Sewaktu aku berada di India, aku melihat di facebookku ramai yang meletakkan gambar mangga harum manis dari Perlis. Sebab aku bukanlah peminat mangga, gambar-gambar itu langsung tidak memberikan apa-apa kesan kepadaku. Sudah menjadi rezeki, aku dan suami mendapat dua kotak mangga India seperti dalam gambar di atas. Aku tak buka pun kotak-kotak mangga itu sehingga kami tiba di rumah.
Timbul masalah sewaktu hendak membawa balik mangga-mangga itu. Ada yang kata, ia tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia. Ada yang bagi cadangan untuk masukkan sahaja ke dalam beg pakaian. Akhirnya, kami suami isteri serahkan segalanya kepada Allah SWT. Kami bawa dua kotak mangga itu ke lapangan terbang. Kami guna khidmat pembungkusan (lebihkurang RM18) dan kami masukkan bersama beg ke dalam kargo.
Tiba di KLIA dan melalui pemeriksaan Kastam, suami berterus-terang tentang apa yang kami bawa. Alhamdulillah. Langsung tiada masalah. Sampailah mangga-mangga itu dengan selamat ke rumahku. Walaupun keadaannya sudah agak terlebih masak, sempatlah juga anak menantuku merasainya.
|
Untuglah qaid dpt makan mangga india,, :)
BalasPadamQaid belum boleh makan mangga... :)
PadamKak cik biji mangga ni kasi sy nk tanam ;)
BalasPadamAlaaa...dah tak tahu tumbuh kat mana dah biji tu...dah dibuang... :(
PadamSaya pun tak berapa gemar mangga tapi bila tengok gambar mangga India ni terliur pulak :) Dah jadi rezeki anak-anak dan menantu, dapatlah mereka merasa makan mangga India ni ya, Kakcik!
BalasPadamAlhamdulillah. Baru betul2 mangga India yang dibawa secara langsung dari India...:)
PadamSalam Kakcik... Sedap ke mangga India.. Hari tu jumpa Kakcik & husband kat Restoran Nasi Lemak Royale...
BalasPadamW/salam...
Padamakhirnya En Syed muncul juga...puas kakcik cuba jejaki blog itu...:)
Kakcik bukan peminat mangga. Mungkin sedap bagi orang lain, tapi tidak buat kakcik...
Eh eh.. bertemu juga jodohnya di sini... Hihihi.. =D
PadamBukan main gebu gebas lagi mangga india kak..
BalasPadamHahaha... dah terlebih masak tu...
Padamsedapnya
BalasPadamAlhamdulillah...
Padamagaknya sama tak dgn mangga india kt tempat kita ni..
BalasPadamSama je kot. Asalnya dari sana juga, kan? :)
PadamMemang sedap mangga ni. Musim mangga kat sana memeng seronok makan mangga.
BalasPadamKakcik memang tak sempat nak makan mangga sewaktu di sana. Sempat minum mango lassi je... :)
Padambgs jgk kawalan ketat gitu... takde lah jd kes bom2 atau kes2 lain mcm bwk senjata ke hapa kan...
BalasPadamtakde gambar isi mangga ke kakcik? sedap ke mcm harum manis?
Tak ingat pulak nak ambil gambar isinya. Macam kakcik dah kata, kakcik bukan peminat mangga, jadi susah kakcik nak kata sedap ke tak...
PadamMasa muda2 dulu saya memang gila mangga. Tapi bila dah berumur ni dah sangat slow, takut makan banyak mangga penyakit lain pula yang datang...
BalasPadamKakcik memang tak minat makan benda yang masam, kalau manis tu bolehlah terima walaupun taklah suka sangat... :)
Padam2 kotak, puas makan tu kakcik...hihihi
BalasPadamAnak-anak yang makan... :)
PadamRezeki anak menantu dapat makan pauh india...
BalasPadamSaya peminat tegar mangga kak cik... hehhehe
Alhamdulillah...rezeki mereka... :)
Padammacam mana rasanya tu agaknya.. lain ke.. sama ke... huhu
BalasPadamLainlah sikir rasanya...namanya pun lain... hehehe
PadamSama ke rasa dgn mangga Malaysia KC?
BalasPadamTulah pernah dengar cite jugak ada benda yg tak leh bawak masuk Malaysia.
Seronok ke tidak gi New Delhi KC? Jumpa Kareena Kapoor tak?
Seronok. Rasa nak pergi lagi sbb tuari tak sempat jumpa Kareena Kapoor...hahaha
Padambernas tanggong?
BalasPadamTakde maknanya bernas nak tanggung... :(
Padampernah mkn mangga india..bapa mertua bw blk dr india
BalasPadamMana lebih sedap berbanding dengan harum manis? :)
PadamSalam, saya masa g ND pn nak bawa balik, tapi x berani sebab aiport x kasi, kalau tau lepas, bawa balik banyak, heheh, nasib puas makan masa di sana
BalasPadam