Sebenarnya sepanjang lawatan kami ke Delhi, segala jadual perjalanan - termasuk waktu dan tempat makan telah pun diatur oleh mereka yang menyambut kedatangan kami. Setiap kali, kami dijanjikan bahawa makanan yang dihidangkan adalah HALAL FOR MUSLIM. Setelah menghadapinya dan memikirkannya, aku rasa apa yang dimaksudkan HALAL itu adalah bersamaan dengan restoran-restoran di Malaysia yang ada tanda PORK FREE (jangan pula ada yang buat lawak kata dapat hidangan khinzir percuma, ya). Ada yang tanpa segan silu (mungkin bagi mereka, yang haram untuk orang Islam hanya khinzir sahaja) menawarkan beer or wine kepada kami. Alaaa... macam dalam penerbangan MAS juga lah. Selepas menghidangan teh atau kopi, pramugari menatang dulang dan menyebut kepada semua penumpang 'wine, anybody please'...
|
Nampak tak apa yang bergelimpangan di belakang En Suami itu? Hadoiiiii... Sewaktu di restoran ini, aku memesan Chicken Biryani dan En Suami memesan Mutton Biryani. Selepas menelan sesuap dua, aku tiba-tiba terfikir 'eh...ayam ni disembelih ke tak?' dan selera terus terbantut. Yang lebih peka di antara kami hanya memilih menu biryani with fish curry. Di dalam rombongan kami terdapat tiga orang Non Muslim. Jadinya, arak dihidangkan 'berlaga gelas'... |
Kepada yang lebih peka, mereka membawa kami ke restoran Vegetarian sahaja. Ianya mungkin lebih 'selamat'...
|
Naan |
|
Biryani with vegetables |
|
Rice with vegetables |
|
Vegetable sandwich |
|
Sedap tau... |
|
Alhamdulillah. Walaupun En Suami teruja meminum teh masala berkali-kali, perutnya tidak meragam. |
|
Teh O yang terasa rempahnya. |
|
Siapa lebih kacak? Hehehe... |
Sewaktu balik dari Taj Mahal ke Delhi (selepas TERsesat kerana TERsalah masuk jalan. Pemandu India mendengar arahan dari Mr Waze yang digunakan oleh penumpang Malaysia - eh! bukan aku atau En Suami, ya. Walaupun pemandu itu berkata 'I never believe in GPS', namun dia terpaksa akur bila didesak oleh penumpang Malaysia itu), kami singgah di McD. Kononnya untuk 'selamat', masing-masing memesan McEgg dan McVege sahaja. Walaupun cuak, perut yang lapar perlu diisi.
Esok paginya, salah seorang anggota rombongan memberitahu En Suami, 'aku tak jadi makan burger McD semalam. Masa aku duduk kat luar untuk merokok, aku nampak banyak khinzir gemuk kat belakang restoran itu'... Allah Ya Allah. Nak termuntah pun dah takde apa nak dimuntahkan!
Huhu bahayanya.....ngeri plak kak....adui....
BalasPadamFuhhh sshnye berjln ke negera bkn islamnya tp boleh take note utk cr restoren vege ...dan cook without use wine/alcohol ....
Mc D masih ok sbb babi x de dlm menu mrk
BalasPadamDi UK ramai tertipu. Mkn vegi konon. Walhal msk sama dgn kuali / pemanas khnzr
ada teh masala...slalu dgr chicken masala or lamb shank masala hehe
BalasPadamantara masalah yang perlu difikirkan , apabila kita nak berjalan di negara yang ramai orang bukan islam
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamsinggah pagi.. sory hr nie bz skit baru masuk keja
hehe
Sedapnya nmpak makanan tu...
BalasPadamMmg mcabar kan klu kenegara luar ni...
InshaAllah moga kita dlindungi dr mkanan tak halalni..
huhuhuhu..... ssh jgk nk dpt makanan halal kt situ yek kak...
BalasPadamyg psl mcd tuh... alahai nape lah dia tak bgtau kt kakcik n suami awal2 kui3
Itulah yg kena diambil berat bila kita mahu melancung ke negara bukan Islam. Apa lagi bila ada rasa syak, dzan dan waham pada makanannya maka adalah haram jadinya kakcik..
BalasPadamitulah masalahnya kalau pi negara orang..makanan dan kebersihan tak terjamin....
BalasPadamAdoila,,,memang kene berhati-hati kalau nak ke negara orang ni kakcik..lepasni bole tapau megi & serunding banyak2 masuk dalam beg!hihihi
BalasPadamNak free vitamin tak?
Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html
mainan dorang je cik bab2 ni kan..kita nampak sekor pun dah geli geleman..kalau bergelimpangan..haih...
BalasPadamdah terlanjur makan, nak buat macam mana kak cik.. huhu
BalasPadamredaaaah ajelah..
dia pun awat baru habaq, saja ja kan.. huhu
Even kat sini pun kami sgt berhati hati bila makan kat luar...
BalasPadamTu yg sanggup masak maggi dari makan kat luar bila keluar jalan2..
Memang ada kawan pernahh kena, masa nak order kata halal... tapi bila tgk kat menu ada bercampur dgnn pork... Tak semua yg faham istilah halal tu...
Kena hati2 sangat sebab makanan ni jadi darah daging....
Memang hilang seleralah macam ni. Kalau saya lagilah susah Kakcik. Dahlah bukan 'pensayur' orangnya, memang kurus melidilah lepas balik melancong. Hahaha!
BalasPadammasa d india, most of the meat , disembelih, itu yg saya dapat infor dari malaysia yg duuduk sana
BalasPadam