Dah sampai ke Tembok Besar China. Gambar ini pemandu pelancong kami tolong rakamkan. Kalau nampak gambar kami berlima ada semua tu, maknanya Annie lah yang tolong ambilkan. Di sini ada lelaki yang menawarkan buku yang muka hadapannya diletakkan gambar kita. Yang lain-lain adalah gambar dan sejarah Tembok Besar ini. Satu buku berharga lebihkurang RM60.00. Tak mengapalah, makcik sayang duit...hehehe... |
Suka pula tengok gaya Datin Lynn ni. Asal dia perasan je makcik nak berselfie, tahu-tahu terselit je dia kat belakang...hehehe... |
Udara sejuk dan cahaya panas bersatu...jadi macam itulah rupanya wajah makcik yang tak henti-henti nak merakam gambar sendiri... |
Dari leher, pashmina dah naik atas kepala. Sejuk masuk ke lubang telinga walaupun bertudung wooo... |
Alamak! tak ingat pulak bangunan apa kat belakang tu... |
3 mak dara dalam pelbagai gaya... |
Bakal doktor dan jururawat. Naik seri mereka memakai pakaian bewarna merah ini. Cuba kalau makcik yang pakai... lembu pun lari! Mereka mencuba pakaian ini di kompleks beli-belah yang bernama 'silk street'. Walaupun di dinding-dinding kedai di situ tertulis NO BARGAIN ALLOWED, pedulikan saja. Tawar-menawarlah sehingga berpuas hati. Memang akan dapat harga yang jauh lebih murah dari yang tertera. |
Tak beli tak apa, janji gaya kena ada...hehehe... Tapi mereka membeli juga. Seorang rasanya 'sangkut' juga dua helai kalau tak silap. |
Bergayanya Datin kita ni... (^_^) |
...habis dah (gambar-gambar yang lain biarlah simpan sendiri atau pun diselitkan di mana-mana catatan jika bersesuaian nanti). Ada juga beberapa tempat yang aku tidak merakamkan gambar, seperti tempat urutan kaki, pusat jualan barang kemas dan tempat kami membeli belah di bawah tanah itu...
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT DARI MAKCIK :
Kalau ke China, tak payahlah hendak berangan-angan untuk mengemaskini blog atau instagram atau facebook dari sana walaupun membeli data plan sana. Semuanya adalah disekat. Mujur juga dapat menghubungi keluarga di tanahair melalui aplikasi whatsapp dengan menggunakan wifi percuma di hotel...
assalamualaikum
BalasPadamsinggah pagi
skrg musim sejuk ek
Ya...musim sejuk...
Padamjaket merah tu cantik lah
BalasPadamOrang muda pakai memang cantik... :)
PadamMmg pemerintahan komunis ....tp bgs jg begitu kan xde la tersebar mcm kat fb terutamanye
BalasPadamMereka ada laman sosial sendiri seakan fb yang dikenali sebagai weibo...
Padamtembok besar cina tu mak naik sampai atas tak?
BalasPadamMemang sampai ke atas pun Acu...
Padamatas tangga yang paling bawah... hahaha...
KC bila OKje tengok gambar mak dara bertiga tu, bila tengok tang tengah....mmg nampak betul kak Long kawasan Jinjang tau...dengan gaya brutal gitu hihi.....
BalasPadamBestnya dapat melancong ke Beijingkan KC.... masa nak buat entri tadi lupa pulak yg KC pun baru lepas melancong. Udah Okje update dan tolong war warkan blog KC dlm entri Okje tadi ...
Hahaha... Kaklong Kawasan memang tetap dengan gaya tersendirinya...
PadamDi kebanyakan tempat dia hanya masuk sebagai pemerhati dan tidak pun membeli...:)
Terima kasih kerana tolong promotkan blog ini. :)
Melalui enteri2 Kakcik ke China rasa teruja juga hendak ke sana. Semasa Pak Long bertugasdi sana dulu Mak Long tidak dapat ikut kerana anak bungsu masih di kolej.
