Kawan-kawan kakcik

Khamis, 4 Oktober 2012

'Kekuatan sebenar terletak pada hati'...

Kata-kata di atas sebenarnya kulihat dilekatkan pada sebuah van syarikat kawalan keselamatan dalam perjalanan ke tempat kerja tadi.

Kebetulan hati ini rasanya bagaikan sudah hilang kekuatan.  Sudah mula berbolak-balik dan mengungkit-ngungkit. Sekiranya terus dilayan kata hati ini, mungkin banyak perkara yang tidak baik bakal terjadi.  Akal kata begini, nafsu kata begitu.  Pertembungan yang tidak memberikan suatu keputusan yang tepat dan kadangkala langsung tidak diingini...

Hanya kepada Allah SWT satu-satunya tempat untuk kuadukan segala kekusutan dan keluh-kesah yang tidak sudah ini.

Alhamdulillah, mereka telah dianugerahkan kekuatan hati. Semoga
apa yang dilihat di luar, begitulah juga yang tersirat di dalam.

Alangkah bagusnya jika aku ini seorang Ketua Menteri!!!

32 ulasan:

  1. Kakcik, kekuatan sebenar memang pada hati, dan taqwa dan iman.

    BalasPadam
  2. Salam Kak Cik,
    betul tu...akak setuju sgt..

    BalasPadam
  3. Semoga senyuman Dan wajah2 riang itu terbitnya Dari hati.. :)

    BalasPadam
  4. Betui kakcik.. Kekuatan sebenaq terletak pada hati...

    Semoga kakcik dapat buat keputusan ya terbaik, InsyAllah

    BalasPadam
  5. eh ingatkan kakcik bergambar dengan Norman Hakim tadi.. hehehe..
    saya belum di anugerahkan kekuatan hati... mudahan dapat berlajar dari orang lain

    BalasPadam
  6. betullah kakcik..saya ingat kakcik bergambar dgn norman hakim tu.. nak dptkan kekuatan hati kene istiqomah banyak2.. which itu yang saya kurang..masih banyak kene usaha..moga Allah permudahkan..amin

    BalasPadam
  7. kakcik..
    hati bila kotor mudah melatah, tapi bila bersih perkara yang mustahil menjadi mudah..maka zikirlah selalu :)

    Semoga kita smua berada dlm limpah rahmatNya..Aamiin..

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Klik kat perkataan Ketua Menteri itu untuk mengetahui. :)

      Padam
  9. betul tu ma


    hati kita memang sangat besar peranannya dalam kehidupan kita

    BalasPadam
  10. Memang hati dan akal kena bergandingan kakcik. Tergelincir satu darinya kita yg jadi mangsa. Iman penyelamat segala..

    BalasPadam
  11. Kalau kita RM 600K macam-macam boleh buat kakcik. Tunggulah di akhir kalam kelak walau mungkin lebih dari nilai itu pun siapa yg tahu. Wallahu'alam.

    BalasPadam
  12. Bagaikan ada kebanaran kata.."Ikutkan hati Mati".."Ikut kata Binasa"....kerana kelemahan kita sebagai manusia terkdg akal menyusul kemudian pd sesetengah perbuatan yg kita lakukan..

    BalasPadam
  13. seketul daging di dalam tubuh manusia, kalau baik maka baiklah keseluruhannya, kalau buruk maka buruklah keseluruhannya.. itulah hati

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Kak Cik

    andainya...
    menjadi Ketua Meteri Wanita pertama...

