...bukan kerana aku sombong, tapi kerana aku tak mahu dia pergi ke rumah siapa-siapa yang tidak dikenali untuk 'berhari-raya' kononnya.
Kesian melihat anak-anak di pagar rumah orang melaungkan 'Assalamualaikum. Kami datang nak beraya'.
Anak-anak ini tidak tahu akan 'kesediaan' tuan rumah untuk menerima tetamu. Kadangkala waktunya langsung tidak bersesuaian. Pun begitu, tuan rumah pastinya amat arif akan kehendak tetamu-tetamu kecil ini.
Teringat akan kata-kata Imam Muda Asyraf di satu rancangan televisyen yang kutonton. Katanya 'jangan ajar anak-anak kita untuk mengutip duit raya. Sebaliknya ajarlah mereka untuk berkunjung ke rumah orang miskin yang tak punya apa-apa. Boleh jadi orang miskin itu adalah saudara mara kita sendiri yang sekian lama kita tak jumpa'.
Anak-anak yang berhari-raya bersama ibubapa ke rumah saudara dan kenalan adalah amalan yang bagus. 'Duit raya' yang diterima mereka pun pasti telah disediakan oleh tuan rumah mengikut kemampuan.
Tapi anak-anak yang sanggup berjalan berbatu-batu jauhnya untuk 'mengutip duit raya', bukan sahaja belum tentu pulangannya. Keselamatan mereka juga dibimbangi tidak terjamin. Zaman ini segala yang tidak terfikirkan oleh kita, mungkin sahaja boleh terjadi...
Kena betulkan balik mindset anak2 ni... dorang ni dah diset gi beraya kalau nak duit raya adooiii...
BalasPadamSAYA PUN.. ANAK2 SAYA DPT DUIT RAYA DR FAMILY JE
BalasPadamMALAM TADI, JAM 9 MALAM TGH SAYA MENGEMAS UMAH BALIK DR KG, ADA BUDAK2 BG SALAM NAK RAYA, HUHU
SY CAKAP 'UMAH AUNTIE DAH ABIS RAYA'
betul tu kak cik...sedih tgk bebudak beraya ramai2 lintas jalan sendirian... risau tgk...saya pun tak biar anak2 pergi beraya sesama anak2 kecik... ajak beraya ngan familiy sekali...
BalasPadamdah tak praktikal zaman skrg ni anak2 jelajah raya. bahaya pun ye takut ada yg kena kidnap, nauzubillah….
BalasPadamBetul tu kak ... tak berani Mia biarkan anak2 kecil berjalan sorang2 semata2 nak kumpul duit raya tu. Huhu
BalasPadamsalam kakcik
BalasPadamsebenarnya yg itulah menggembirakan anak anak. bagilah walau 20sen pon akan menggembirakannya. kalau tidak akan hilanglah seri hariraya.
saya setuju dengan kakcik. tapi sekrg dah jadi macam budaya ank2 kecil ini yg langsung tak nak menyentuh makanan tetapi nak duit raya.
BalasPadamsetuju kakcik, dana adik beradik mmg jenis beraya sekali ngn mak abah pg ke rumah sedara mara yg wajib dulu, bkn sbb nk duit raya tp sbb nk saling berkunjung n bertanya kabar... mmg ramai anak2 zmn skrg nih mak bapak lepas gitu je utk beraya sendiri kutip duit raya... ntah dana tak berapa suke cara gitu
BalasPadamAnak2 Aina beraya di kampung sahaja balik sini tak ada jalan2 dah kecuali mak ayah bawak atau ada kawan2 yg buat open house.
BalasPadambetul tu kak. Selalu ada je anak2 bagi salam nak raya. Memang tak kenal pun siapa. Kita memang tak bersedia langsung nak terima tetamu yang macam tu. Sekadar nak duit raya je pun.
BalasPadamItulah kakcik siap kakak pesan lagi pada mereka jaga duit tu baik-baik. Lintas jalan hati-hati. Bimbang pulak tengok anak-anak yg jenjalan dari satu rumah ke satu rumah. Anak kakak memang tak rajin sebab ini peluang mereka membaca novel.. budak perempuan biasalah..
