Kenapa dia dirantai di situ? Mungkin kerana 'sayang' Tapi andai ia boleh berkata-kata, pasti terdengar keluhannya : 'sayang yang bagaimanakah ini? dirantai dan dikunci. Dibiarkan panas dalam sinar matahari. Diabaikan dalam kedinginan hujan.' Pemiliknya pasti ada alasan tersendiri, yang hanya dia yang mengerti. Kalau ditanya kepada 'juri', pelbagai ulasan boleh didengari tapi masalah enggan mereka selami... |
Ini pula satu pemandangan yang biasa di negaraku yang tercinta. Bangga mendapat tempat, hingga segala benda hendak diletak sama. Pedulikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Bukan mereka sahaja yang ada masalah. Ada orang yang lebih berat masalah mereka. Pandai-pandailah selesaikan sendiri. Jangan cemburu dengan keselesaan kami! |
Mesti ada sebab tuan dia letak tampat panas tu. Mungkin tempat lain tak ada port untuk rantai macam tu agaknya. Kasihan tak dberikan kerusi untuk duduk.
BalasPadampenyelesaian masaalah ...
BalasPadamikut hati mati
ikut orang perang
ikutlah undang undang kalau tak mau ringgit melayang.
ala kesian basikal
BalasPadammenyampah kadang2 naik LRT, nampak geng2 ni bawak barang banyak & letak atas kerusi.. pastu buat muka tak reti pula. eh entahlah orang zaman skrg ni. huhu
BalasPadamSenario biasa di negaraku tercinta kakcik:)
BalasPadampemandangan bwh tu biase sgt dah tu..
BalasPadamassalamualaikum,
BalasPadamplastik tu lebih berharga dari orang ;)
Baktinya diperlukan..kebajikannya diabaikan..sedih..hihi..
BalasPadamassalamualaikum kakcik...basikal ditinggal oleh tuannya...mesti ada destinasi yg x boleh menggunakan basikal tu kak...:)
BalasPadammungkin pekerja majlis bandaran punya basikal kot kakcik?
BalasPadamtu sayang punya pasal..
BalasPadamsayang basikal dirantai.. sayang barang di......???
semua berbalik pd diri sendiri jgk
BalasPadamrantai basikal tepi tiang kt area opis ni pn ada..mat salleh..pelik jugak..tkde ke yg curi
BalasPadamRamai yg pentingkan diri sendiri. Mereka lebih rela tengok barang mereka duduk atas bangku dari membiarkan orang lain duduk atas bangku itu. Mungkin barang mereka bernyawa kot...
BalasPadamkak kalau kat area Rawang ni, yang selalu ikat basikal macam ni warga asing kakcik, depa tinggalkan kat tiang pastu naik bas pi KL haha :)
BalasPadammungkin ada sebab dia begitu :-))
BalasPadamKasihan alahai nasib si basikal. Nasib baiklah tak pandai berfikir dan merintih!
BalasPadamScenario macam tu memang selalu terjumpa, Kakcik. Kadang-kadang tu dah nampak kita berdiri di sebelah dengan anak kecil pun, tetap juga nak dahulukan barang mereka juga! Seingat saya kerusi untuk meletak punggung manusia yang dah kepenatan berdiri, tak tahulah juga barang-barang pun tau penat sampai penuh kerusi!