Kawan-kawan kakcik

Selasa, 27 Ogos 2013

Percutian 2 hari 1 malam + 1 hari (Bhg.2)...

Setelah puas menjelajah, barulah kami perasan yang kami telah jauh berjalan. Hendak balik ke kereta yang dah nampak di depan mata pun terasa bagai kena berjalan lagi 10km! Sebelum balik ke bilik, sempat juga kami membeli beberapa kilo jeruk Pak Ali (bukan Pak Ali yang kena jeruk ya...)

Sebelah malam, selepas menunaikan kewajipan, Dr. Singa, CPL dan SRM keluar lagi untuk mencari makanan dan melihat suasana malam. Kakcik lebih senang tinggal di bilik untuk meluruskan pinggan dan memejamkan mata. Tahu-tahu sahaja kakcik dikejutkan dari tidur dengan nyanyian 'selamat hari jadi'. Lorrr...belum pukul 12 malam la! Kakcik dihadiahkan oleh anak-anak dengan sebuah beg tangan. Suka sangat. Ada juga sekotak donat mini J.Co dan kuey teow goreng yang kakcik pesan. Siapa mampu makan kuey teow dalam keadaan terpinga-pinga dan tak basuh muka? Hehehe...

Esoknya - 24/8/2013 (hari lahirku), kami bertiga meninggalkan Dr. Singa pada jam 8.00 pagi. Terima kasih Dik Izat kerana benarkan kami menumpang dan mengecahkan bilik yang selesa itu. Perjalanan balik ke Kuala Lumpur kononnya kena cepat sebab kami ada rancangan lain di waktu petang. Tapi bila anak-anak dan mak 'sekepala', pasti yang dirancang tak akan berjalan sebagaimana sepatutnya. Kami melencong masuk ke Taiping sebab anak-anak hendak menjejak kerusi yang diduduki oleh pelakon Siti Shariza (Eja) dalam filem SEPI di Taman Tasik Taiping...

Donat mini J.Co
Beg tangan hadiah dari SRM dan CPL
Konon-konon Eja la tu...
Ini seorang lagi...
Asalkan bahagia, duhai anak-anak...

20 ulasan:

  1. Saya nak duduk kat kerusi tu jugakkkk!!!!

    BalasPadam
  2. Salam kak.. Selamat hari raya Aidilfitri :)
    wah duduk kat kerusi tu dah persis artiss gitu.. hihihi.
    Ros suska tengok pokok -pokok yg macam tu :) cantikk..

    BalasPadam
  3. hehe...saya tak tau pun Eja pernah dok kat bangku tepi tasik tu...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak, lama tak jenguk ke sini...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum. Kakcik, saya tengok gambar dulu baru baca entry, dah agak dah ni mesti kat taiping... wah seronok nya berjalan-jalan....

    BalasPadam
  6. Bestnya jalan2 kak. Sedap tengo donut mini tu.

    BalasPadam
  7. hehehe... mekaseh mak... melayan kerenah anak mak yang tiba2 nak pergi sana... tiba2 nak pergi sini...

    seronok sgt keluar dengan mak... ;)

    BalasPadam
  8. sonoknya jejalan... beg tu cntikkk sgt :)

    BalasPadam
  9. Depa pakai baju yang sama sampai petang eh kakcik...ahahaaa...

    Nasib baik mak sporting!

    BalasPadam
  10. epy belated birthday yek kakcik, moga dipanjangkn usia, dimurahkan rezeki n diberikan kesihatan yg baik...

    cantik hendbeg tu kakcik...comei siap ada pink2 lg...
    cantik jgk gambar di bwh pokok tuh...

    BalasPadam
  11. best tengok gambar2 kakcik n anak cuti2 penang.Lama tak pi tasek taiping.teringin pulak rasanya

    BalasPadam
  12. Wahh dapat kejutan!! Sedap tu Jco donut!!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com