Kawan-kawan kakcik

Rabu, 3 April 2019

WW : gambar dengan sedikit cerita...

Setiap hari fikir hendak masak apa.  Tengok apa bahan yang tersedia, maka masaklah ikut suka...

Laksa - makan di kedai.  Hmmm...kurang rasa.  Laksa agak keras dan kuah kurang garam.  Tapi tetap dihabiskan.  Tak elok membazir, kan?

Tinggal seorang diri.  Fikir lagi hendak masak apa.  Perut dah berbunyi.  Bahannya ada.  Goreng sahaja mee.  Tapi bukan macam hendak makan sendiri.  5 ke 6 orang boleh makan!

6 ulasan:

  1. sedapnya laksa tu kakcik, pekat kuahnya.. :)

    BalasPadam
  2. Pilih mee goreng
    nampak menyelerakan.

    BalasPadam
  3. tulah kakcik, dana ni kadang ada jenis2 makanan yg cerewet... lbh pilih msk sndiri dr beli puas blh mkn...

    mee grg tu alahai sedap nya

    BalasPadam
  4. Betullah KC... hari hari fikir nak masak apa, tapi saya senang je KC selalunya saya sediakan satu lauk je , tak de sayur pun kadang kadang hahahha....utk pedas kadang kadang potong cili je....

    BalasPadam
  5. rupa paras laksa tu macam sedap je tapi kurang cita rasa pulak ye kak

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com