Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 11 April 2015

Nama yang bagaimana kita simpan dalam telefon untuk menggambarkan perasaan kita?...

Biasanya kalau sedang bercinta, tanpa segan silu kita letakkan nama 'kecintaan' kita itu sebagai 'honey', 'baby', 'my dear', 'my other half', 'abang sayang', 'intan payung', 'manjaku' dan pelbagai lagilah kan?

Bagaimana pula kita menyimpan nama ibubapa kita?

Biasanya cukup sekadar 'mak', 'ayah', 'abah', 'ibu' - mengikut apa yang kita panggil sahaja, kan? Kenapa kita tak boleh letakkan 'Ratu Hatiku' untuk mak atau 'Wiraku' untuk ayah atau sebagainya? 

Haaaa... jom cipta alasan.  Nanti kalau letak macam tu, bila terjadi kecemasan orang tak jumpa cari pula mana nombor mak ayah kita, kan?

Hmmmm... cuba fikirkan!

9 ulasan:

  1. Husband kita ada 3 nombor. Nama dia lak sama dengan nama despatch ofis. Boleh tersalah style cakap kalau dapat panggilan. Siap kena perati nama tu. In the end ciptala nama panggilan tapi bukan abang sayang or seumpamanya. Mak memang mak. Mak mertua mama. Ada juga yang nama penuh. Kalau ramai yang nama sama kena letak macam Siti Ofis. Siti UKM ke..hahaha

    BalasPadam
  2. hihi... masa bercinta letak sweetheart dah kawin letak hubby :)... kehkehkeh..

    BalasPadam
  3. SA akui SA letak nama cik abg as My Honey...tp untuk mak dan abah masing2 SA letak Bondaku dan Ayahandaku,...hehehe...

    BalasPadam
  4. hahahah ada anak kawan mck.....letak nama (boyfriend) dia sgb 'hubby'...mak dia chk & dpt 'tangkap'..hmmmmm
    makcik go by the name saja..

    BalasPadam
  5. kerana letak nama saya sbg mama,anak dapat balik hp dia yg tercicir.Org yg jumpa tak layan panggilan selain bila saya panggil...kisah benar.

    BalasPadam
  6. kaknoor pulak sbb dok kat Brunei, jadi yg dok di Malaysia mesti nak letak M kat belakang utk orang Malaysia, B dibelakang nama utk yg tinggal kat Brunei, tapi utk hubby secret lah kan, hehe

    BalasPadam
  7. Saya letak nama Abah.. pastu ada simbol Love ♥ kat belakang.. Hehehe.. Kalau dlm kecemasan, dah sah2 dorang tahu siapa Abah ♥ tersebut.. ^_^

    BalasPadam
  8. Laaa.. tak pernah terfikir pun, Kakcik! Tapi saya sejak dahulu memang tak romantik orangnya walaupun dah kenal cinta monyet seawal usia 14 tahun. Saya letak nama boyfriend, nama aje. Takdanya darling, bebeh, ke apa. Tapi lepas kahwin, nama suami memanglah letak Myhubby. Suami saya letak lagi pendek, 'Wife'. Still tak romantik juga *_*

    Nasib baik mak dah takda nombor telefon lagi makanya takdalah amalan 'pilih kasih' ni ~_^

    BalasPadam
  9. hehehe ikut suka ler kakcik asal bahagia !

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com