Itu bacaan tekanan darahku malam tadi. Tidaklah begitu tinggi. Tapi doktor dah mula bagi ubat untukku telan.
Hari ini pun kepalaku masih rasa pening. Goyang bila berdiri.
Semalam doktor tanya sama ada aku kurang tidur. Aku jawab, sebenarnya aku dah lebih tidur.
Doktor kata lepas telan ubat, bertenang dan tidur.
Dah bertahun-tahun aku menelan pelbagai jenis ubat. Mungkin tubuh badanku dah jadi lali. Jangan haraplah sebaik telan ubat, 10 - 15 minit selepas itu aku boleh tidur. Sempat sampai ke Jepun, patah balik ke Singapura dan terbang semula ke Korea, mungkin baru aku boleh lena dengan aman di Kuala Lumpur!
Apa sebenarnya yang aku fikir?
Ah...macam-macamlah.
Sudah di hujung-hujung usia ini, tarikan nafas mungkin terhenti pada bila-bila masa. Mengenangkannya sahaja membuatkan aku terasa ngilu dan ngeri!
AllahhuAkbar...
bonda,moga hari ni lebih sihat...mungkin bonda ada fikirkan sesuatu kot..tu yang tekanan darah tak ok sikit...
BalasPadamkena relax banyak kak, banyak fikir ini....mak saya dah lama telan ubat darah tinggi, kalau bacaan tinggi jer doktor suruh masuk bilik tidur dulu...lagi lah orang tua tu berfikir macam2.
BalasPadamPerkongsian yang bermanfaat...
BalasPadamsangat berguna
BalasPadamsemoga kakcik cepat sembuh...
BalasPadamkak cik banyakkan berehat, tenangkan fikiran ye... :)
BalasPadammak baik-baik ye di sana...
BalasPadamTakpe kakcik..nanti da makan ubat dengan teratur...tekanan dsrah tu akan terkawal..insyaallah
BalasPadamtake care kakcik
Semoga kakcik baik2 saja.. sakit itukan kifarah dosa, inshaAllah..
BalasPadamSA pernah kena 2-3 kali...tp lagi tinggi dari mak...180/120...hehehe....ikutkan kena tahan ward dah...tp x nak...ubat pun x amik just kawal sendiri....
BalasPadamkak cik... amalkan qiam tuk sembuhkan segala penyakit... insyaAllah semoga kak cik sentiasa dilindungiNya...
BalasPadamaduh risau plak hana. huhu
BalasPadamSemoga Allah permudahkan semuanya untuk KC
BalasPadamPercaya ke tidak, Kakcik... BP saya pernah naik ke 150. Doktor suruh makan ubat sebab bila tengok history keluarga, semua pun ada darah tinggi tapi saya ni degil, tak makan juga. Dua hari selepas tu bila saya buat follow up, tetiba turun BP back to normal. Peliklah....maybe saya stress bagai nak rak kot masa hari jumpa doktor kali pertama tu...
BalasPadam