Gambar dari arkib Google |
Pagi Jumaat lepas, suamiku memandu kereta Myvi Angah perlahan-lahan di sebatang jalan. Hanya kami berdua di dalam kereta tersebut. Tiba-tiba, suamiku menekan brek dan mengundurkan kereta. Kufikirkan dia ingin menyapa seseorang yang berada di tepi jalan tersebut walaupun aku sendiri tidak mengenali orang itu (aku pasti orang itu adalah orang Indonesia walaupun dia sedang menghidupkan enjin motorsikalnya).
Suamiku menunjukkan sesuatu di atas jalan di hadapan kereta. 'Tu, nampak tu... duit limapuluh ringgit. Pergi ambil' katanya. Jarak duit itu dengan lelaki itu membuatkan aku merasakan duit itu bukan beliau yang punya. Dia pun nampak aku mengambil duit itu dan tidak berkata apa-apa.
Aku turun dan mengambil duit yang kelihatan masih keras dan baru itu dengan perasaan yang pelbagai. Kemudiannya kami meneruskan perjalanan untuk membeli nasi lemak buat anak-anak. Selepasnya, suami memusingkan arah perjalanan menuju ke masjid yang berhampiran. Wang RM50.00 itu aku masukkan ke dalam tabung masjid berkenaan dengan niat agar sekiranya ada pahala, pahala itu dikembalikan kepada empunya wang dan semoga Allah SWT menggantikan rezeki yang lebih baik buat beliau.
Yang membuatkan aku masih teringat-ingat ialah : waktu ini masih di 'pertengahan bulan'. Kebiasaannya, bagi yang bekerja, gaji belum lagi diterima. Mungkin wang itu adalah 'wang terakhir' yang dia ada...
Yang kedua aku fikir begini : mungkin wang itu diserahkan kepada seorang anak untuk membeli barang keperluan. Ibunya sedang menanti di rumah. Alih-alih anak pulang dengan mengatakan 'wang sudah hilang'...
Bagaimanapun, aku yakin kepada Allah. Dia Maha Mengetahui. Apa yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi...
TERINGAT MASA KECIK2 SELALU KENA MARAH OLEH MAK SBB HILANGKAN DUIT DALAM PERJALANAN KE KEDAI, WPUN TAK BANYAK TP KENA MARAH TU SGT MENYEDIHKAN
BalasPadamalahai mak..sedih pulak hati ni bila baca mak..sebab sedang membygkan keadaan org keciciran tu..susah kah dia?tak makan kah dia nanti? :(
BalasPadamklu betul smua tu..Allah gantikan berganda nti..sedakah tu atas nama org kehilangan duit tu..kan cik..
BalasPadambetul tu kak cik, kemungkinan2 yg kakcik tulis tu x mustahil kan?? Sedih plak klo btl org tu dlm keadaan spt yg kak cik tulis tu..
BalasPadambetul gak kan
BalasPadamitulah kan kakcik... kadang kite memikir2 jgk kesian lah org yg terjatuh duit tuh...
BalasPadamsemoga bertambah rezeki kpd sesapa yg keciciran duit tersebut.
BalasPadamBetul jugak kan kak...siapa lah yg punya...apa lah agaknya keperluan dia masa tu...Semoga Allah mengantikan rezeki yg terbaik utk yg empunya duit dan gam\njaran pahala buat akak suami isteri.
BalasPadamHilang di dunia tapi dapat yang lebih nanti , Insha Allah
BalasPadamhanya Allah yg tahu kebenarannya ;)
BalasPadamkesian.. siapa punya la tu...
BalasPadamkakchik. suami saya jumaat lepas dekat pasar malam. dah ternampak dah duit rm50. dia ingat nak ambik tapi budak depan dia dah ambik n rasa seronok sangat. suami pun cakap mcm kakchik. kalau tu duit terakhir org empunya duit entah apa yg dia rasa. suami ckp klu dia ambik dia nak letak kat tabung surau. kebetulan org dah tak ramai dekat pasar malam.
BalasPadamitu lah namanye rezeki kak .... jika sampai disitu rezeki kita ...mungkin yg kita rasa itu hak kite mungkin hak org lain ..sape yg tahu kecuali Allah swt
BalasPadamkita doakan empunya wang beroleh rezeki yang lain, tapi terfikir gak macam kakcik tulis tu...harap2 yang kecicir duit tu org kaya :)
BalasPadammungkin ada rezeki lebih besar buat org tu...mungkin...
BalasPadamPasti ada hikmahnya tu kan kakcik..
BalasPadamApa apa pun, syabas buat Kakcik & Abg Bob! :)
Semoga pemilik awal wang itu mendapat ganjaran nya.. saya juga pernah terjumpa RM50 ni di terowong jln loke yew tu
BalasPadaminsya allah.. asti allah ganti dgn yg lebih baik utk org yg hlang duit tu. n semoga pahala tu smpai kepada smua orang :-)
BalasPadamzinziemeewah
Insya allah.. Ada hikmah ganjarannya...
BalasPadamalhamdulillah...moga ganjaran pahala buat empunya duit dan kakcik sekeluarga...
BalasPadamBetul juga tukan, kakcik. Kesian pulak pada tuan empunya wang itu. Tapi kita anggap ajelah kita membantunya membuat kebaikan. Sekurang-kurangnya kita tolong tambah pahalanya selain pahala untuk diri sendiri. Tapikan kalau tengah bulan, time terdesak hilang duit...aduhai... memang kesian!
BalasPadam