Kawan-kawan kakcik

Selasa, 31 Mac 2015

Ulau melingkau depan pagau (ular melingkar depan pagar)...

Tarikh kejadian  : hari ini (Selasa = 31/03/2015, antara 6.30 pagi hingga 7.20 pagi)

...ini baru betul-betul ular melingkar depan pagar...

Gambar dirakam oleh En Suami

Juga dirakam oleh En Suami (nampak tak?)

Seperti lazimnya setiap selepas Subuh, Angah akan keluar ke tempat kerjanya di Shah Alam sambil menumpangkan Bangcik yang belajar di sana.  Selepas bersalaman dan mencium pipi dan dahi mereka, aku meneruskan membaca Al Quran.  En Suami juga akan keluar ke pejabat lebihkurang pada masa yang sama.

Tapi pagi ini, aku mendengar bunyi enjin kereta suamiku yang 'agak pelik'.  Macam sekejap ke depan sekejap ke belakang kereta itu. Menamatkan bacaan, aku keluar mengintai.  Aku lihat En Suami keluar dari kereta sambil bercakap di telefon bimbitnya.  Aku fikir keretanya bermasalah.  Baru beberapa hari lepas kereta itu masuk ke woksyop dan hampir RM2K sudah terbang.  Masalah apakah lagi?

Melihat aku mengintai, suamiku melambai kepadaku dan menyebut 'ular sawa'.  Hahaha... ingat aku berani ke bila dengar perkataan 'ular' tu?  (Sampai ketika menaip ini dan ketika menyidai pakaian tadi aku terasa-rasa bagai sang ular itu masih ada di mana-mana!).  Tapi aku keluar juga.  Aku nampak ular yang melingkar di hadapan pagar rumah jiranku itu.  Suamiku menelefon jiran memberitahu tentang ular, tetapi tidak seorang pun yang keluar.  Hanya mengintai-intai dari balik langsir! Suamiku juga telah menefon pihak bomba untuk mendapatkan bantuan menangkap ular.  Alahai, menanti akan membuatkan masa terasa sangat lamat berjalan.  

Bila pasukan bomba tiba, ular itu sudah tidak kelihatan.


Kerana jiranku enggan membuka mangga pagar mereka (mungkin sebab takut), anggota bomba terpaksa memanjat dari rumahku untuk mencari ular tersebut. Cari bawah kereta.  Cari di sini.  Cari di sana. Tidak berjumpa.  Rupa-rupanya ular itu sudah masuk ke dalam pagar besi sebelah luar pintu gelangsar kaca dan duduk di bawah meja. Alhamdulillah.  Berjaya ditemui dan berjaya ditangkap. Sebelum itu, beberapa minit sebelum ular dijumpai, barulah anak jiranku membuka pagar rumah mereka dengan takut-takut...


Aku bangga dengan sikap prihatin suamiku.  Nampak tu,
ala-ala 'abam sado' bak kata budak-budak sekarang.  Sampai
buka baju untuk ke pejabat sebab sudah kepanasan.
Terima kasih Encik Encik Bomba semua.
Besar juga ular itu, kan? Itu dia tengah melingkar-lingkarkan
badannya, jadi nampak agak pendek.

Salahkah ular itu datang melingkar di hadapan pagar?  

Tidak, bukan salah dia.  Dia tak tahu apa-apa.  Yang salah tetap manusia.  Bila setiap pelusuk muka bumi hendak diteroka, maka di mana lagi makhluk lain hendak menumpang?  Mereka juga perlukan habitat yang sesuai dengan kehendak hidup mereka.  Bila sudah tiada tempat lagi, mereka akan menjalar ke mana-mana hingga akhirnya menjadi mangsa juga kepada kemanusiaan yang hilang...



19 ulasan:

  1. seram tgk ular..nasibaik bomba tu jumpa, kalo tk, nk tdo pn tk lena tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak senang duduklah kakcik dibuatnya kalau tak jumpa tadi... :)

      Padam
  2. Takut tgk ular tu,nasib baik jumpa,klu x memang dlm ketakutanlah jwbnya.

    BalasPadam
  3. Kakak dah agak Kakcik mesti tak berani keluar punya:)
    Apapun tahniah pada en abe Kakcik - semua memanglah tak berani tapi salah seorg kena bertindak kalau tak semua yg susah.. amal jariah yg tak nampak ni kakcik.

    BalasPadam
  4. teringat kat belakang rumah dlu pun ada ular melingkau...ngeri pulak..husband terus panggil bomba..tulah..bila semuanya diterokai,jadi tempat mereka semua musnah.

    BalasPadam
  5. KCCCC....OKje pun seram jugak ni.....
    Bab bab ular cacing malah ulat sampah pun OKje boleh geli satu hari tau......Nasib bukan ular yg boleh patut tu yek KC....

    BalasPadam
  6. give me five!
    wa caya sama lu abam sado..

    BalasPadam
  7. dia juga hamba Allah kak cik... tapi mcm x sesuai jer duduk depan pagar tu...hahaaa...
    nasib baik suami kak cik jumpa depan pagar...risau jugak klu masuk ke dalam rumah.... minta dijauhkan....

    BalasPadam
  8. Mujur tak dingapnya apa2 kak...Alhamdulillah.

    BalasPadam
  9. Pergh sambil baca sambil meremang bulu roma!

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah berjaya dijumpai.. Syukur semuanya selamat dan moga ular itu juga selamat hendakNYA.
    Bila banyak kawasan diteroka kita tak boleh nak marah salahkan haiwan2 liar mendekati kawasan kita.. tapi langkah berjaga-jaga tetap perlu ada..

    BalasPadam
  11. mak aii besaq nya kakcik.. mana dtg nya tu... bahaya nya kan!

    BalasPadam
  12. Argghhh... takutnya! Padanlah 'temujanji' kita nak beriadah terbantut ya, Kakcik. Ini sudah kes besar *_* Kalau saya pun selepas ular dah ditangkap pun saya masih lagi takut-takut.Terbayang-bayang ke'sado'an ular tersebut melingkar menunggu mangsa.

    BalasPadam
  13. mak ai besarnye kak...

    ada rezeki nak mai kot....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com