Kawan-kawan kakcik

Isnin, 30 Mac 2015

Sebenarnya apa yang kalian mahukan?...

...setiap kali aku (mahupun adik-adikku) pulang ke kampung, satu soalan yang 'sangat suka ditanya' oleh 'saudara-mara' yang ada di sana : 'apa khabar dia?', 'di mana dia?', 'sihatkah dia?' (untuk pembaca, jangan tanya siapa 'dia' dalam kisah ini) dan lain-lain soalan yang kedengaran begitu ingin mengambil berat dan sangat prihatin.

Aku tidak bodoh untuk membaca rentak suara antara sikap ambil berat dan sikap penyibuk! Tolonglah, sementara rasa 'persaudaraan' itu masih ada di naluriku, jangan kalian cuba rosakkannya.

Baik-baik di hati ini penuh ikhlas menyambung tali persaudaraan, tak mustahil suatu hari nanti ianya lebur bagai api memakan sekam.  Aku sudah terlalu penat.  Setiap jawapan yang aku (mahupun adik-adikku) beri, seolah-olah tak pernah memuaskan hati kalian.  Jawapan yang macamana yang sebenarnya kalian mahu?  Atau kalian ingin mendengar maki hamun keluar dari mulutku?

Aku sebagai anak sulung (yang ada) dari ibuku menelan segala pahit manis demi hubungan yang dicincang tak akan putus. Bahagiaku adalah melihat kebahagiaan darah dagingku. 'Orang luar' tak perlulah hendak tolong sama mencorakkan apa yang sudah cantik tercorak. Tak perlu menambah lukisan kepada lukisan yang sudah siap dibingkaikan.  Hidup kita semua bukannya selama mana pun. Dari sibuk-sibuk hendak menambah warna pada lukisan orang, baiklah belek lukisan sendiri.  Sudah cukup cantikkah coraknya?  Sudah sangat sempurnakah segala warna yang tertera?

Kalau lukisan sendiri pun terpalit warna yang tak perlu atau tersalah letak warna, jangan sibuk hendak tolong mewarnakan lukisan orang. Tolonglah!  Aku juga boleh melemparkan warna yang kalian tidak suka ke atas kanvas lukisan kalian, tapi aku tak mahu mengotorkan tanganku dengan benda yang tidak perlu.

Tolonglah kalian fahami.  Sekiranya ada di antara kalian yang terjumpa catatan ini - tolong fahamkan.  Mungkin saat ini kalian boleh berbangga dengan keluarga kalian yang nampak serba sempurna, tapi hakikatnya kita pernah bermain di 'tangga' yang sama walau dalam 'baju' yang berbeza.  Mungkin aku nampak daif, tapi mataku tidak buta, telingaku tidak pekak dan deriaku tidak kaku untuk merakam apa yang aku lihat, dengar dan rasa...

Jangan jadikan diri ini bagai boomerang, walau kau lempar jauh, dia akan kembali kepadamu dan mungkin akan menghentam tepat ke  mukamu!

Boomerang (imej dari arkib Google)

8 ulasan:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi
    fikir2 kan

    BalasPadam
  2. Begitulah kakcik ada kala rasa hati yg sabar bagai dirobek bila kebaikan yg cuba diberi lain pula pengertian yg cuba diperbesarkan. Mujur abang Mus dan kakcik dan adik-adik jenis yg sabar..

    BalasPadam
  3. sabar ye bonda..kekadang orang takkan memahami apa yang kita sedang alami..

    BalasPadam
  4. asalamualaikum kak cik...banyak2 sabar ye kakcik....biarkan apa orang nak kata...kehidupan yang ada sekarang kak cik jalani bersama suami dan ank2 dengan gembira....kami semua pun ada :-))

    BalasPadam
  5. OKje pun ada boomerang tu KC.... anak sedara bagi .....
    Gitulah adat dunia KC, namanya pun manusia....buat tak tau sudah, jiwa kita pun tak sakit nak melayan karenah depa

    BalasPadam
  6. Kakcik, saya ada satu boomerang kat rumah. Nak pinjam tak? Hehehe....

    Memuaskan hati orang sesuatu yang sukar. Memahami apa mahunya setiap satu antara kita pun sukar. Adakalanya pertanyaan biasa sahaja tapi menjadikan kita seperti tertusuk duri. Ada masanya juga memang sesaja nak bermain api. Rambut sama hitam, hati lain-lain makanya persepsi setiap kata-kata yang terhambur pun berbeza pemahamannya. Kata-kata Kakcik ni walaupun kurang difahami tapi macam dapat menangkap maksud yang cuba disembunyikan. Mulut orang bukan macam tempayan, Kakcik...boleh ditutup sesuka hati, bila-bila mahunya *_*

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com