Kawan-kawan kakcik

Isnin, 23 Mac 2015

Majlis perkahwinan anak blogger Abah Zino...

Bersama Abah Pengantin - blogger Abah Zino
(hai Abah Zino, bila nak kemaskini blog?) (^_^)
Bersama Ibu Pengantin yang comel lote.
Terasa sangat makcik macam rasaksa! huhuhu
Sebelum menghadiri majlis Abah Zino
di Bandar Tun Razak, kami suami isteri
ke Klang Perdana terlebih dahulu. Datang
atas undangan teman sebilik sewaktu
kami sama-sama mengerjakan ibadah
umrah pada tahun 2013 dahulu.
En Suami bersama Bapa Pengantin.
Sebelum keluar rumah, seawal 10.00 pagi semua hidangan ini
telah aku siapkan di atas meja makan.  Hidangan ini akhirnya
hanya habis dimakan di waktu malam bila adik-adikku datang
bertandang.  Anak-anakku menunggu kami pulang dari dua
majlis di atas sebelum kami sama-sama ke majlis menyambut
menantu jiran sebelah rumahku.
Hadir di majlis menyambut menantu Abah Zino bagaikan
satu perhimpunan pertemuan semula dengan ramai rakan-
rakan blogger sama ada mereka masih bergelar blogger
mahupun bekas blogger.  Antaranya blogger NurQaseh
(Hjh Azwa Kamar), Dak Jujie, Dak GadisBunga, Ida Mahmud,
Cik Darling Pya, Dak Iyra Mutalib dan Dak Anyss...
Ramai lagi sebenarnya yang datang dan sempat 'berlaga pipi'
tapi dek sibuk hendak bercerita dan sibuk mengejar masa,
sampai tak sempat hendak bergambar bersama.
Apa-apapun, untuk semua pasangan pengantin didoakan
semoga berpanjangan jodoh ke hujung usia dan berbahagia
bersama buat selamanya.  InsyaAllah.

8 ulasan:

  1. Alhamdulillah satu persatu undangan dipenuhi. .

    BalasPadam
  2. Waaa, Kakcik sibuk makan nasi minyak penggantin.. seronok dan bestnya dapat jumpa sahabat-sahabat. Baik anak-anak sanggup tunggu orang tua untuk makan bersama. Kepada pempelai-mempelai yang baru didoakan agar bahagia hingga ke akhir hayat dengan keimanan yang teguh.

    BalasPadam
  3. seronok kak cik dapat jumpa rakan2 blogger

    BalasPadam
  4. asalamualaikum.kak cik...makan knduri pengantin memang sedap..dan dapat bermesra dengan kenalan yang jarang berjumpa..

    BalasPadam
  5. cantik kakchik pakai tudung pink. suka tengok...

    BalasPadam
  6. akak tak jumpa pun kakcik...masa ni la jumpa sedara mara jauh dan dekat kakcik..tu yang tak dapt nak cari rakan blogger

    BalasPadam
  7. meriah betul lah kakcik ... ptt lah dh msk lauk awal2 pagi... mmg seharian takde kt umah memenuhi undangan jemputak kawin

    BalasPadam
  8. Meriah betul bila dapat berjumpa geng seangkatan. Bukan main lebar senyum kakcik, kalah mak pengantin tau!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com