Kawan-kawan kakcik

Selasa, 5 Ogos 2014

Wanita dan perhiasan berpisah tiada? ...

Mungkin betul untuk wanita lain, tapi bukan wanita yang bernama aku...

Siapa yang pernah datang ke rumahku, akan tahu betapa rumahku dihiasi dengan kotak-kotak dan sususan yang entah apa-apa.

Begitu juga siapa yang mengenaliku akan dapat melihat tiada satu pun perhiasan sama ada yang palsu apatah lagi yang asli (emas permata)  'melekat' di tubuhku...

Pernah satu ketika dulu seorang teman sepejabat menyelak tudung yang kupakai secara tiba-tiba semata-mata untuk melihat sama ada di leherku ada tergantung rantai emas atau tidak!  Tak mengapalah,  aku maafkan dia walaupun hatiku berkata-kata.

Walaupun tanpa hiasan rumah atau intan berlian, aku bahagia dengan caraku sendiri...

23 ulasan:

  1. sampai macam tu sekali dia buat kpd kak cik....perhiasan tu bukan kekal pun...seindah hiasan adalah wanita solehah

    BalasPadam
  2. Sabar jer lah, Kurang sopan buat macam tu tau. Saya pon sama mak. Tak der nak berhias dgn emas permata. Gelang tgn pon tak pakai. Hanya sebentuk cincin dijari manis jer ☺☺

    BalasPadam
  3. tiap org ada citarasa sendiri kakcik, mcm dana nih suke jugak perhiasan tp berpada2... bkn yg berlebih2 sampai nmpak cam menunjuk...

    BalasPadam
  4. ade perhiasan tapi tersimpan rapi di dalam almari

    BalasPadam
  5. betul tu ..xsemua orang suka perhiasan..sekali sekala je...

    BalasPadam
  6. erk.. nape sampai nak kena selak tudung??
    sampai macam tu sekali ke nak check perhiasan orang??

    BalasPadam
  7. takpelah bonda..lain orang lain caranya..

    BalasPadam
  8. sy suka jew kak.. tp xde la sarat sgt ngan hiasan.. sekadar simple n nice.. :-)

    BalasPadam
  9. Ada pulak yang selak. Adoi. Benda macam tu hiasan dunia je

    BalasPadam
  10. Punyalah dia nak tengok rantai leher kakcik ye..
    Kakak ada tiga anak dara ada tiga citarasa yg tak sama kakcik..

    BalasPadam
  11. Masing2 ada keperipadian sendiri, kita kena hormat prinsip mereka

    BalasPadam
  12. huhu..sadis la plak..tp kat tmpt saya keja ni ada gak yg perangai cenggitu kak..suka hati kitala kan..nak pakai ke xnak ke..huhu

    BalasPadam
  13. Saya pernah menyukainya satu waktu kakcik...sekarang tidak lagi..cukuplah hanya dgn satu gelang kecil dan dua bentuk cincin...bg saya perbuatan opismate akk tu biadap...

    BalasPadam
  14. saya 200% bersetuju dgn komen uncle Gedek tu !!
    tak patut sungguh kawan kakcik sampai menyelak tudung, semata mata nak kepoh tgk kakcik pakai rantai ke tidak...:P

    BalasPadam
  15. mck pun sama ja......agak 'kepoh' lah kan kalau nak selak chk rantai

    BalasPadam
  16. Kakcik patut berbangga kerana dilahirkan hati yang tidak menyenangi perhiasan. Saya juga tak suka atau setepatnya sangat benci melihat mereka yang berhias berlebihan, untuk apa...entahlah....bila kita tiada lagi perhiasan segala itu tidak pun dibawa ke keranda untuk menemani berat ringan dosa kita...

    BalasPadam
  17. Salam kak cik
    yang lelaki pulok, jam yg mahal². tapi tu jek laa perhiasannya pon hihihii

    BalasPadam
  18. Betul tu akak. Bukan semua wanita suka perhiasan ini. Bergantung kepada masing-masing kan..

    BalasPadam
  19. kalau anak kecik macam saya ni lagi la tak minat nak pakai.minat simpan je la..hahahah..pernah dulu saya pakai cincin,cincin tu melukai pipi maisara..masa dia kecik la..sejak tu buka terus simpan je.kalau kenduri ke,majlis apa2 saya pakai la.balik umah simpan balik..kata nak beli menambah tu memang tak la...bila tak boleh pakai selalu jadi kurang minat dah..

    BalasPadam
  20. Jujur kak, saya tak suka perhiasan dan saya juga tak suka kl orang lain menyelak tudung saya hanya untuk perkara tak penting ini

    BalasPadam
  21. saya alergik pada perhiasan...jadi seurat emas atau nikel pun tak ada.Tapi saya terkesan bila baju saya pakai dicanang beli kat bazaar .Kena jolok pula tu nak turunkan dia...haha cerita lama.Kadangkala kita yang tak punya apa apa rasa macam kecil saja bila org lain sibuk dok bincang emas berlian mereka.

    BalasPadam
  22. akak pun pernah kena selak macam tu kakcik..terkujat sekejap

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com