    BalasPadam
  15. bagusnya tgk kdaan memey n abby sekrg ni .. :))

    BalasPadam
  16. bukan senang nak pelihara hati kita..mcm2 dugaan,mcm2 hasutan..ermm 600000 boleh buat mcm2 kan.bagai langit dgn bumi kalau nk dibandingkan dgn kos perkahwinan sy:)

    BalasPadam
  17. kakcik, kalu jd ketua menteri lg lah pyh, sbb mmg perlukan kekuatan hati yg tinggi, tanggunjwb n beban lebih berat lg heheheh

    BalasPadam
  18. kak cik, alangkah untungnya kakcik bukan ketua menteri. Heheh. Nanti kalo jadi ketua menteri, kakcik pun nak buat kenduri camtu jugak ke utk wedding anak kakcik? Huhuhu. Itu belum wedding anak perdana menteri lagi.

    BalasPadam
  19. betul kak chik apa2 pun semuanya di HATI, bila HATI kita bersih insyaAllah kita dapat menerima setiap kekurangan dan kelebihan tapi kalau HATI kita ni kotor memang kita tahulah

    BalasPadam
  20. Kaya dunia akhirat belum tentu. Senyumlah selalu...:)

    Kalau fikir orang lain ada dan pertikai dari mana yang ada2 itu datang kita akan semakin sakit hati. Terimalah apa yang kita ada seadanya dan biarkanlah mereka menjawab bila tiba masanya.

    BalasPadam
  21. Dulu masa SA mula2 bercerai..SA amat memusuhi bekas suami..tp bila fikir2kan antara kami ada zuriat..SA muhasabah diri, lepas ditimpa musibah SA sakit..perasaan sakit hati pada bekas suami dulu hilang...SA mengambil keputusan memaafkan...alhamdulillah hingga kini SA rasa amat tenang...

    BalasPadam
  22. betul tu kakcik, hati tgh merasai perasaan yg sama !

    BalasPadam
  23. Ketua Menteri Melaka: ONLY RM600,000, Thank God...its ONLY RM600,000..Only..Only..Only RM600,000, bukan banyak pun ONLY RM600,000..

    Memang betul Kakcik, bagi kita RM600 pun sudah besar nilainya, apa lagi ONLY RM600,000...

    BalasPadam
  24. setuju ngn akak.. kekuatan hati,, ini yang kita kene cari..

    BalasPadam
  25. semoga kita sentiasa kuat kan kak
    tapi memang suke dgn perkembangan terbaru abby skrg nie ;)

    BalasPadam
  26. betul ckp Kakcik tu..hati ni kena kuat utk mghadapi ape jua dugaan..

    BalasPadam
  27. salam.......sis
    Pekabar.....
    TA singgah di pagi minggu...jemput sis singgah.... jika ada kelapangan..Thanks...

    Boleh bertutur bahasa jawa
    Dalam blog aku coretkan
    Buat tatapan sahabat semua
    Kalau tersalah sudi komenkan

    Tirana Aduka Seorang Lelaki
    Ada yang Komen berkata ' Kakak"
    Mungkin salah ku Tak kenalkan diri
    Hanya tersenyum di Panggil 'KAKAK"

    Cerita pula tak indah mana
    sekadar memori cebisan lama
    Hanya satu pinta Tirana
    Moga persahabatan kekal selama

    biar blog bertukar rupa
    TiranaAduka singgah jua
    Ape khabar gerangan disana?
    Moga persahabatan kekal selama...

    Tirana ini tak pandai bermadah
    Bersyair gurindam jauh sekali
    Singgah setelah selesai ibadah
    jangan lupa berkunjung kembali

    Aku menulis kisah sebenar
    Dari hati ku luahkan kata
    Walau bukan nama sebenar
    Itulah Dia TiranaAduka

    Walau perit ku tulis jua
    Bukan membuka pekong di dada
    Masih baru di alam maya
    Itulah gerangan Si TiranaAduka

    Tulisanku tidak seindah mana
    Maaf di pinta andai terasa
    Bukan bermaksud untuk mempersenda
    Hanya Coretanku di baca bersahaja

    BalasPadam
  28. mintalah fatwa kepada hatimu...istafti qolbaka

    BalasPadam
  29. insyaallah hati yg bersih.. kuatlah imannya...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com