Kawan-kawan kakcik

Selasa, 17 Jun 2014

'Mak, janganlah sumpah anakmu...'

Aku tak tahu apa yang tak kena
hadirku dalam hidupmu bagai kau tak redha
apa saja cuba kubuat mak tak pernah suka
bagaikan aku ini membawa malapetaka

Mak

Janganlah gunakan syurga sebagai senjata
benarlah bagi anak di kakimu terletaknya syurga
tapi syurga itu bukan diletak saja-saja
ada syarat ada aturannya
kalau mak pun hanya tahu mencerca
panduan apa yang mak hendak tunjuk pada saya
bila akhirnya saya tidak menjadi manusia
bahang kemarahan mak makin menyala-nyala

Mak

Sumpahanmu itu akan menjadi ikatan
dalam hidupku menongkah masa depan
bila doamu tiada hijab dengan Tuhan
pasti hidupku sering tak keruan

Mak

Ampunkan aku bila hadirku tanpa restumu
pedih pilu hati ini hanya aku yang tahu
kutahu kasihmu bukan buatku
namun dalam doaku tetap terselit namamu

Kerana tanpamu siapalah aku...

20 ulasan:

  1. setiap kata dari mulut ibu adalah doa...justeru ucapkan yg baik2 saja terhadap anbak2..

    BalasPadam
  2. bila anak kecilkan hati ibu, anak itu jatuh berdosa
    itu disebut dalam AlQur'an
    bila ibu yg selalu buat anak kecik ati, ibu tetap betul
    emm

    BalasPadam
  3. itu la ibu kan kata2nya sangat mendalam

    BalasPadam
  4. lebih baik diam shj dr berkata2 yg tidak baik..

    BalasPadam
  5. assalam..kadang2 terkuar juga perkataan yg tak sepatutnya...tapi cepat2 ler beristifar..

    BalasPadam
  6. Pengajaran buat mak-mak muda cam saya...ambik iktibar....

    BalasPadam
  7. Salam Kakcik
    'Syurga' terletak di 'telapak kaki' ibu..

    BalasPadam
  8. dh 2 hari kakcik bt puisi psl mak nih....

    naper lah agaknyer

    BalasPadam
  9. Pernah jumpa ibu yang membenci anaknya.. memang sedih tengok, anak dibuat seperti hamba.. moga terhindar dari tergolong dalam ibu2 yg seperti itu

    BalasPadam
  10. berpuisi pulak yerk.. tapi memang betoiler ibu2 harus menjaga kata2...

    BalasPadam
  11. sbg anak saya seboleh mungkin utk menjaga hati ibu..

    BalasPadam
  12. Apa pun salah silap mak tu...mak wajib dijaga hatinya.. :(

    BalasPadam
  13. Salam Kakcik
    Singgah, indahnya puisi x puas membaca dan sedih pun ada...
    kalau seorang mak berhati2 mengeluarkan kata2 pada anak...
    kalau anak pula , berbakti pada mak janjian syurga dari Allah..

    BalasPadam
  14. salam,

    ziarah kak cik. harap sihat jer..

    BalasPadam
  15. Semuga kita semua menjadi ibu yang sntiasa menjaga tutur kata ketika marah..kerana waktu itu sebutan kita mnjadi doa... aamiin

    BalasPadam
  16. Kena jaga kata-kata ibu bapa semasa berkata-kata kepada anak-anak.

    BalasPadam
  17. sedih pulak..teringatkan mak sndri dan peringatan untuk diri sndri juga..

    BalasPadam
  18. Peringatan untuk diri sendiri.....semoga SA tidak menjadi ibu yang kejam...amin...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com