Kawan-kawan kakcik

Rabu, 27 Mei 2015

Orang yang dikenali pun tidak lagi selamat untuk diikuti...

...dulu-dulu sewaktu anak-anakku masih kecil dan di bangku sekolah,
aku dan suami selalu berpesan :
'jangan ikut orang yang tak dikenali'
'kalau ada orang ajak tumpang sewaktu balik dari sekolah,
jangan ikut.  Kecuali mereka orang yang dikenali atau
mereka itu jiran kita'

Sekarang, mungkin kata-kata itu tidak boleh digunakan lagi.
Jangan ikut walaupun mereka kita kenali!

Maka, 
di manakah lagi tempat yang selamat?
siapakah lagi manusia yang boleh dipercayai?

Allah Ya Allah...
manusia kian hilang kemanusiaan!

Kota Bharu: Tiga kanak-kanak berusia diantara sembilan hingga 13 tahun yang dilarikan seorang lelaki yang dipercayai untuk diculik ditemui di sekitar Stadium Sultan Muhammad IV, kira-kira 1.30 pagi tadi.
Sebelum ditemui kanak-kanak berkenaan dibawa bersiar-siar oleh suspek yang berusia 29 tahun itu di sekitar bandar Kota Bharu, Rantau Panjang, Bachok dan Gua Musang selama 48 jam.
Selepas pulang ke Kota Bharu, tiga mangsa kemudian dibawa ke sebuah hotel sebelum polis membuat serbuan pada 12.20 tengah malam tadi, selepas ibu seorang daripada kanak-kanak membuat laporan kehilangan anaknya pada 24 Mei lalu.
Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti latar belakang suspek yang kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan," katanya.
Gambar dan berita dari : http://www.hmetro.com.my/node/53623#sthash.P88dSpAR.dpuf

21 ulasan:

  1. MasyaAllah.. semakin berleluasa kes culik sekarang ni kak cik..
    Betul tu, orang yg kita kenali pun tak boleh dipercayai kan..
    Semoga Allah melindungi anak-anak kita.. sesungguhnya Allah Yang Maha Pelindung..

    BalasPadam
  2. Kepercayaan yg dikhianati, seumur hidup belum tentu dapat dimaafkan. Semoga Allah lindungi nasib 3 beradik ni.. :'(

    BalasPadam
  3. zmn makin moden zmn makin mencabar.... terutama nk jaga anak...
    tp kan kakcik kadang dana tgk ada je anak2 yg main sorang kt tepi jln dlm usia yg muda mungkin dlm 2 ke3 thn... di biar bermain2 tanpa pengawasan org dewasa....

    kadang terpikir mak bapak tak kisah ke anak2 main kt luar gitu, dana teringat masa kecik2 kalu adik nk main kt laman umah pun kite yg kakak nih kene tmnkan jgk walaupun sambil bt keje sekolah... apa2 jd kt adik itu tanggungjwb kite

    BalasPadam
  4. Nasib baik mereka dapat diselamatkan.Dunia jadi makin tak selamat dgn macam macam hal disekeliling kita.

    BalasPadam
  5. betul kak cik, sekarang macam-macam berlaku dikalangan mereka yang tak pernah terfikir akan melakukan perkara tak baik.Dunia semakin menakutkan .

    BalasPadam
  6. ya allah gerunnya, sekarang ni byk betul kes colik budak...

    BalasPadam
  7. skrg ni semua dh tak boleh percaya kan kakcik, ngeri bila dengar anak2 kena culik sana sini,mudahan tak terjadi pada orang2 sekeliling kita dan mohon ALLAH lindungi nya

    BalasPadam
  8. Yelah kan KC..... dunia mmg tak selamat dah..... Nak percaya kat sapa pun tak tau...

    BalasPadam
  9. ngeri kakcik baca cerita penculikan kanak2 sekarang...

    BalasPadam
  10. Bahaya sungguh la ni...tak boleh tinggal sembarangan..

    BalasPadam
  11. Bila nilai kemanusiaan sudah hilang..sangat menghampakan..

    BalasPadam
  12. ibubapa kena lebih peka dan jangan lalai...apatah lagi bila berada dia taman permainan atau pun dtempat khalayak ramai..

    BalasPadam
  13. Aduiii seriau je bila bc kes2 camni kan...moga anak2 kita selamatlah hendaknya ek...

    BalasPadam
  14. Assalammualaikum kak chik @ mak..

    lame x tanya khabar.. ingat lagi pada saya hihi??

    Jenayah semakin berleluasa skrg..kita kena lebih berhati2 lagi.. tambah2 lagi kes penculikan budak, ya Allah minta simpang Ow..

    BalasPadam
  15. Semuga ALLAH melindungi anak2 kita dari segala macam bahaya...
    Cepatlaaa anak kita yg sekolah rendah tu dewasa...

    BalasPadam
  16. Tadi saya dengar berita 1.30 TV3, polis kata itu bukan kes penculikan. Entahlah saya tak begitu arif tentang definisi penculikan, ia buat kita takut, tapi seolah-olah polis kata jangan takut...segalanya terkawal. Ia mungkin jadi tak terkawal cuma bila ada anak menteri atau anak pegawai kanan polis kena culik, ketika itu baru ada langkah lebih berkesan bagi atasi masalah penculikan...

    BalasPadam
  17. mcm mcm versi cerita ada ni... hurmmmm

    BalasPadam
  18. Susah hati jadi makbapak sekarang ni. Tak tahu macamana lagi nak beri nasihat pada anak-anak. Saya selalu juga pesan pada Abang, jangan ikut sesiapa sahaja yang mengajak. Mommy tak akan suruh orang lain untuk ambil dia kecuali Daddy dan juga seorang sepupunya@anak sulung my eldest sister yang tinggal berhampiran dengan rumah kami.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com