... kerana kami pergi melalui pakej 'Muslim Tour', jadi tiadalah masalah dalam menunaikan kewajipan bersolat (khususnya untuk waktu Zuhur dan Asar)...
Waktu di Beijing dengan di Kuala Lumpur adalah sama, tetapi masuk waktu solat lebih cepat (macam di Sabah Sarawak juga). Jam 7 lebih sudah masuk waktu Isyak...
Waktu di Beijing dengan di Kuala Lumpur adalah sama, tetapi masuk waktu solat lebih cepat (macam di Sabah Sarawak juga). Jam 7 lebih sudah masuk waktu Isyak...
Masjid pertama yang kami singgah untuk solat : Niujie Mosque iaitu masjid tertua dan terbesar di China. Sayangnya Masjid ini kelihatan uzur dan agak sunyi. |
Persekitarannya bagai kurang 'berjaga' |
Di hari kedua, kami singgah di Masjid Nan Dou Ya. Masjid ini mungkin 'lebih muda' dari masjid yang pertama, tapi ruang solatnya lebih kecil. Kedudukan hampir dengan jalanraya dan berhati-hatilah jangan sampai terpijak najis anjing sebaik sahaja keluar dari tangga masjid!
Ruang solat wanita yang lebih kecil... |
Di hari ketiga, kami bersolat di surau sebelah atas premis menjual kristal (di sini tiada seorang pun membeli apa-apa sehingga kami dilengah-lengahkan untuk keluar. Mujur juga kemudiannya ada rombongan lain yang tiba)...
Mungkin sebab kedinginan (alasan!) semua gambar selfieku memang menunjukkan wajah yang 'cemberut'... |
...bersambung...
Subhanallah perjalanan rohani yang menyemangatkan iman...
BalasPadamSalam mak.. Bestnya g beijing!!
BalasPadamErr pasni sejuk pun mak kena senyum klu berselfie tau
Alhamdulillah...tiada masalah mencari masjid utk bersolat..
BalasPadambestnya bejjing
BalasPadamseronak travel jauh-jauh ni,,tengok keindahan negara orang,,
BalasPadamok..saya tunggu sambungan seterusnya..;)
BalasPadamKak cik, saya pun tak suka tgk gambar diri sendiri bila selfie... buruk benar rasanya... Salah satu sebab kenapa tak suka letak gambar sendiri kat blog... hehehe
BalasPadamAlhamdulillah, banyak masjid di Beijing.... Dapatlah solat dengan tenang dan khusyuk :)
Eh, sama pula waktu masuk solat Isyak kat sini utk musim bunga ni....
luas pemandangan.seronoknya dapat lihat tempat orang.
BalasPadamcantik dalam masjid niujie... jauh perjalanan luas permandangan :)
BalasPadamwahhhh bukan mudah nk peluang cam nk KC seroja ...
BalasPadamSenanglah kan KC ikut Muslim tour ni. Tak yah nak risau waktu solat depa semua dah aturkan. Kita tak yah sebok nak cari masjidkan.
BalasPadamHihi ...alah selfie cemberut tu sebab rindu ngan cik abang kot haha
Alhamdulillah...ada juga tempat solat di Beijing walaupun ada kekurangan di sana sini..moga Allah mudahkan urusan setiap muslim yg bermusafir ke sana..
BalasPadamKalau begitu senanglah nak bersolat. Tapi dah namanya negara China, kenalah pandai-pandai bawa diri. Wah, beria-ia rupanya Kakcik berselfie ya. Saya ni memang kurang sikitlah bab-bab selfie ni. Nak ambil gambar sendiri pun malas. Lebih baik ambil gambar pemandangan.
BalasPadamBab kedai jual kristal yang paksa-paksa orang beli tu macam dah biasa dengar kat China ni. Memangnya mereka tak serik-serik memujuk orang membeli ya.
Saya kalau masuk surau tak bawah telekung memang satu kepantangan. Tak sanggup nak pakai telekung yang ada. Bau semerbak harum kasturi gitu.... Saya sanggup angkut beg extra telekung saya ke hulu ke hilir ke mana saya pergi!