Kawan-kawan kakcik

Rabu, 20 Mei 2015

Delhi - melawat kilang beras...

Jadual kami sewaktu di sini memang agak padat.  Keluar dari hotel seawal jam 9 atau 10 pagi dan hanya kembali semula ke hotel pada jam 1 pagi setiap hari. Kepadatan jadual ini adalah disebabkan oleh perjalanan ke satu-satu tempat mengambil masa sehingga 3 hingga 4 atau 5 jam!  

Kesesakan yang tidak dapat dielakkan dan sikap pemandu 'yang saling mengerti', membuatkan kesabaran adalah sangat diperlukan.  Zikir banyak-banyak.  Di sana, tiada undang-undang yang mewajibkan 'kena beri laluan kepada kenderaan dari kanan untuk lepas dahulu'.  Kalau ada lampu isyarat, ia akan dipatuhi.  Sekiranya tiada, pandai-pandailah sendiri.  Urut dada berkali-kali kerana rasanya kemalangan akan terjadi pada bila-bila masa sahaja (walaupun ia tidak terjadi). Tiba-tiba berdesup sahaja sama ada motorsikal, teksi (tut-tut), kereta malahan bas datang dari arah melawan arus!  Hon akan kedengaran tanpa henti.  Apa yang membuatkan kami ketawa, bila anjing dan lembu melintas tidak pula kedengaran bunyi hon...hahaha...

Hari pertama dan kedua di sana, kami sempat melawat ke empat kilang beras.  Apa yang aku paparkan ini hanya lawatan ke dua dari empat kilang tersebut.

Mula-mula ke kilang Best Food Limited yang khabarnya adalah kilang beras terbesar di sana. Memang luas kawasannya sehingga kami terpaksa menaiki bas untuk 'mengelilingi' tempat tersebut. Yang paling mengujakan, kedatangan kami disambut dengan kibaran bendera Malaysia...



Juariah binti Mansor dan
Mustapha bin Jaini sudah berubah
binti / bin... hahaha
Mr CEO

Di sebelah En Suami itu adalah Mr Arshad Khan.
Pada waktu ini mungkin beliau telah berada di
Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan Umrah.

Lelaki yang kelihatan sederhana
ini adalah pemilik Best Food Ltd.

Jom melawat kawasan...




Dah macam masuk ke ICU pula...


Bagaimana hasil pembedahan itu, Dr? ;-)

Antara stok beras yang sudah sedia untuk
dihantar ke luar negara...

...bersambung untuk lawatan ke kilang yang ke dua.

13 ulasan:

  1. Banyaknya stok beras..pertama kali lihat kilang beras..tq kakcik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yan, Amerika antara negara yang paling banyak mengimpot beras basmati dari India.

      Padam
  2. Satu2 perjalanan 4/5 jam?
    Sangat memenatkan..
    Boleh bengkak2 kaki duduk dlm kereta..
    Tp pengalaman dan sebab kerja...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Cik,

    Alamak dah lepas ke Delhi pulak, seronoknya,
    melawat ke kilang beras plak tu..
    Adakah beras Delhi di eksport ke Makaysia?

    BalasPadam
  4. Seronok ni kak..pengalaman melawat kilang beras..

    BalasPadam
  5. yg sederhana itu , pemiliknya


    humble gituk

    BalasPadam
  6. perkh mmg penat betul tu kakcik, kuar awal pagi balik sampai pagi jugak... huhuhu

    mule2 ingat kakcik main2 depa kibar bendera malaysia sbb ada org malaysia nk melawat sana... tp lawatan kerja... ok jgk

    mmg besar betul kilangnyer yek... teknologi pun tgk mcm canggih jgk yek

    BalasPadam
  7. alhamdulillah.. para pesakit selamat dirawat oleh tuan doktor.. hahaha..

    BalasPadam
  8. Kakcik follow misi BERNAS abang bob ke?

    BalasPadam
  9. seronok dapat berjalan-jalan kat tempat macam ni. dapat pemandangan dan pengetahuan baru.
    ini macam lebih kepada lawatan kerja saja gayanyer... =)

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Kakcik, Kesibukan jalanraya satu hal, kalau ambil keretapi lagilah haru.. Ikut tour bagus dapat keselesaan. India punyai hidup warna warni

    BalasPadam
  11. Tajamnya hidung CEO! Tersangkut pulak rasa hati. Hahaha...

    Terkejut saya tengok nama Kakcik dan suami. Memang unik. Ingatkan betullah, rupa-rupanya ni lepas 'dialihbahasa'lahkan...

    Ini sebenarnya kerja sambil bercuti ke apa ni, Kakcik?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com