Kawan-kawan kakcik

Isnin, 23 Mac 2015

Mari berkenalan dengan Hj Shahrir Ali...

Blog beliau di sini : UNCLE815

Aku memang rajin meninggalkan komen di ruang komen catatan
beliau.  Biasanya beliau akan membalas semua komen-komen yang
ditinggalkan oleh pembaca.  Walaupun blogku tidak tersenarai di
bloglist beliau, tapi blog beliau ada di senarai kanan blog ini. :)

Hj Shahrir Ali adalah seorang lelaki berusia 47 tahun yang sangat kaya dengan pengalaman hidup. Beliau membina kerjaya bermula dari bawah sehinggalah beliau berada di kedudukannya sekarang. Baginya, kejayaan tidak datang dengan jalan pintas.  Untuk menjadi seorang chef yang berjaya, memerlukan pengalaman bukan setahun dua.  Bukan hanya menyertai rancangan realiti dan hanya bersandar kepada paras rupa... 

Untuk anak-anak dan adik-adik, beliau ada berkongsi pengalaman demi pengalaman di blog beliau. Yang terbaharu, boleh baca DI SINI dan DI SANA.  Jadikanlah pengalaman yang diceritakannya sebagai suntikan semangat untuk melangkah ke puncak jaya...

Rajin-rajinlah juga untuk 'menyelongkar' catatan-catatan lama beliau yang penuh dengan panduan untuk mereka yang inginkan kejayaan.

13 ulasan:

  1. saya juga membaca blog beliau, pengalamannya yang menarik minat saya

    BalasPadam
  2. yan memang ikuti blog uncle kak cik...persahabatan dan pngalaman uncle mmg terbaik

    BalasPadam
  3. saya pun suka baca blog uncle.Semoga tulisan beliau memberi motivasi pada anak2 muda dlm mengembang kerjaya serta membina networking dlm persahabatan.

    BalasPadam
  4. assalam...uncle yg penuh dgn pengalaman..dil pun dah lama mengikuti blognyer..

    BalasPadam
  5. bukan setakat digelar chef kakcik, tapi..masterchef!
    hahaha

    BalasPadam
  6. Mereka yg naik dari bawah jarang jatuh kerana mereka sudah menimba pengalaman dari setiap peringkat sebelum sampai ke atas. Yg mudah jatuh ialah mereka yg naik cepat macam naik lif, kalau lif terhempas memang peluang nak hidup sangat tipis...

    BalasPadam
  7. Nice sharing kak cik... Harus bertandang ke sana nanti :)
    Macam penyakit pula akhir2 ni... semua nak segera...
    Bagi Chef, mereka rasa tak adil dgn kewujudan chef jalan pintas ni...
    Bagi saya yang sedang buat PhD, juga rasa tak adil dengan mereka yg cuba dapatkan gelaran doktor falsafah dengan cara segera... mereka cuba menodai dunia akademik; ada title tanpa ilmu!

    BalasPadam
  8. alhamdulillah'tumpang syukur di atas kejayaannya
    nanti nak pi baca entry beliau :)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah
    Sejak uncle di mekah saya dah ikuti perkembangan uncle.
    Pengalaman hidupnya yg paling menarik dan saya tumpang bangga melihatkan kejayaan beliau dalam bidang perhotelan. Membanggakan kita orang melayu.
    Alhamdulillah Uncle. Semuga Uncle terus meningkat hingga ke puncak.
    Uncle juga berjaya mendidik anak2nya dengan menempa kejayaan demi kejayaan.

    BalasPadam
  10. inilah bezanya blog dengan medium tulisan lain.

    catatan kita boleh disimpan, di kongsi bila bila masa dan dimana saja...

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Kakcik dan lain-lain yang walaupun saya tak kenal secara peribadi tetapi amat saya kasihi. Terimakasih kerana membaca cerita-cerita saya. Seperti yang selalu saya nyatakan, pengkisahan saya bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai panduan kepada adik-adik yang ingin menceburi bidang perhotelan agar mereka berada dilandasan yang betul! Kebanyakan buku2 mengenai Hotel Management tidak menceritakan kisah sebenar mengenai pengalaman bekerja dan kebanyakan mereka juga tidak bekerja di bidang perhotelan. Jadi "insight" mereka amat berlainan. Maka dengan itu cerita saya kesemuanya berkisar kepada pengalaman saya "on board", melakukan sendiri kerja-kerja tersebut dan memerah otak dan keringat. Hasilnya setelah sesebuah hotel itu dibuka, saya mendapat "self satisfaction". Kini saya sedang dalam perancangan untuk melaksanakan satu lagi tugas yakni merobohkan bangunan boutique hotel yang ada dan membina semula dan menambahkan jumlah bilik serta banquet facilities. InsyAllah 2-3 bulan lagi akan ditutup dan tahun depan akan dibuka baru! Doakan....

    BalasPadam
  12. Ya Allah, Kakcik.... Kecilnya dunia! Ini suami kepada kawan pejabat saya. Padanlah bila tengok rupa dan namanya saya macam kenal jerk. Oh, my! Oh, my! Besar kecik besar kecik mata saya sekarang nih *_*

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com