BalasPadamKakcik baru nak belajar hendak mengenal negara orang, Mak Long... :)
PadamKakcik kat sana bargain guna bahasa Inggeris ke? Katanya warga China tak ramai yg fasih bahasa Inggeris....
BalasPadamKalau kita set kan akaun Weibo, boleh kot communicate dgn org kat malaysia...hahahaha
Memang guna bahasa Inggeris dan sesekali dengan bantuan kalkulator...janji faham je... :)
Padamkakcik beli apa ole2 utk org yg kene tinggal kt kl hehehe... cantik baju merah tu kakcik, kakcik tak beli ke?
BalasPadamSeperti biasa kakcik cuma beli kemeja t untuk anak2 dan suami sbg tanda kenangan...
PadamRasanya saya dpt kesimpulan jika hendak ke China
BalasPadamJangan pi ikut tour agent
- tour agent yg bawa kita ke kedai jade dan chinese herbal
Yg memaksa kita kena beli
Saya cuma nak ke Xian.. Makan di kedai chinese muslim..
Betul, kalau pergi melalui pakej, adalah satu kemestian singgah di premis2 berkaitan kerajaan mereka...
PadamDari satu segi, bagus juga kerajaan china sekat semua akses web dari luar, tapi nampaknya rakyat dia betul2 protected dgn berita2 dunia.
BalasPadamKak chik seronoknya pergi girlfriends mcm ni. Datin tu cool gile. Dan baju merah D&G tu mmg cantik sgt wp fake.
Di Beijing sahaja, penduduknya 22 juta orang (kalau tak silap), jadi bayangkanlah macamana kerajaan hendak mengawal mereka kalau terlalu terdedah kepada dunia luar.
PadamRumah (pangsapuri) mereka memang sudah menggambarkan betapa padat penduduknya...
As-salam kakcik..
BalasPadambestnya dapat ke beijing.. suka tengok gambar2 tu.. lawa-lawa semuanya.. tengok gambar pun kita sendiri yang terasa sejuk.. semoga ada rezeki saya untuk ke sana suatu hari nanti.. insyaALLAH..
Wsalam Fea...
PadamInsyaAllah, akan ada rezeki Fea dan keluarga untuk ke sana nanti...
canteknya kot merah tuuu (suker3)
BalasPadamsejuk sangat kat sana ye k.cik? balik sini cuaca panas, badan ok x? risau juga kalo demam sbb pertukaran cuaca yg ekstrem..
Alhamdulillah., kakcik sihat2 je cuma rasa letih sikit...
Padamjelas kelihatan kesejukan kak cik dan rakan2...
BalasPadamIya, memang sejuk sangat... :)
PadamAlhamdulillah dapat kenal-kenal tempat orang. Mesti seronok kan Kak Cik ;-)
BalasPadamAlhamdulillah... sesuatu yang selama ini kakcik rasakan tak akan tercapai untuk melawat negara orang, Allah beri juga kesempatan di hujung usia...
PadamSalam kenal Kakcik Nur :)
BalasPadamWahhhh, seronoknya bercuti,Beijing lagi tu, best!
Salam kenal MyLife Ria...
PadamAlhamdulillah... :)
Kalau kita tak tak pandai hendak tawar menawar, memang raya sakanlah mereka...
BalasPadamPeringatan yang sangat2 penting di akhir entri. :) terima kasih kak bagitahu .. lau tak poyo je tayang henpon mahal .. hahaha
BalasPadamwww.hasrulhassan.com
kena pandai tawar menawarkan kakcik..boleh dpt lebih dari separuh harga..
BalasPadamNantilah bila Bubbly Abang dah mahir berbahasa dan HD pun dah tukar passport, bolehlah kami empat beranak jalan-jalan ke China pulak. Kenapa Kakcik tak cuba je baju merah tu? Tentu menawan bila berselfie, dengan syarat mak datin janganlah menyelit kat belakang. Hahaha!
BalasPadam