopedik.  Kebas jugalah kakiku untuk beberapa jam.  Doktor menasihatkan untuk aku melakukan fisioterapi sebelum keluar wad.  Makanya, esok sahajalah aku keluar...

26/3 - Pesakit di sebelah katilku (seorang wanita bukan  Melayu yang masih muda), asyik batuk sejak dia masuk.  Kalau rajin, dia akan ke bilik air.  Jika tidak, sesuka hati dia saja hendak berkahak. Malam waktu tidur asyik mengerang.  Waktu makanan tiba, lagi kuatlah dia batuk dan berkahak.  Tak mengapa, aku faham bahawa ini adalah wad hospital bukan bercuti di hotel mewah.  Aku pun bukan baru pertama kali masuk wad.  Malah hospital memang bagaikan rumah keduaku sejak puluhan tahun yang lalu.  Jadi, aku sudah lali...

Lepas waktu Zuhur aku sudah boleh balik.  Suami menjemputku.  Dan... seperti biasa, selepas dua tiga hari meninggalkan rumah, sebaik melangkah masuk banyaklah tugasan yang menanti...

18 ulasan:

  1. alhamdulillah kakcik dh boleh balik umah...
    banyakkan rehat ye kakcik...

    sbb kalu tgk catatan tarikh tuh pun dana rasa kakcik perlu rehat lg... sbb tarikhnya bulan nya sampai dh bulan 6 dh hehehe...

    yelah kan kakcik, kadang kita sudahla sakit bila ada yg dtg melwat bising2 riuh2 kita pun jd tak selesa

    BalasPadam
  2. Sementara baru sembuh ni kakcik kena kejamkan sebelah mata tengok keadaan rumah yg baru ditinggal tu. Jgn terus-terus buat kerja mengemas macam masa sihat. Bimbang juga nanti berulang pulak dek kerana letih. Jaga kesihatan kita kakcik bila dah berusia ni kadang semangat kita ni aje yg kuat tapi sebenarnya kita dah tak sekuat dulu.

    Peel org menziarah org sakit memang ada yg buat kita pun tak faham.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum
    singgah pagi isnin

    BalasPadam
  4. alahaiii dapat jiran yang hmm..hmmm tu yang payah..cuma kene doa bnyak-banyak lepas ni tak cehck in lagi la mak..semoga cepat baik mak.

    BalasPadam
  5. syukur akak dah kelur hospital..dah semakin pulih...alhamdulillah..selagi boleh lebihkan dulu berehat..bagi badan betul betul pulih..maklumlah dihospital tempat rawat orang sakit..tempat orang sakin beristirehat dan dapatkan rawatan..tapi adakala sakit kita semakin bertambah dek ragam orang lain...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah kak cik sudah sihat... semoga kak cik rehat sepenuhnya di rumah....

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..semoga mak sihat seperti sediakala...jaga pemakanan ye mak...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...Kak Cik Nur dah sihat...musim-musim panas ni ramai yang demam...saya pun masih sakit tekak....minum air banyak2 ya Kak...

    BalasPadam
  9. alhamdulillah semoga selepas ini diberi kesihatan yang baik ....
    dugaan semua tu ...wlupun kadang tu sukar ditempuhi terutamanya yg berkahak tu huhuhu

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum,
    semoga kakcik cepat sihat

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah...muga segera sihat macam sedia kala. Kejamkan mata sebelah bila melihat keadaan rumah biar Kakcik sihat semula.

    BalasPadam
  12. KC demam rupanya ye.....
    Alahai tengok meehoon tu saya pun tak selera KC...... apatah lagi pesakit kat sepital yg mmg dah kurang selera makannya.
    Yelahkan.... kena faham le , mereka bukan melawat sedara mereka sorang, kanan kiri tu masih ada pesakit lain yg nak berehat...

    Amboiiii.... mcm balas dendam je gayanya tengok lauk yg KC masak tu hahaha

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah dah sihat.. dah bolehasak lauk yg teringin...
    Makchaq suka pulak lauk hospital.. masuk hospital sebab bersalin ja.... sedap ja makan makanan hospital... licin makan....

    BalasPadam
  14. Dok elok-elok...semoga bertambah sihat...

    BalasPadam
  15. assalamualaikum kakcik...alhamdullilah dah kembali ke rumah semula yer...:)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com