Kawan-kawan kakcik
Sabtu, 28 Februari 2015
Jumaat, 27 Februari 2015
Lihat dunia dari mata burung, jangan lihat dari bawah tempurung...
...bukan semua orang berpeluang 'menjadi burung' dan tidak juga semua orang 'duduk di bawah tempurung'. Di hujung usia, baru aku diberi peluang oleh Yang Maha Kuasa. Lalu aku ingin berkongsi keindahan yang kusaksikan - yang semuanya adalah milik DIA juga...
Aku tertanya-tanya, apakah bendanya yang bertebaran di bawah sana? |
Khamis, 26 Februari 2015
Beijing - tentang gambar yang masih berbaki...
...walaupun tak semua gambar yang ada dalam simpanan disiarkan di sini...
...habis dah (gambar-gambar yang lain biarlah simpan sendiri atau pun diselitkan di mana-mana catatan jika bersesuaian nanti). Ada juga beberapa tempat yang aku tidak merakamkan gambar, seperti tempat urutan kaki, pusat jualan barang kemas dan tempat kami membeli belah di bawah tanah itu...
Dah sampai ke Tembok Besar China. Gambar ini pemandu pelancong kami tolong rakamkan. Kalau nampak gambar kami berlima ada semua tu, maknanya Annie lah yang tolong ambilkan. Di sini ada lelaki yang menawarkan buku yang muka hadapannya diletakkan gambar kita. Yang lain-lain adalah gambar dan sejarah Tembok Besar ini. Satu buku berharga lebihkurang RM60.00. Tak mengapalah, makcik sayang duit...hehehe... |
Suka pula tengok gaya Datin Lynn ni. Asal dia perasan je makcik nak berselfie, tahu-tahu terselit je dia kat belakang...hehehe... |
Udara sejuk dan cahaya panas bersatu...jadi macam itulah rupanya wajah makcik yang tak henti-henti nak merakam gambar sendiri... |
Dari leher, pashmina dah naik atas kepala. Sejuk masuk ke lubang telinga walaupun bertudung wooo... |
Alamak! tak ingat pulak bangunan apa kat belakang tu... |
3 mak dara dalam pelbagai gaya... |
Bakal doktor dan jururawat. Naik seri mereka memakai pakaian bewarna merah ini. Cuba kalau makcik yang pakai... lembu pun lari! Mereka mencuba pakaian ini di kompleks beli-belah yang bernama 'silk street'. Walaupun di dinding-dinding kedai di situ tertulis NO BARGAIN ALLOWED, pedulikan saja. Tawar-menawarlah sehingga berpuas hati. Memang akan dapat harga yang jauh lebih murah dari yang tertera. |
Tak beli tak apa, janji gaya kena ada...hehehe... Tapi mereka membeli juga. Seorang rasanya 'sangkut' juga dua helai kalau tak silap. |
Bergayanya Datin kita ni... (^_^) |
...habis dah (gambar-gambar yang lain biarlah simpan sendiri atau pun diselitkan di mana-mana catatan jika bersesuaian nanti). Ada juga beberapa tempat yang aku tidak merakamkan gambar, seperti tempat urutan kaki, pusat jualan barang kemas dan tempat kami membeli belah di bawah tanah itu...
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT DARI MAKCIK :
Kalau ke China, tak payahlah hendak berangan-angan untuk mengemaskini blog atau instagram atau facebook dari sana walaupun membeli data plan sana. Semuanya adalah disekat. Mujur juga dapat menghubungi keluarga di tanahair melalui aplikasi whatsapp dengan menggunakan wifi percuma di hotel...
Rabu, 25 Februari 2015
Beijing - tentang gambar dan sedikit catatan...
Baiklah. Rasanya orang pun dah muak dengan catatan Beijingku yang digarap secara tidak menarik. Apa-apapun ianya adalah lebih untuk ingatan sendiri di kemudian hari (andai usia masih bersisa), atau untuk tatapan anak cucu sekiranya mereka TERbaca blog ini...
