Kawan-kawan kakcik

Ahad, 29 Mac 2015

Biasakan menyebut 'tolong' dan 'terima kasih'...

tak kiralah setinggi mana pun pangkat atau jawatan kita
tak kisahlah setua mana pun usia kita

bila kita meminta seseorang lain membuat sesuatu untuk kita
tak kiralah serendah mana pun jawatannya
tak kisahlah setakat mana tahap pendidikannya
tak mengapalah dia hanya budak hingusan

mulakanlah permintaan itu 
dengan ucapan 'tolong'
walau hanya untuk menghulurkan sehelai kertas

jangan letakkan ego dan sombong di atas kepala
kerana ia akan memberatkan mulut untuk berkata mesra
tak jatuh pun martabat kita
malah kita akan lebih dipandang mulia

kemudian ucapkanlah 'terima kasih'
pasti orang yang mendengarnya rasa dihargai
kalau kita mencari 'hormat orang'
dengan sendirinya hormat itu akan datang
tapi kalau mulut kita berat bagai ada emas sedulang
hormat itu akan pergi terbang melayang

Gambar hiasan
Kalau dari sekarang Atuk biasakan telinga
Qaid mendengar perkataan 'tolong' dan
'terima kasih', pasti Qaid juga akan
sentiasa ingat untuk menyebutnya
di masa hadapan kepada sesiapa
sahaja, kan Qaid?

16 ulasan:

  1. betul tu kakcik, kadang2 kita ni terlalu ego lah kan, peringatan utk diri sendiri jugak ni, terimakasih banyak2 kakcik mengingatkan benda2 macam ni yg kita anggap remeh temeh ni tapi tidak sebaliknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak Noor. Kita ingat ucapan tu remeh, tapi bagi yang mendengarnya ia membawa perasaan yang berbeza... :)

      Padam
  2. setuju.Budi bahasa lambang peribadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Cikgu? Ular menyusur akar takkan hilang bisanya...

      Padam
  3. Saya sangat bersetuju....itu adalah nilai-nilai murni yang harus diterapkan sejak dari rumah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar. Bak kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya...

      Anak2 ibarat kain putih, ibubapalah yang mencorakkan mereka...

      Padam
  4. terima kasih atas ingatan ni...alhamdulilah..memang selalu gunakan ayat ni :-))....qaid semakin comel...

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Habiis setelah diubahsuai jadi nasi goreng sebab lauk dah habis... :)

      Padam
  6. sangat betul kak... budi bahasa budaya kita dan lambangan diri kita

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    BalasPadam
  7. Melentur buluh kan sedari kecil KC...... Insyaallah Qaid akan follow atuk, opah hihi....

    BalasPadam
  8. Benda yang mudah macam nilah yang selalunya susah dan adakalanya terlupa nak buat. Saya sendiri pernah kena tegur dengan anak akibat alpa. Kenapa mereka kena cakap 'tolong' dan ucap 'terimakasih' pada saya tetapi saya jarang buat perkara yang sama bila minta tolong pada anak! Oh, merah padam muka menahan malu!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com