Kawan-kawan kakcik

Khamis, 9 April 2015

Kalau bercuti, anda suka buat apa?...

Bercuti itu maksudnya bercuti ke tempat / negeri / negara yang kita tak pernah pergi...

Bagi aku sendiri, kalau bercuti begitu aku suka untuk  'melawat  kawasan'...

Tak ada maknanya bercuti kalau kita hanya menghabiskan masa duduk di bilik hotel, layan laman sosial atau tidur semata-mata.

Begitu juga dengan membeli-belah.  Aku bukanlah seorang wanita yang suka membeli-belah.  Aku jadi rimas kalau berjalan dengan orang yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk tawar menawar dan membelek barangan apatah lagi kalau akhirnya tiada yang dibeli.

Jadi, kalau ada yang sudi bercuti denganku, jomlah kita melawat kawasan bersama-sama dan manfaatkan kesempatan yang ada...




18 ulasan:

  1. hai kak cik
    saya lak
    bergantung pada jenis percutian tu yang diaturkan
    kalau utk berehat, mmg akan berehat
    kalau utk shopping, mmg akan pi shopping
    dan kalau utk jenjalan, mmg akan jenjalan non stop
    kena tgk motif bercuti
    tapi biasanya kesemua di atas dan akan diatur dengan baik agar tak pengsan dan semput dipertengahan jalan
    hehehehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Elly...

      kakcik kalau bercuti kerana ikut suami yang bertugas, memang banyak juga masa dihabiskan di bilik. Tapi kalau bercuti untuk jalan-jalan, maknanya kenalah jalan-jalan asal jangan pengsan... :)

      Padam
  2. Saya kalau bab bercuti, 1st thing suka cari hotel dekat pantai..sbb saya sgt suka laut...subhanallah ..rasa sangat tenang tengok laut yg luas....dan mesti ada swimming pool sbb anak bujang suka berenang )

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bercuti kat hotel dan bawa anak-anak, memang kena ada kolam. Lepas tu kena jadi pengawal peribadi waktu dia orang seronok berendam... :)

      Padam
  3. Kakak ni kalau bercuti memang bawa anak. Jadi biasanya melibatkan jalan-jalan, shopping, rehat-rehat. Ikut selera/kehendak anak lebih dari diri sendiri.

    BalasPadam
  4. dana sama banyak suke jln2 explore sana sini jugak suke supink sekali... sambil menyelam minum air kan

    BalasPadam
  5. Saya suka bercuti berjalan.. melawat tempat orang rugi kalau lepaking dalam bilik je kakcik.. ;)

    BalasPadam
  6. sy suka shopping tp takde la berejam2 menawar.. sebab sy tak reti nak menawar.. hehehe

    BalasPadam
  7. kaknoor pun suka jalan2 tempat orang, cari makan dan ambik gambar, agenda wajib, shopping tu boleh lah sbb bila kita jenjlan bawa baju sikit, konon tak mau berat beg, lepas tu gi shopping sbb baju dah habis pakai hehee

    BalasPadam
  8. bercuti bukan shopping.. so kalau sy p bercuti, sy lagi suka p jalan2 berbanding beli belah sana sini.. & mmg takkan stay sgt dlm bilik hotel.. ^_^

    BalasPadam
  9. ALL IN ONE Kakcik...sebab tu nekcik tak boleh ikut pakej....sebab nekcik tak suka rebut pepahgi tu...nak santsi santai...rasa letih rehat rehat gitew....nekcik pakar bab nyopink ni...bagi jer fuit...setengah jam berplastik plastik angkut.....mmg tak suka ikut orang yg cerewet membeli..he..he

    BalasPadam
  10. kakcik saya kalau g bercuti pulak try to cover semua tempat yg menarik kat situ..

    BalasPadam
  11. Kalau dah namanya bercuti, memang betul-betul cutilah, Kakcik. Takdanya nak tidur baring kat bilik hotel ataupun nak membeli belah, tawar menawar dari pagi sampai ke petang (walaupun saya suka je kalau orang ajak pergi shopping)

    Suami saya punya perangai kalau pergi bercuti, jangan cari hotel 4,5 bintang yang ada kolam renang. Memang tak keluar ke mana-manalah gamaknya nanti. Kalau saja nak mandi kat kolam renang dan tidur kat katil empuk dalam hotel, okeylah, kita concentrate dengan keadaan dalam bilik hotel ajelah *_*

    BalasPadam
  12. Hi. I really enjoyed my brief visit on your site and I’ll be sure to be back for more.
    Can I contact your through your email?

    Please email me back.

    Thanks!
    Kevin
    kevincollins1012 gmail.com

    BalasPadam
  13. Kalau bercuti SA suka explore...tempat, makanan dan cara hidup mereka...lepas tu abadikan dalam gambar...kongsi di blog...SA xberapa suka shopping kalau ke tempat orang...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com