Kawanku yang di belakang itulah yang telah membuka jalan untuk melawat Beijing. Terima kasih Datin Lynn. Lepas ini kita bercuti- cutian lagi, ya. InsyaAllah. |
Kawasan perniagaan Muslim. Ada restoran dan ada pasaraya... |
...berpusu-pusu orang di sini. |
Gadis ini petah berbahasa Indonesia. Dia sedang memberi keterangan tentang jenis teh dan khasiatnya. Mak oiiii... mahal betul harga tehnya. Teh Pu-erh dijual mengikut usianya. Makin lama disimpan, makin tinggi nilainya. Bagaimanapun, sekiranya bijak tawar menawar, harga yang mahal itu dapat dikurangkan sehingga 60-70%! Atau mungkin lebih murah lagi...kalau sanggup bertekaklah... |
Pertunjukkan akrobatik yang menggegarkan jiwa. Kalau ada lemah jantung, mungkin tak sesuai untuk menonton bab ini... |
...beberapa kali sidia ini membuatkan penonton terjerit kerana seolah-olah dia akan jatuh sewaktu berada di tempat yang paling tinggi dan bulatan itu pula sedang berpusing dengan laju... |
Menjejaki kisah ulat sutera... |
Mesin apa entah... berkaitan dengan perusahaan suteralah rasanya... |
Di sebelah dalam dilarang ambil gambar, jadi ambillah gambar di sini... |
Tasik Kunming yang merupakan tasik buatan manusia. Di permukaannya terdapat kepingan-kepingan ais seperti kaca |
... tasik ini terletak di kawasan Istana Musim Panas (Summer Palace) |
Nampak panas kan? Sebenarnya suhu adalah sangat dingin... |
Berlatarbelakangkan Bird's Nest Stadium. Kami membeli barang-barang cenderahati (yang setelah dibanding-bandingkan, kami dapati harganya memang murah) tidak jauh dari sini. Kedainya terletak di bawah tanah dan pelbagai barangan seperti baju-t, rantai kunci, pelekat peti ais bermagnet, cadar, alas meja dan sebagainya. Habis jugalah beratus RM. |
Kagum dengan kelebihan yang Allah beri kepadanya. Dari seketul jade, diukir menjadi bebola yang berlapis- lapis dan boleh dipusing-pusingkan di sebelah dalam... |
Tengok saja kerana makcik bukan peminat barang hiasan walaupun ianya emas sekalipun... |
Di dalam premis ini suhunya agak 'hangat'. Tak sanggup makcik nak berbaju tebal... |
Di premis kristal. Tak faham sangat makcik dengan penerangan amoi yang bagi penerangan kat sini. Berbelit-belit lidahnya bercakap Bahasa Inggeris, dahlah makcik ni hanya faham Bahasa Melayu je... |
Sama besar tak? Hahaha... Bila makcik kira-kira, harga pasu itu lebihkurang RM300K. Kau mampu nak beli? Baiklah beli rumah. |
...tak boleh nak habis juga, kena ada sambungan sikit lagi nanti...
Beijing - tentang lawatan...
Catatan tentang lawatan ini mungkin tidak mengikut turutan tapi mengikut ingatan sahaja. Mungkin catatan ini juga akan berterusan atau mungkin akan terhenti tiba-tiba kerana aku sudah terasa penat untuk meneruskan cerita...
Nak berkenalan? |
... kami keluar dari hotel paling awal pun pada jam 8.00 pagi atau paling lewat jam 10.00 pagi. Cuaca adalah dingin dan berangin (asal jangan aku yang naik angin, sudahlah...hehehe). Suhu pernah hingga mencecah di bawah 3 darjah Celcius. Tiada salji (tiada rezeki kami nak menggenggam salji di sini), tetapi di beberapa tempat termasuk di hadapan hotel, air yang bertakung menjadi kepingan ais...
Di hadapan hotel selepas keluar dari bersarapan. Di bilik hotel, kami tak pernah menggunakan pendingin hawa kerana suhu sudah cukup dingin. |
Antara tempat yang kami lawati adalah Dataran Tian An Men dan Kota Larangan (sebab blog ini dalam Bahasa Melayu, aku terjemahkan perkataan dari Bahasa Inggeris kepada bahasa ibundaku)...
Dalam van. Untung juga pergi dalam kumpulan yang kecil, selesa sahaja kami nak menghuru-harakan keadaan... |
3 mak dara bersama 2 anak dara... |
Selfie lagi. Suka pula aku tengok muka sendiri yang nampak macam licin dan gebu itu (hahaha...silalah muntah hijau ya... makcik nak perasan) |
Lama juga kami di Kota Larangan ini. Menanti anak dara berdua itu meneruskan misi penjelajahan mereka dari satu pintu ke pintu yang lain. Mak-mak dara sudah tak berdaya, walaupun cuaca dingin tapi penat tetap penat...
Langgan:
Catatan (Atom)