Kawan-kawan kakcik

Selasa, 5 April 2011

Budak ini tiba-tiba bertanya...


sewaktu berlangsung Anugerah Bintang Popular
ramailah artis melaram dengan pelbagai gaya
aku pun turut menonton sama
tapi tiadalah rasa terpesona

tiba-tiba kurasa bagai terseradung
bila si BS bertanya sambil menggaru hidung
'kenapa ramainya perempuan masih tidak bertudung
cantik sangatkah berpakaian melopong-lopong'

aku bukanlah ibu yang baik
untuk memberikan jawapan menarik
sebab siBS ini sedikit pelik
akan bertanya selagi tidak 'tertarik'

adakah sesiapa dapat membantu
memberi jawapan buat sibongsu
kesudian kalian sangat dialu-alu
sama-samalah kita berkongsi ilmu



62 ulasan:

  1. Assalamualaikommm.. :D
    ghege minyak naik, ghege kain pon naik. tak cukop nk beli kain tutop segale.. hehe.. teman seloghoh je.. :P

    BalasPadam
  2. akan sahaya tidaklah dapat membantu
    untuk menjawab pertanyaan si BS itu
    saya percaya kakcik pun tentu tahu
    akan kenapa sahaya menjadi begitu !

    BalasPadam
  3. saya pun melopong bila nak menjawab kak..

    BalasPadam
  4. Buatnya dia tanya:

    -kenapa dulu siti pakai tudung, sekarang dah tanggal tudung...

    ~hehe

    BalasPadam
  5. sebab mereka dangkal agama~yay~

    BalasPadam
  6. Wa'alaikummussalam dinda AzeedA...

    ish.. kalo teman kate sebab ghege minyak naik, kang dijawabnya - 'bukan sughoh pakei keghete'! :)

    BalasPadam
  7. mesti tak terjawab kan kakcik..
    senang cite tak yah tgk tapi naktau gak perkembangan dunia hiburan huhu

    BalasPadam
  8. Kanda AL...

    beli puan di kedai nyonya
    alasnya pula di kedai sana
    jawapan tuan buat saya tertanya
    apakah pula yang saya tahu adanya?

    BalasPadam
  9. CGG...

    tidak mudah memberi penjelasan sebenarnya kalau tidak cukup ilmu di dada. Itu baru kepada budak berusia 10 tahun, apa lagi kalau kepada orang yang lebih dewasa dan banyak ilmu mereka.

    BalasPadam
  10. Dr DZ...

    sebenarnya dia pernah berkata begini 'dia ni dulu pakai tudung, kenapa sekarang tak pakai lagi?'... huhuhu....

    Takkanlah memamdai2 kakcik nak jawab 'suami dia tak bagi...'

    BalasPadam
  11. bujal x...

    kadangkala bukan kerana tiada ilmu...

    BalasPadam
  12. qema...

    sebenarnya banyak lagi persoalan yang dikemukakan oleh BS tu...

    contohnya :tu salam2 tu, tak haram ke? ...

    Bukan sewaktu menonton di tv sahaja, persekitaran yang 'terlalu terbuka' ini, sangat terdedah kepada pemerhatian anak2 kita...

    BalasPadam
  13. errkk.. saya juga terkedu dibuatnya

    BalasPadam
  14. kakcik
    kekadang sya pun di tegur oleh anak anak dara sya yg berdua tu, terutama si ayong

    BalasPadam
  15. Dr h4ni3...

    anak2 semakin cerdik, jadi kita sebagai ibu juga kena sentiasa bersedia untuk mencari jawapan yang memuaskan hati mereka...

    BalasPadam
  16. apakata tanya mereka sendiri..

    hehehe...

    jawapan selamat

    :)

    p/s: kakcik ati takde no. hp
    kakcik pun...sudilah bagi ye :)

    BalasPadam
  17. Sya...

    anak2 sekarang tidak lagi segan2 unuk menegur ibu mereka. Tapi, bagus juga - tidaklah kita selalu terleka. :)

    BalasPadam
  18. Ati...

    Kalau ditanya kepadanya semula, nanti dia jawab 'adik tanya mak, kenapa mak tanya adik balik?'...

    p/s : ini no hp kakcik - 0122830569

    BalasPadam
  19. ate.. teman pon nk gaghu idong juge le.. ;)

    BalasPadam
  20. AzeedA...

    BS tu memang suka menggaghu idung dia yang pesek tu! :)

    BalasPadam
  21. jawapan saya.

    *mereka mahu lari dari lindungan Tuhan.

    er, boleh ke jawab cenggitu kakcik? ngeee~

    BalasPadam
  22. nasi tambah ni kakcik:

    saya pun sama mcm BS masa kecik dulu. selalu fikir kenapa manusia tak takut Tuhan?

    kenapa salam2 sentuh2 bukan muhrim sdgkan itu tak boleh?

    kenapa bukak aurat sedangkan itu berdosa?

    kenapa itu? kenapa ini?

