Dulu kalau aku tak mahu makan pun, mak tetap akan memasak. Walau hanya nasi putih dan ikan bilis goreng campur bawang besar dan sebotol kicap, mak tetap sediakan.
Aku tak nampak mak makan, tapi masakannya mak letak bawah tudung saji. Aku tahu, mak harap aku akan makan untuk mengalas perutku.
Selalu juga aku memberontak - 'mak tak tahu masak benda lain ke?'. Balik-balik mak masak benda yang sama. Bila aku tak mahu makan, mak sanggup memujuk dan dengan muka sedih yang aku buat-buat tak nampak, mak cuba suapkan makanan ke mulutku. Antara mahu dan tidak, aku buka mulut dan telan juga makanan yang mak suap.
Aku tak pernah ingin tahu apa yang mak rasa. Mak sedih atau lapar, itu mak punya pasal. Tugas mak, membesarkan aku dan memberi semua keperluanku. Kalau mak tak mampu, kenapa mak perlu ada aku?
Mak tak perlu nak mengada-ngada atau mengeluh mengharapkan simpati sesiapa. Aku tahu apa yang aku hendak, mak kena adakan.
Tapi... mak ni dah kenapa?
Sekarang mak seolah-olah tak peduli pada aku lagi. Riak wajah mak pun susah hendak aku teka. Kadang-kadang aku tengok mak bagai situa yang tak berdaya. Matanya tiada cahaya. Senyum di bibirnya sudah lama tiada.
Mak bagai dalam dunianya yang tersendiri. Mak tak peduli lagi sama ada aku makan atau tidak. Mungkin sebab mak rasa aku dah cukup dewasa untuk menguruskan diriku sendiri.
Tapi... mak ni dah kenapa?
Aku tiba-tiba rasa kehilangan!
Selalunya kalu soklan macam tu, anak-anak saya terutama Chak, tanya sebab depa geram. Kalu saya marah-marah or usik, dia akan jawab camtuh. Hahahaha!
BalasPadamLain definisinya pada orang lain pula, kan?
sedihnya baca..menusuk kalbu...Ibu ratu hatiku.
BalasPadamsalam kakcik
BalasPadamsedih la kakcik...baru kelmarin jumpa mak ngan abah..huhuhu
sedihnya
BalasPadamharap ibunya sentiasa sihat ... amin
BalasPadamBila dah jadimak tahulah apa naluri seorang mak..
BalasPadamsaya share entry Kakcik ni di fb anak sy ya...
BalasPadamBoleh. Silakan. :)
Padamdah mcm baca novel plak...
BalasPadamkene terus masak dan masak tuk anak baru tk rasa kehilangan ek?
masakan air tgn ibu la paling sedap even masak simple pon.. aura dia lain mcm.
assalamualaikum dr http://afasz.blogspot.com
Mak mentua saya juga begitu. Matanya seperti tak bercahaya, pandangan kosong. Tak tau apa yang difikirkannya. Mungkin terlalu jemu dengan kehidupan yang sangat sepi selepas kehilangan suami 3 tahun lalu..?
BalasPadamkite yg anak nih pun selalu kene mengalah kan kakcik....
BalasPadamBila makin berumur, makin kompleks jiwa manusia, tak kira seorang mak, atau ayah...Jiwa makin sensitif..jiwa makin cpeat terasa..jiwa cepat terasa kosong...Masa ini lah sokongan anak anak perlu...Masa inilah kita ni( bila dah masuk peringkat umur begini), perlukan pengisian rohani yg baginda SAW dah ajar 1400 tahun dulu....TQ kakcik...entry ini utk peringatan saya juga
BalasPadamAlahaii sedeynya ...semasa nekcik sekolah mak nekcik dah siap masakkan bubur nasi dan ikan bilis goreng serta teh susu dari malam lagi..di masukkan ke dalam flask supaya esok nekcik boleh sarapan sebelum kesekolah..itulah sarapan nekcik setiap hari dari tingkatan 1 hingga 5....dan nekcik makan tanpa rasa jemu...sedaap
BalasPadamselepas itu mak akan dok depan pintu bersama sebuah pelita minyak tanah..tunggu sehingga nekcik naik bas...
seingat nekcik hanya sekali mak marah sangat kat nekcik..kna cucuh cili di mulut sebab taknak gi skolah..darjah 1..selainnya emak akan marah dengan sebutan ..'anak bertuah betul ' ..habis marah..alhamdulilah berkat sebutan itu nekcik rasa memang bertuah..alhamdulilah
Alfatihah bunda kerana mendidik diri ini dengan serba kekurangan!!
PadamLain orang lain pengalamannya dgn emak merekakan. Bagi anak2 yg ada pengalaman pahit bersama emak mereka, mereka hanya memendam perasaan duka tampa boleh diluahkan..
BalasPadamSA x tau nak komen apa....yg SA tau SA sgt2 sebak sbb SA tau apa yg terpendam di hati mak SA...
BalasPadam