Cutinya sekejap saja pun, tapi catatan bukan main bersiri-siri lagi... Keluar dari Taiping, kami singgah pula di Kuala Kangsar. Singgah makan laksa dan minum cendol saja. Malangnya, ia sangat tidak sedap! :( (Cari gambar tak jumpa pula, dah terpadam agaknya).
Kemudian kami meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Sampai di rumah, siap-siap pula untuk keluar ke Shah Alam. Kami terpaksa pergi dengan dua kereta kerana selepasnya, kami ada rancangan masing-masing. CPL dan SRM keluar dulu, tapi ayah, mak dan bangcik yang sampai dulu ke rumah blogger Azian Elias (Yan's Journal...)
(Susah nak buat pautan sekarang kerana tak tahu apa yang tak kena dengan komputer ini. Catatan buat di komputer dan kemudian masukkan gambar melalui telefon bimbit...)
Di rumah Yan, kakcik berjumpa dengan blogger-blogger yang dikenali dan tak dikenali. Malu rasanya bila orang kenal kita, sedangkan kita macam sombong sangat tak kenal orang! :( Walaubagaimanapun, makanan yang dihidangkan di meja Yan adalah sangat-sangat sedap. Terima kasih kepada Chef Ciju dan yang lain-lainnya. Tunggu punya tunggu, anak bertuah yang dua orang itu tak sampai-sampai juga. Ajak En. Suami beredar (sebab nak pergi ke rumah adik di Shah Alam juga), dia pula asyik kata 'tunggu Iyra dan Suzi sampai dulu'. Oh! rupa-rupanya ada kejutan... Iyra dan Suzi datang dengan sebiji kek SR yang enak untuk hari lahir kakcik. Terharu lagi! Apatah lagi bila mereka yang ada beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari lahir...
sakan betul kak cik ek..kakcik rasanya ramai yang kenal..bagus jgk bila blog ni jadi medium ikatan silaturahimkan?
BalasPadamWahh dpt mkn masakan Kak yan..
BalasPadambukan i masakkk.hee.. i makan jee..
PadamHappy birthday kak cik ....
BalasPadamhappy birthday
BalasPadambestnya.. happy belated birthday kakcik..
BalasPadamhepy besday kakcik...
BalasPadamnanti kalau ke shah alam lagi..jemput la singgah rumah saya yee..
Selamat Hari Lahir Kakcik. Semoga kebahagian sentiasa berdamping dengan Kakcik. Seronok sungguh makan Chef CiJu masak yer...aduhaiii jelesnya saya.
BalasPadamselamat hari lahir kak cik!semoga diberkati Allah..(^_^)
BalasPadamHu hu hu... kakcik dah keluar story beraya di rumah Kak Yan. Saya dah draf tapi belum publish, masih kiv lagi... heheheh....
BalasPadamSenyum2 sampai ke malam kakcik, abg mus tu pandaikan simpan rahsia romantik gitu buat suprised kat isteri.
BalasPadamHappy Birthday :D
BalasPadambagus ayah bob tak bocor kan rahsia ek...
BalasPadamsalam ...Happy Belated Birthday kakcik.
BalasPadamsalam ...Happy Belated Birthday kakcik.
BalasPadamtakde rezeki kita nak bertemu lah kakcik...Saya & wife sampai awal kat rumah Kak Yan hari tu...kul 2.30pm saya dah balik...:)
BalasPadamhahahaha.. rasanya dah lebih 10 kali ayah asyik call tanya kitorg kat mana.. huwaaaaaaaa... sampaikan dak jujie da transform jadi donut la dlm kete gara2 jem x sampai2 lagi.. hahaha..
BalasPadamAlhamdulilah.. indahnya perasaan bila membahagiakan org lain..