Kawan-kawan kakcik

Khamis, 12 Februari 2015

Lagi tentang anak kecil dan motorsikal...

...anak itu kecil tubuh badannya
pasti 'kecil' juga usianya
mungkin baru di prasekolah
berdasarkan seragam yang dipakainya

tapi...
ia diletakkan di belakang bapanya
di atas motorsikal yang laju di jalanraya
tangannya tidak sampai untuk memeluk
kepalanya terliuk lentok
mungkin dia mengantuk

alahai bapa...
aku faham bahawa kau tiada kereta
namun cara kau itu sangat merbahaya
anak itu bila-bila mungkin kehilangan nyawa
(walaupun ajal maut itu ketentuan Allah jua)

apa salahnya anak itu diletak di bahagian depan
begnya kau sandang di belakang
kasihani dan kasihilah dia
kerana dia belum mengerti apa-apa

20 ulasan:

  1. alahai bonda,silap sikit je,pasti kejadian tidak diingini akan berlaku..

    BalasPadam
  2. Hairannya si bapa macam tak ada rasa curiga
    Tak terfikir kalau terjadi apa-apa
    pada anak yg dibelakangnya..

    BalasPadam
  3. iye mak...izwa setiap hari tengok kat akleh tu..mata ni pandang je sampai hilang dipandangan sambil doa jangan la anak ni jatuh.....anak mengantuk sgt kene angin lagi...sedih sgt..

    BalasPadam
  4. betoiler kak cik rasa cam nak tahan motortu cakapkan..t api tak pasal2 kena marah balik ... selalu gak tengok insiden yang menakutkan..

    BalasPadam
  5. benda yang kita selalu ambil berat..itulah yang mereka pandang enteng...

    BalasPadam
  6. Betul tuh kakcik kdg2 ada gak terdapat bapa bawa anak kecik dok bonceng di belakang cam nak tertido jerk.. takut laa kan terlepas laa tangan budak tuh.. tak tau laa nak kata apa..

    BalasPadam
  7. Selalu sangat nmpk situasi mcmni..klaaau berlaaku sesuattu salahkan org lain

    BalasPadam
  8. somtimes diorang tiada pilihan * ini yang bersangka baik*

    BalasPadam
  9. Pernah saya hentikan sebuah motor yg ditunggang oleh seorang lelaki Melayu apabila saya nampak anak di belakangnya seperti sedang tertidur! Bayangkan jika anak di belakang tertidur di atas kapcai yg sedang bergerak.. sangat bahaya!!

    BalasPadam
  10. Ramai mak mcm tak prihatin. Kita yg tgk ni pun ngeri.

    BalasPadam
  11. salams kak

    saya doakan semoga perjalanan beliau dilindungi, amin...

    BalasPadam
  12. kasihannya..... Kita kena design satu jenis belt la kan..supaya anak x cicir dari motor. Saya pernha terfikir masa memandu dan nampak situasi yang sama.

    BalasPadam
  13. anak saya darjah 3, kalau naik motor dengan abahnya mesti duduk dalam raga yang kat depan tu.. tp kalau jumpa polis menjadi satu kesalahan pulak tu.

    BalasPadam
  14. kat area rumah sy ni mmg ramai yg buat mcm tu...ayah/emak pakai topi keledar ank kt belakang x pakai apa2...

    BalasPadam
  15. pada saya, si keluarga kena berkorban, beli lah kereta terpakai yg boleh dibeli dgn harga sekitar RM3-4 ribu sahaja ( lagi murah dari motor)

    BalasPadam
  16. bapa mertua saya dulu memang bising bila saya bawa anak naik motor. saya tahu bahaya tapi saya tiada pilihan sebab masa tu saya tak ada kereta.

    yang komen macam ni ialah mereka yang ada kereta. kalau mereka cuma ada motor, mungkin mereka juga berbuat perkara yang sama macam saya dulu...

    BalasPadam
  17. Harap-harap lepas ni mereka lebih berjaga-jaga demi keselamatan insan tersayang.

    BalasPadam
  18. Selalu saya nampak, kak. Ya, kita faham mungkin mereka tiada kereta, hidup tidak seperti kita. Tapi kasihanilah nasib anak itu. Malang tak berbau. Saya yang melihatnya pun terasa ngeri. Susah macamana sekalipun, nasib anak-anak harus diutamakan dulu.

    BalasPadam
  19. Bapaknya buat buat rak perasan ke apa yek.....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com