    BalasPadam
  23. gB...

    akan fahamkah si BS itu dengan jawapan begitu agaknya??? :)

    BalasPadam
  24. gB...

    cantik topi tu!

    orang kata, budak2 yang banyak bertanya adalah budak2 yang cerdik akalnya. gB rasa betul tak kata2 itu? Tapi kakcik tahu gB memang gadis yang bijak lagi cerdik. :)

    BalasPadam
  25. As'salammualaikuk kak cik ,

    Alahai pasti tak terjawab akak kan.. saya nak baca nie pun rasa terkedu..

    BalasPadam
  26. Wa'alaikummussalam Amy...

    jawapan itu ada, cuma bagi budak seusia BS tu, jawapannya kenalah yang tidak membuatkan dia 'pening kepala' (sebenarnya mak dia pun pening kepala hendak menjawabnya) ...

    BalasPadam
  27. mcm ne nak didik mereka dah...kena minta bantuan Allah dgn mendoakan mereka agar sedar dirik..

    BalasPadam
  28. jeBateja...

    mungkin amal ibadat mereka lebih lagi dari orang yang bertudung. Wallahuaklam...

    BalasPadam
  29. kak cik bgtau dia
    itulah pakaian artis jika hadir anugerah..hehe

    BalasPadam
  30. SN...

    nanti dia jawab 'bukan haram ke pakai macam tu?'... ;-)

    BalasPadam
  31. katakan saja itu spesis rebung
    masa kecik berbalut berbedung
    bila besar menjadi betong
    bedung pun terlerai, sekali dengan tudung...

    ooopss...jawapan keji nih!
    (pekup mulut)...

    BalasPadam
  32. Q...

    Alhamdulillah, kini Q kembali ke sini dan jujurnya kakcik baru sahaja balik dari 'rumah' Q - membaca komen2 ANON yang sangat buruk bahasanya itu!

    Apakah dia juga spesis rebung yang menjadi betung? :(

    BalasPadam
  33. erq...kalau jawapan spontan dari saya mungkin "tak sampai seru lagi kot"..huhu....

    BalasPadam
  34. SM...

    boleh juga jawab begitu kalau terdesak. Tapi kakcik tahu dia akan tanya 'seru tu apa?' :)

    BalasPadam
  35. dah sejuk sikit hati nih...dah dua kali mandi ni...sekarang ni cuaca panas kan kakcik kan? Luar panas...dalam panas...

    ntah ler kakcik...anon tu spesis apa...seronok betul dia hamun saya tiap-tiaphari pastu bacul plak tak kasi publish..AKAN TETAPI..mulai saat ini saya akan publish semua caci keji dia terhadap saya sebaik dia berani menebeng kat rumah saya lagi. Tak dulik lg dah.

    Dia kata saya tak reti menulis, so mehlah dtg bg tunjuk ajar....jgn men kutuk2 jer...pastu dia pernah tuduh saya ciplak idea satu blogger tu...yg popular dlm masak2 tu...yg awet muda tu....tp tak sebut nama clear....saper tuh? kasyafnya dia boleh tau ikhlas tak ikhlas saya dlm memberi resepi....tak macam blogger pujaan dia tu...kalau bg resepi ikhlas, detail...alahai.hey come on lah... orang~orang punya pasal...aku~akuh!

    eh ampun kakcik, dah terover plak ni...balik dululah eh, kang tak pepasal ada angin ribut plak kat sini...

    BalasPadam
  36. Q...

    kakcik yang tumpang baca pun 'angin' jadinya dengan Anon tu. Dia pandai sangat menulis ke? Kalau setakat pandai mengutuk orang, tak payah cananglah. Sekarang orang dah main video segala, kalau hanya menulis untuk mencaci maki - puaslah hati sendiri. Tapi, selalunya orang macam tu, hidup dia tak tenteram. Celik mata, fikir nak mengintai dan mengutuk. Nak tutup mata pun, akan berfikir apa lagi ayat yang hendak ditulis.

    Peliknya, kalau dah tak suka mengapa masih datang juga, kan?

    BalasPadam
  37. alahai ciklinn pun melopong2 gak nak jawap nih. hehhehe....

    BalasPadam
  38. Ciklinn...

    kenalah bersedia dari sekarang supaya ada jawapan bila anak2 bertanya nanti. :)

    BalasPadam
  39. soalan cepu mas ni... jawapan kena bijak kalau tk, nnti lg panjang soalan..hehe

    BalasPadam
  40. estee...

    memang kalau tak kena gaya, soal jawab akan jadi berjela2. :)

    BalasPadam
  41. salam kakcik,
    apa kata jawab, orang islam ni ada 2 jenis, satu jenis taat, satu jenis tak taat.. yang tak pakai tudung tu jenis tak taat.. huhu.. boleh ka?