BalasPadamSaya dari anak kecik tak pernah izinkan mereka 'beraya' rumag org tak dikenali. Rasa malu. Kerumah saudara mara dan sahabat handai dgn kita tak aper. Kami di pantai timur rasanya tak amalkan budaya ni. Beraya dgn org yg kita kenal saja
BalasPadamsetuju sangat..tambah zaman sekarang ni mcm2 yg tak diingini boleh terjadi.huhu
BalasPadamBenar tu kakcik...Budaya " mengutip duit raya" ni, antara budaya yg perlu kita ketepikan...tiba masa kita didik generasi anak cucu kita, erti sebenar kunjungan aidilfitri itu
BalasPadamSetuju sesangat.. Zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Tapi tu lah.. bebudak ni kalau pergi umah sedara-mara dok tunggu duit raya aje. Kekadang memilih nak salam. Siapa yang tak ada bagi duit raya, tak nak plak dia salam. Haish.. memacam.
BalasPadamsalam aidilfitri kakcik,
BalasPadambetul la kakcik.cikda tak terpikir pulak pasal ni. bukan sebab cikda bagi anak2 cikda beraya sendiri..tapi ini adalah jawapan terbaik cikda nak jawap kat anak cikda bila dia org tanya kenapa budak2 ni beraya sendiri..mana mak ayah dia?
maaf zahir batin kak cik..:)
As-salam kakcik..
BalasPadamSalam aidilfitri untuk kakcik dan keluarag.. saya pun tak senang nak lepaskan anak2 pergi beraya sendiri.. mujur anak2 jenis malu nak pergi rumah org kalau tak dengan kami..
tak jumpa plak budak2 semekom ni kat KL nih, kalau kat kg ramai lah jugak, mostly anak2 jiran, so ok jer lah. kenal mak ayahnya. kekadang bagi gak duit raya, kekadang tak.
BalasPadamdulu2 rasa menyampah juga budak2 dtg beraya yg kita x tau dr mna ni..tp bila fikir2 balik mereka nilah yg meriahkan hr raya.
BalasPadamteringt msa kecil, habis semua rumah jiran2 kami beraya. makan sekut sikit, air sikit, br dapat duit 50sen. suka sngat. dah tua ni..haram nak g jalan rumah jiran2 jauh sikit. malulah kekonon.
ada pro and contra lah juga budak2 ni..
rasanya org tualah kena cerdik sikit..sedekahlah sikit kat budak2 tu.. nabi pun suka mengembirakan kanak2..;)
SA mmg x bagi dania kuar beraya if kawan2 ajak....mmg x dapek de....dania pun mmg x menjurus ke arah tu...lg selesa beraya dgn family kan...at least keselamatan terjamin....
BalasPadamMekasih atas perkongsian dan peringatan mak. Betul tu. Zaman skang bebudak lebih kepada nak mengutip duit raya. Makan/minum pon tak nak.
BalasPadamDi kampung tak jumpa pulak bebudak round kutip duit raya. Mungkin saya masih baru di kampung ini.
BalasPadamPro dan contra.....sini pun ada juga budak2 tak tau dari mana..."assalamualaikummmm, nak beraya...." :)
BalasPadamsuami akak pula lain sikit caranya. dia suka budak2 dt rumah..senang nak bersedekah katanya.bukan banyak pun singgit saja sorang, boleh bagi kat ramai budak.bila koata dah habis..takde lagilah duit raya..
BalasPadamsaya pun tak suka anak-anak saya pegi beraya tak tentu hala ke rumah orang yang tak dikenali, saya pesan kalau nak pegi beraya pegi rumah kawan yg kita kenal je.
BalasPadamSaya memang dah lama nak buat posting tentang kanak-kanak datang untuk duit raya - saya memang tak setuju dengan cara mereka mendapatkan duit raya macam itu. Kalau nak beraya , eloklah bersama ibubapa, lebih selamat dan InsyaAllah akan dapat jugak duit raya!
BalasPadamSaya setuju ... semoga anak2 kita lebih memahami ertiziarah menziarahi di hari raya.. inshaAllah...
BalasPadam<a href="http://amfarra.blogspot.com</b></a>