Kawan-kawan kakcik

Isnin, 26 Ogos 2013

Percutian 2 hari 1 malam + 1 hari (Bhg. 1)...

Sebenarnya tiada perancangan awal pun untuk bercuti. Tapi bila dapat tahu yang SiRibenMerah dan CikPuan Lawa hendak bercuti ke Pulau Pinang, mak dia orang ini pun sibuk nak ikut sama. Setelah mendapat keizinan En. Suami, barulah mohon cuti sehari sebelum pergi.

Kami keluar dari rumah jam 7.00 pagi. Disebabkan masih awal, kami singgah dulu di Kuala Kangsar. Selama dua jam di Kuala Kangsar, puaslah dua wanita anggun itu merakamkan pelbagai gambar yang mereka suka.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan Dr. Singa yang pergi ke sana melalui jalan udara. Selepas mendaftar masuk ke hotel (menumpang bilik Dr. Singa yang sebenarnya ada seminar di sana) dan menunaikan kewajipan, kami berempat memulakan misi 'menjejak mural'. Huh! tak tahulah banyak mana lemak yang terbakar dan mencair... Sempat juga kami singgah makan di Restoran Nasi Kandar Line Clear yang popular itu...

Datin kenalah duduk di belakang, kan? :)
Jambatan Victoria di Pekan Karai.
Jambatan inilah tempat Husin bermesyuarat untuk menghapuskan Zombi.
Di Muzium Kamera yang baru beroperasi.  Sekarang masih percuma untuk
masuk.  Bila siap sepenuhnya, bayaran masuk RM20.00 akan dikenakan.

48 ulasan:

  1. Tiba2 Aina terpandang seseorang!

    Seronoklah mak berjalan sakan2 dengan anak2, untung mak...

    BalasPadam
  2. Aina terpandangkan siapa tu?

    Seronok jalan dengan anak2 perempuan. ..boleh geng. ..hehehe

    BalasPadam
  3. letak banyak2 mak gambar nye.. saya tak sempat nak menghupdate lagi ni.. hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah sikit nak letak gambar sebab mak buat cstatan melalui notell ni. Gambar dalam kamera. Mak terpaksa ambil gambar yang tertera di komputer.

      Tak tahu apa masalah tak boleh masukkan gambar melalui komputer. :(

      Padam
  4. Hamboi bestnye akk dah ada ank2 yg dah besar. Leh join derang kan.

    BalasPadam
  5. yeayyy.. saya buat link ke blog mak je lah.. hahaha..
    seb baik ada kamera mak.wakakakaka~

    BalasPadam
  6. smpi ati kak cik x ajk sy sob sob sob

    BalasPadam
  7. syoknyer kakcik... jd bujang jln2 kt penang lak tu...

    BalasPadam
  8. Sesekali berpeluang jalan tanpa suami ye kakcik..

    BalasPadam
  9. Oooo...yang mereka selalu letak komen mak2 mereka panggil Kakcik tu...memang anak betul2 rupanya...heheheheheheh. Sumpah saya tak tahu.

    BalasPadam
  10. sakan ek kak cik ngan kekawan berposing..kemahen..

    BalasPadam
  11. seronok...pretty lady on holiday yea.. hehe

    BalasPadam
  12. Jalanlah puas2 sebelum bunga2 tu dipetik orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2nya walaupun telah dipetik mereka akan tetap mekar mewangi...;)

      Padam
  13. sesekali bercuti dengan kaum2 perempun bestkan kakcik...mesti enjoy sakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best...sampai lupa yang diri dah tak sekuar mana...

      Padam
  14. saya pun tak sampai lagi museum camera tu, kakcik. dok berkira-kira dengan adik nak cari masa nak celah pi jugak. memang museum tu baru bukak...untung kakcik dah sampai dulu. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki kakcik sampai ke situ. Dr Singa siap bawak peta untuk ke tempat2 yang kami lawat. :)

      Padam
  15. acu pun dah lama tak ronda2 kat penang

    BalasPadam
  16. kak...
    nasik kandaq dia tak sodappppp !!

    hehhehehe...

    BalasPadam
  17. nampak makin berseri kakcik nih :)
    seronok ronda2 penang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 bila hati gembira, ianya dapat dilihat di muka...:)

      Padam
  18. Cantik pic di jambatan keretapi tu cam kat overseas jer ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di jambaran itulah Awie n the gang berlakon dlm filem Zombi Kg Pisang. :)

      Padam
  19. Sekali sekala kakcik cuti apa salahnya:-)
    Kakcik...menurut entry Pokok Manggis Dpn Rmh, kontes BloggerWanita tu masih berjalan atas permintaan ramai. Duitnya ada lg. Join ler...

    BalasPadam
  20. salam kakcik..waa...geng jalan jalan cari makan lah ni ye...bahagia bila dapat bersama anak anak kan kakcik..lagi lagi dah dewasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Nekcik. Seronok bila kita boleh bercerita apa saja...

      Kakcik dah terima kiriman Nekcik pd Sabtu lepas. Terima kasih banyak2 ya...:)

      Padam
  21. Assalamualaikum. saya sangat jeles dengan orang yang syok sakan berjalan-jalan... hu hu hu... more pics ya Kakcik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam.

      Memang seronok sesekali dapat berjalan2 tanpa fikirkan masalah dunia...hehehe

      Padam
  22. welcome to penang..!! saya org penang pun sampai sekrg tak habis lagi search mural tu.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah tu...kita mmg selalunya buat tak tahi dengan tempat sendiri. Kakcik sendiri belum perbah sampai ke Menara Kuala Lumpur walaupun ia di bina 'di depan mata' :)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com