    BalasPadam
  42. Aanas...

    betul juga jawapan Aanas tu. Lain kali kalau dia tanya lagi, kakcik akan cuba jawab begitu. Tengok apa pula reaksi si BS tu. :)

    BalasPadam
  43. urban katanya
    makin dedah - makin hollywood...

    kalo pakai yg tutup litup
    veri de kampung
    mana layak jadik artis popular

    BalasPadam
  44. taktaulah kakcik..
    agaknya nak meng-compare entri saya ngan entri pojaan hati dia tuh...
    pasttu men tuduh-tuduh lg...
    buktikanlah tuduhan tu kan?

    kakcik....bukanlah saya nak cakap besor...tapikan...tapikan...org2 'berbahasa' cam kita2 nih mana ada selera nak ciplak bahasa org kan?
    kakcik ada selera ker? ciplak bahasa org masuk dlm mangkuk sendiri...
    nak termuntah tu adalah kan? bak kata orang tu :

    pinggan tak retak
    nasi tak dingin
    orang tak nak
    haku lagi tak hingin...

    dulu saya pernah terasa yg sesetengah blogger ni mcm berpuak-puak...tp jauh di sudut hati saya buang jauh2 perasaan tu, takmo berburuk sangka, tak baik prejudis.. tp bila asyik terkena camni...rasa mcm nak mengiyakan jer...

    jari tulis lain...body pulak bahasanya lain...tu yg dah maalas nak berblogging...nak pi men juh2...dok golek2 ngan mat stereng lg besy...kan nenen oops nenek kan?

    BalasPadam
  45. milo...

    wakawakaeheh... veri de kampung, ek? Rasanya bukan semua mereka itu berasal dari bandar, kan..kan..kannnn... ;-)

    BalasPadam
  46. Q...

    sikap berpuak2 ni di mana2 pun ada. Dalam komuniti yang kecil pun boleh ada sikap 'ini geng aku, kau pergi main jauh-jauh'. Belum kenal lagi, kadang2 dah letak cop. Curiga, prasangka semuanya dibiarkan bersarang secara berleluasa dalam minda dan jiwa.

    Ah! biarkan sahajalah. Selagi tidak membawa kemudaratan secara nyata, lantak pi dialah. Jangan kita turut sakit kerana virus yang sengaja dicipta untuk menggugat keimanan kita.

    Masih ramai yang sudi bersama Q. Biarkan dia seorang di situ sehingga dia jemu hendak merapu. Kita tidak mati kerana nista. Cukuplah DIA sebagai tempat pergantungan kita.

    Jangan pergi jauh2 Q... nenek hendak juga bermain2 dengan Hero Stereng itu. :)

    BalasPadam
  47. kakchik,

    mereka tak sayang rambut mereka... biarkan rambut kena kotoran dan debu serta kena bakar di akhirat nanti...

    boleh tak macam tu kakcik?

    BalasPadam
  48. ibuintan...

    nanti kakcik bagitahu kat BS macam tu. Apa pula komennya nanti. :)

    BalasPadam
  49. Salam :

    Adeess... Soalan yang macam senang je nak jawab, tapi sukar nak susun ayat bagi jawapannya..

    :)

    BalasPadam
  50. jawapan standard;
    belum sampai seru haha..

    BalasPadam
  51. Anak2 sekarang dah bijak. Si Along & Angah tu pantang si Adiq buka pintu depan, mesti kata tunggu saya pakai tudung dulu.




    Dah lama tak tengok anugerah-anugerah cenggini kak.Dengar di radio aje pagi esoknya.

    BalasPadam
  52. Salam KakCik, dah tramai yg bertuding dari yg tak bertudung, tentu dia nampak pelik. Akak dah lama tak tengok rancangan hiburan kat TV ni...baju lopong2?

    BalasPadam
  53. hehehhehe....emmm..xterkata dibuatnye...hehhe

    BalasPadam
  54. Adol...

    selalunya macam tu la.. Soalan memang senang, nak cari jawapan tu yang agak payah! :)

    BalasPadam
  55. Reen...

    Alhamdulillah...

    Dah terbalik sekarang ni, kan? Anak2 yang mengingatkan ibubapa. Tapi sedihnya ada juga ibubapa yang sanggup mengherdik anak2 bila anak2 mengingatkan kepada kebaikan...

    BalasPadam
  56. W/salam Yong Helli...

    baju lopong2 tu = yang terdedah2 tu... ;-)

    BalasPadam
  57. Cik Ceria...

    dalam tak terkata tu, otak terpaksa berfikir juga... :)

    BalasPadam
  58. kadang2 pelik juga memikirkan.. susah sangat ke depa ni nak bertudung.. kan dah namanya wajib..

    BalasPadam
  59. Nida...

    ramaim juga yang dah bertudung, buka semula kononnya demi periuk nasi. Lupa agaknya mereka kepada siapa yang sebenarnya yang memberikan rezeki. :(

    BalasPadam
  60. apapun dia sudah tahu mana yang baik dan buruk, ....

    mana yang haram , mana yang halal.
    satu perkembangan sehat untuk anak remaja kita.

    BalasPadam
  61. AM...

    Mudah2an kefahamannya itu akan berpanjangan ke akhir hayatnya. InsyaAllah. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com