Catatan tentang lawatan ini mungkin tidak mengikut turutan tapi mengikut ingatan sahaja. Mungkin catatan ini juga akan berterusan atau mungkin akan terhenti tiba-tiba kerana aku sudah terasa penat untuk meneruskan cerita...
Nak berkenalan? |
... kami keluar dari hotel paling awal pun pada jam 8.00 pagi atau paling lewat jam 10.00 pagi. Cuaca adalah dingin dan berangin (asal jangan aku yang naik angin, sudahlah...hehehe). Suhu pernah hingga mencecah di bawah 3 darjah Celcius. Tiada salji (tiada rezeki kami nak menggenggam salji di sini), tetapi di beberapa tempat termasuk di hadapan hotel, air yang bertakung menjadi kepingan ais...
Di hadapan hotel selepas keluar dari bersarapan. Di bilik hotel, kami tak pernah menggunakan pendingin hawa kerana suhu sudah cukup dingin. |
Antara tempat yang kami lawati adalah Dataran Tian An Men dan Kota Larangan (sebab blog ini dalam Bahasa Melayu, aku terjemahkan perkataan dari Bahasa Inggeris kepada bahasa ibundaku)...
Dalam van. Untung juga pergi dalam kumpulan yang kecil, selesa sahaja kami nak menghuru-harakan keadaan... |
3 mak dara bersama 2 anak dara... |
Selfie lagi. Suka pula aku tengok muka sendiri yang nampak macam licin dan gebu itu (hahaha...silalah muntah hijau ya... makcik nak perasan) |
Lama juga kami di Kota Larangan ini. Menanti anak dara berdua itu meneruskan misi penjelajahan mereka dari satu pintu ke pintu yang lain. Mak-mak dara sudah tak berdaya, walaupun cuaca dingin tapi penat tetap penat...
alhamdullilah seronoknya
BalasPadambestnya kakcik... bila la turn eija ye hihi
BalasPadamassalamualaikum bonda..wah ..bestnya pi beijing...
BalasPadamwaaahhhh ni antara tempat yg sy selalu mimpi kan nk dtg ... sy peminat cerita maharaja china dan gundik2 dan puteri2 dan kota larangan ni ......
BalasPadamsaya pernah nak melawat Beijing... sangat menarik lebih2 lagi dari sudut sejarah tapi banyak sangat cerita2 negatif kat sana... bimbang pun ada...
BalasPadammemang gebu muka kakcik :p
BalasPadamhihi......yelah KC, okje bersedia dengan apa keadaan sekali pun alaupun akan berhenti tetiba nanti sebab tuan blog dah warning siap siap.... Berjalan musim sejuk ni, tak berpeluh tp berat pakai baju tebal kan...
BalasPadamJarang dapat tengok KC berselfie banyak mcm ni tau....
hhihihih..ye lah kakcik, mak mak dara dah seasoned sendi lututnya....:P
BalasPadambestnyer kakcik.... besar betul istana tuh kan kakciik
BalasPadamHahaha...padanlah berselfie sesaja. Rupanya ada udang sebalik batu. Pergi dalam kumpulan kecil bagus juga. Takdalah banyak kerenah nak kena layan.
BalasPadam