Kawan-kawan kakcik

Isnin, 30 Mac 2015

Bantalku dipeluk orang...

Wah! tajuk bukan main kan?

Ceritanya  begini :

En. Suami mengajakku ke sebuah kedai yang membuat 'jualan murah' di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur.

Bila aku terpandang kepada bantal (gambar di bawah), aku terus jatuh suka.

Aku ambil dua 'biji'.

Lelaki Bangla yang menjaga di situ dengan baik hatinya menawar diri untuk membawa bantal tersebut.  Aku berikan kepadanya sebiji.  Terus sahaja dikepitnya di bawah ketiaknya.

'Ah...sudah', kata hatiku...

Boleh sahaja aku menukar bantal itu dengan bantal yang lain, tapi apa pula katanya nanti.

Tidak mahu menjatuhkan airmukanya, aku pasrah sahaja.

Sampai ke rumah, tanpa bertangguh aku membuka sarung bantal itu 
dan memasukkannya ke dalam mesin basuh.

Cerewet sangatkah aku?

Sedangkan sebelum bantal itu menjadi milikku, pasti sudah banyak tangan yang memegangnya
atau sudah beberapa kali ia jatuh ke hujung kaki, ke atas lantai kan?

Tapi yang itu aku tak nampak!

Begitulah juga anak-anakku.
Jangan sewenang-wenangnya membiarkan dirimu disentuh
lalu kemudian kamu ditinggalkan.
Kesannya tetap ada pada mata yang memandang.

Setidak-tidaknya bantal itu hanyalah benda yang tidak bernyawa.
Tapi kamu, Allah jadikan serba sempurna,
ada akal, ada citarasa, ada segalanya.

Jadi, jagalah dirimu anakku
Jangan nanti kerana kesilapanmu,
walau sekadar membiarkan dirimu dipegang 'sebelum waktu'
kau hilang harga buat selamanya
di mata mereka yang sepatutnya menjadi pelindungmu...



17 ulasan:

  1. :-)) bukan cerewet tu kak..tapi cuma nak kebersihan..yan pun kalau beli barang mcam ni..memang basuh sarungnya..bantalnya yan jemur...

    BalasPadam
  2. bila dah kita nampak kakcik mmg dah tak sedap nak peluk, masih teringat kat orang yg kepit tu kan hahaa utk lebih wangi eloklah kakcik masuk mesin basuh letak soflan segala baru best di peluk lagi kann, betul sngt kita ni kan semakin hari semakin berhati2 bukan cerewet

    BalasPadam
  3. Hahahahahaha....tak pa aihh...nak buat lagu mana?

    BalasPadam
  4. hehehehe redha je la mak..lain org lain ragam

    BalasPadam
  5. TAJUKNYA
    BANTAL DAN KEHORMATAN DIRI
    HEHE

    BalasPadam
  6. mendalam betui maksudnye kak ....
    semoga anak2 muda kita beringatlah kan ....

    BalasPadam
  7. "Begitulah juga anak-anakku.
    Jangan sewenang-wenangnya membiarkan dirimu disentuh
    lalu kemudian kamu ditinggalkan.
    Kesannya tetap ada pada mata yang memandang.

    Setidak-tidaknya bantal itu hanyalah benda yang tidak bernyawa.
    Tapi kamu, Allah jadikan serba sempurna,
    ada akal, ada citarasa, ada segalanya.

    Jadi, jagalah dirimu anakku
    Jangan nanti kerana kesilapanmu,
    walau sekadar membiarkan dirimu dipegang 'sebelum waktu'
    kau hilang harga buat selamanya
    di mata mereka yang sepatutnya menjadi pelindungmu..."



    memang deep kak cik.
    setuju sangat.
    pasal bantal peluk saja.
    tapi disebaliknya.. Allahuakbar.
    deep.

    terima kasih kakcik atas peringatan.
    yelah bila dah ada anak ni, semua peringatan ni memang kena ingat selalu :)

    BalasPadam
  8. suspen sungguh tajuk nya kak chik...
    Tapi kalau kita pun memang kita basuh le dulu kak chik

    BalasPadam
  9. menarik kakcik...
    pengajaran dari sebiji bantal yang ...

    BalasPadam
  10. lawak la kakcik...tapi...mmg straight to the point..

    BalasPadam
  11. Hihi.... rasanya bangla mmg tak suka pakai deoderan kot kan KC.....
    Pesanan ibu buat anak anak.....moga ingat sampai bila bila ye nak....

    BalasPadam
  12. kalo tak basuh... nanti asek teringat kat bangla tu ja nnti... hehehehee... pelok bantal ingat dia... (sbb dia yg tolong bawak kan.. hehehee)... klu basuh dah wangi... lagi la sedap di buat pelok...
    nyaman dan lena ja tido... ;)

    BalasPadam
  13. Bukan masalah cerewet tak cerewet, kakcik. Kalau saya pun mesti nak basuh punya. Takdalah saya nak terus pakai lepas nampak depan mata kita sendiri bantal kena peluk bawah ketiak orang. Oh, sungguh tak harum rasanya!

    Bagus perumpamaan yang Kakcik beri ni. Harga diri mestilah kena jaga. Kalau dah murah sangat sampai boleh jual lelong, jangan pulak komplen. Sendiri yang salah....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com