Biasanyalah kan... kalau pertama kali kita bertemu seseorang yang tidak kita kenali, perlukah kita ramah tamah dengan berlebihan?
'Perbualan' di satu petang antara dua orang wanita (seorang memang tidak begitu ramah dan tidak begitu pandai berbual (wanita A) sementara yang seorang lagi cuba untuk mengembangkan keramahannya (wanita B) )...
Selepas menjeling-jeling (mungkin untuk memulakan perbualan) dan disambut dengan senyuman, terjadilah dialog ini...
B : kena masuk wad ke?
A : ya (sambil bertanya semula kepada wanita B yang sedang memangku cucunya yang tidur)... Kenapa? Demam ke? (merujuk kepada bayi itu).
B : demam. Dah kebah, demam semula. Ini kena masuk wad.
A : oooo (dan terus senyap tanda tidak berminat untuk berbual lagi)
Tiba-tiba, B bertanya lagi ...
B : masuk wad kenapa? sakit apa? sakit dalam perut ke?
A : (sambil senyum)... hmmmmm
B: ada ketumbuhan ke? Saya dulu ada ketumbuhan, dah buang dah. Bila doktor suruh buat pembedahan, saya minta nak fikir dulu. Setahun saya berfikir, baru saya buat pembedahan. Dah sepuluh tahun dah. Ini bila nak buat ni?
A : saya masuk wad minggu depan.
B : kenapa tak buat terus? Takut ke? (kemudian mengumam macam nak sambung cerita...)
Dalam hati A berdoa agar cepat dipanggil untuk urusan seterusnya. Nak takut apanya, tubuh badan si A ini sudah naik lali 'disiang' di sana sini. Sekali siang, bukannya makan masa setengah atau satu jam. Sampai tujuh jam pun ada! Berdoa dan bertawakkal saja kepada Yang Maha Kuasa.
Kalau ikutkan, doktor sudah bagi pilihan untuk buat hari ini atau esok. Mengenangkan ada urusan lain yang hendak didahulukan, maka diminta agar 'prosedur' itu dibuat pada hari Isnin nanti. Sebenarnya, rasa tak mahu buat tu bukan kerana takut, tapi kerana 'benda' tu kecil sangat. Disebabkan sudah lebih dua bulan tak juga 'baik' lagi, maka terpaksalah pilih jalan terakhir...
apepun ma
BalasPadamharap urusan wanita A dipermudahkan Allah
insyaallah
kakcik, semoga segalanya baik2 aje ye...
BalasPadamsegala smua nye berjalan dgn lancar.. AMIN.. ;)
BalasPadamsaya doakan Akak ..
BalasPadamhope everything goes well...
BalasPadamdia boring agaknya..
BalasPadamsemoga dipermudahkan urusan kakcik dan sihat selalu..jaga diri ya kakcik..
serba-salah kekadang kan kakcik.. kalu tanya karang dijeling.. kalu tak bersuara dikata sombong.. hehehe
BalasPadamsemoga dipermudahkan urusan kakcik..
BalasPadamkakcik nak buat surgery apa ni?
BalasPadamSaya turut mndoakan kakak 'A' tadi...moga dipermudahkan segalanya..ameeenn
BalasPadamsemoga semua dipermudahkah Allah.
BalasPadamtake care ya kakcik.
berbaik sangkajelah.. mungkin wanita B agak peramah bukan busybody.
BalasPadamapepun saya doakan wanita A dipermudahkan segalanya
take care
Kadang2, kita perlukan 'ruang' sendiri. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. Amiin.
BalasPadamsemoga dipermudahkan segala urusan akak...
BalasPadamsy pulak x pndai nk mulakan {peramah) tp klau dah knal sy plak yg byk ckp hehe
BalasPadammmg ada yg peramah gitu
BalasPadamkdg2 pun saya over ramah.huhu
Entah kenapa tetiba kakak bayangkan yg A tu kakcik tau. Ya Allah kalau betul moga dipermudahkan hendaknya. Mohon doa semua kawan-kawan ye (ini kakak yg mohon tau)...
BalasPadamharap semuanya baik & selamat ye kakcik:)
BalasPadamsaya tu ala2 si A la. kalau orang tanya banyak mula la
BalasPadam*** kenapa bila saya baca ni si A tu saya bayangkan kak cik.. maaf ye kak cik... moga si A sihat hendaknya... jauhkan dia dari segala penyakit yg berbahaya
samalah bila baca N3 ni KA terbayangkan kakcik (maaf ye), sebab n3 kakcik sebelum ini ada letak2 juga hint2 & gambaran mcm ni
BalasPadamWanita A tu kakcik ke? Saya doakan wanita A tu akan dipermudahkan semua urusannya dan diberikan yang terbaik. Harap2 juga dia maafkan wanita B tu. Mungkin dia mmg terlebih peramah.
BalasPadamSemua kata lepas baca terbayang si A tu KakChik...Betul ke KakChik?? Erm...takperla, janji A tabah dan urusan dipermudahkan ye.
BalasPadamdia p-k org lain sm je mcm dia
BalasPadamSalam,
BalasPadamApa dan sesiapa, LF doakan yang terbaik. Amin !
semoga dipermudah segala urusan wanita A tersebut....
BalasPadamSemoga Allah permudahkan segala urusan kakcik ye...
BalasPadamSemoga wanita A itu akan dilindungi Allah SWT dalam segala urusannya. Wanita B tu ramah macam mak saya. Kadang2 saya kuit jugak dia tanda mintak dia berenti cakap bila dia terlebih ramah & pihak yg satu lagi nampak tak selesa nak berbual :D
BalasPadamwanita A tu akak ke? moga diberi kekuatan dan sembuh secepat meungkin..insha Allah..saya pun kadang2 jadi ramah macam wanita B tapi tgk jns orang kalau muka org tu takde mod saya senyum je larr...take care kak :)
BalasPadammak...
BalasPadamBuat 'wanita A', kuatkan semangat. Moga dipermudahkan segala urusan.. (wanita A tu kakcik ye..)
BalasPadamTak salah bersikap peramah namun biarlah bertempat.. Silap2 haribulan, org yg dh nak sembuhpun boleh sakit semula..
salam kak cik,
BalasPadamdtg folllow dari segmen bloglist KA...
ver interesting blog you have here.
www.my-mintroom.blogspot.com
saya juga mendoakan yg terbaik buat kak cik.
BalasPadamkenapa ye kakcik?? ada penyakit apa2 ke??? saya doakan agar kakcik sembuh dan dapat menjalani kehidupan yang sihat seperti biasa..amin.
BalasPadamada kalanya kita dah ikhtiar tapi tak sembuh juga, so kena lah juga terima apa jua cadangan doctor. kdg2 kita pasrah dlm kehidupan ini, tidak byk pilihan sebenarnya...
BalasPadamSalam Kakcik,
BalasPadamErmmm...jika fikiran kusut, apa saja perbualan menjadi mual, akak selalunya berdiam dan menyendiri..huhuhhu