Kawan-kawan kakcik

Rabu, 30 Mac 2016

Sambal tumis telur rebus...

...bila selera serba tak kena,
lauk begini cukuplah seadanya...

16 ulasan:

  1. Balasan
    1. Senanf je...

      Rebus telur hingga betul2 masak (keras).

      Kisar cili (ikutlah nak pedas atau tidak) bersama beberapa ulas bawang merah.

      Tumiskan dalam minyak panas sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

      Masukkan telur rebus (yang sudah dibuang kulitnya) dan bawang besar yang dihiris bulat. Kacau sebati hingga bawang layu.

      Siap...:)

      Padam
  2. Sedapnya Kakcik...dah lama tak makan telur sambal mcm ni :)

    BalasPadam
  3. Samabl tumis telur rebus salah satu kemestian anak kakak yg di T'ganu bila balik sana mesti nak bekal ini. Dia suka sangat kakcik.

    BalasPadam
  4. sesekali mmg sedap kakcik, kadang sampai bertambah2 mkn di buatnya

    BalasPadam
  5. sedap kakcik saya suka, tp anak2 dan suami lebih suka telur yg digoreng matakerbau berbanding rebus.

    BalasPadam
  6. sambal tumis teler rebus memang lejen ...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Kak Cik.....lama-lama sekali makan sambal telur sedap juga ya...

    BalasPadam
  8. PC suka makan sambal telur rebus ni dengan nasi dan kicap.lagi satu makan dengan lontong..fuyooooo..memang sedap kak..

    BalasPadam
  9. aduh makkkkk ape saje tentang sambal adelah kegemaran saya mak!

    BalasPadam
  10. kalau tak ada idea memasak, mmg resepi telur la yg saya buat..
    saya suka goreng sekejap telur tu lepas rebus.

    BalasPadam
  11. Tiap kali rebus telur mesti saya akan lebihkan 2 biji telur sebab bila dah siap direbus mesti dak Nuha nak.. hehehe.. berlari datang ke dapur mintak telur rebus.

    BalasPadam
  12. tamabh kicap ngan nasi panas perghhhhhh

    BalasPadam
  13. Saya selalu jugak buat sambal telur tapi saya pecahkan telur kat dlm tu...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com