Gambar-gambar sewaktu di Beijing ini semuanya aku tidak meletakkan watermark kerana rasanya banyak sangat walaupun tidak semuanya aku siarkan. Harapnya jika ada yang berkenan dengan gambar-gambar di sini dan ingin mengambilnya, sebutlah dari blog mana ia diambil, ya...
Setiap pagi, aku buka tingkap bilik dan merakam gambar pagi yang dingin dan berkabus. |
Sebenarnya aku tiadalah hendak menyuarakan sebarang rasa tidak puas hati tentang hotel dan makanan yang disediakan kepada kami berlima. Aku memang mudah orangnya walaupun selepas balik ke sini, aku membaca tentang pandangan orang lain yang rata-ratanya 'memandang rendah' kepada hotel ini...
Tak mengapalah hotel ini tidak menyediakan peti sejuk kerana kami tiada apa yang hendak disimpan di situ. Cadar tidak bertukar selama 4 malam pun tidak mengapa, kerana kami hanya berada di bilik pada waktu malam. Yang penting, tuala mandi ditukar saban hari. Toiletries (termasuk berus gigi dan ubat gigi comel lote) pun ditambah yang baru bila sudah digunakan. Cerek untuk memasak air dan cawan serta teh Cina juga ada...
Syyyyhhhh... makcik seiras panda sedang beraksi! (yang mencacatkan nama hotel ini kepada kami adalah bila cleaner dan penyambut tetamunya cuba memerangkap kami pada hari terakhir) |
Sarapan kami pada setiap pagi adalah di restoran hotel sehingga pada hari terakhir kami sepakat untuk tidak turun makan. Hidangan yang sama setiap pagi, antaranya mee goreng (agak kena dengan selera), nasi goreng dan beberapa hidangan lain yang sejuk dan tawar...
Makanan adalah dijamil halal |
Makanan yang aku ambil tak pernah bertambah |
Setiap malam pula, kami makan di Muslim Restaurant yang terletak beberapa langkah di hadapan hotel. Nasi dan lauk yang dihidangkan masih panas tanda baru dimasak. Cuma, rasa pedas memang tiada. Ada daging goreng dengan sayur yang aku sebut sebaliknya - sayur goreng dengan daging, kerana sayur memang lebih dari daging...
Tulisan-tulisan di pintu restoran yang aku percaya ditulis oleh Warga Malaysia... |
Hidangan makan malam yang berasaskan sayuran dan tauhu. |
Untuk makan tengahari, kami dibawa ke beberapa restoran yang berbeza pada hari yang berlainan. Walaubagaimanapun, hidangan yang disediakan adalah lebihkurang sama. Susah hendak 'jumpa' ikan sehingga kami meminta. Itu pun ikan goreng garing yang dihidangkan bersama sedikit lada hitam campur garam (bolehlah).
Makan di mana pun, air yang dihidangkan tetaplah air suam dalam teko kecil dan gelas yang kecil. Jadi sedap pula minum hanya air suam - tiada sirap atau air buah-buahan... |
Selalunya lauk yang dihidangkan paling banyak hanya 4 jenis... |
...tapi pada hari ini, lapan jenis lauk dihidangkan dan agak banyak... |
...untuk kami berlima. Kami makan selagi terdaya... hehehe |
...yang ini di hari lain dan di restoran lain. Jangan tanya nama restoran kerana aku tidak mencatatkan namanya... |
Nampak tak? Hampir sama sahaja hidangannya walaupun dari restoran yang berbeza, kan?
Tentang tandas (teringat untuk menambah catatan tentang tandas ini bila ditanya oleh Daddy Ziyyad di ruang komen dalam catatan sebelum ini...)
Sebelum pergi ke Beijing, aku mendengar beberapa pesanan 'khidmat masyarakat' tentang keadaan tandas di sana. Antaranya perlu bawa botol untuk mengisi air kerana ketiadaan paip air di dalam tandas. Tiada masalah bagiku kerana aku sudah ada pengalaman sewaktu berkunjung ke Ho Chi Minh City, Vietnam.
Antaranya lagi, kononnya tentang tandas di sana yang tidak punya daun pintu atau pun ada daun pintu tapi tidak berkunci. Syukur kepada Allah, kerana sepanjang kami di sana, kami tidak pun berjumpa dengan tandas tanpa daun pintu sehingga terpaksa membawa payung! Tandas-tandasnya juga boleh dikatakan bersih (mungkin sebab kami singgah di tandas dalam premis berkaitan Kerajaan), kecuali tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing yang sangat hancing dan agak kotor. Sepatutnya tandas di situ lebih terjaga kebersihannya kerana ia tumpuan antarabangsa, kan?
...bersambung...

Bestnya Kakcik..tiba2 teringin nak ke Beijing..hehe
BalasPadamhmmm nak tau yang menarik pulak .....
BalasPadamyang tak menarik ni dah nak hafal dah ... mana tau nanti ade rezeki pi boleh berhati2
wah menarik, adik ipar baru balik dr sana 2 hari lps
BalasPadammmg dia merungut psl toilet
Assalamualaikum, mak.. kakcik! =D
BalasPadamAsal boleh tidur selesa dan makanan halal ada tak jadi masalah kakcik.
BalasPadamKebetulan Kakcik dapat tandas yg OK dan boleh tahan. Tapi bila dipikir balik, tak perlulah kita merungut sangat tentang tandas di negara orang kan Kakcik kalau tandas di negara sendiri juga banyak yang tak terurus dan tak boleh dijadikan contoh untuk pelancong asing...
BalasPadamTengok hidangan sama jer ye Kakcik.. tapi halal itu yg kita carikan..
BalasPadamalamak....saya sangat tidak berkenan kalau tandas tak bersih..boleh saja saya tahan kencing sampai balik bilik hotel
BalasPadamhotel yang sama acu stay masa ke beijing tahun lepas
BalasPadamsebab kita menggunkan pakej kompeni yang sama.. hehehehe
Dah namanya negara China KC .....tentulah makanannya tawar dan tak pedas....
BalasPadamNasib tak dihidangkan sup mee hari hari hihi....
OKje tahu KC mesti rindu masakan Malaysiakan
Hihi lawaklah KC ni...ada ke dikata panda....Tp panda comel! Tak pe....Tu mesti nak bagi kat abang kat Malaysiakan...
BalasPadamMakanan Cina ni memang kurang ladalah, Kakcik *_* Kalau pedas pun setakat biasa-biasa je kat lidah pencinta makanan pedas macam saya ni. Tapi itulah, saya ni kalau keluar dari Malaysia, makananlah yang jadi masalah. Kalau macam ni semuanya sayur-mayur, haruslah slim saya bila balik ke Malaysia!
BalasPadam