... tiada maknanya kakcik nak buat catatan tentang angin politik negara mahupun tentang belanjawan yang baru dibentangkan. Ini adalah tentang sesuatu yang sengaja kakcik reka untuk menjadikan satu cerita. Sebenarnya bila kakcik tak tahu nak bercerita, apa sahaja yang kakcik jumpa akan dijadikan bahan untuk membuat catatan ...
Ceritanya adalah tentang sepeket kecil serbuk kopi yang kakcik 'jumpa' dalam kereta. Selepas beberapa hari, peket itu masih di situ. Tiada yang pelik, bukan?
Sekarang mari kita dengar apa kata syaitan (hebatnya, boleh dengar kata-kata syaitan konon)...
'Kau percaya ke itu adalah peket kopi yang sama setiap hari? Mana kau tahu entah-entah itu adalah peket yang berlainan. Setiap hari, suami kamu minum satu dan dia gantikan dengan peket yang baru setiap hari...'
'Apa??? Kau kata kau tidak melihat sebarang perubahan pada suamimu??? Kau tahu ke perubahannya bukan untuk kamu???'
Maka bila kita dengan mudah terpedaya dengan bisikan-bisikan begitu, adakah kita akan rasa bahagia. Tidakkah sudahnya bila dilayan, kita juga yang akan berkeluh-kesah tak sudah-sudah?
Jadi untuk apa kita berspekulasi bila kita sendiri tak berani mencari kebenaran dengan bertanya sendiri. Tak puas hati dengan jawapan suami? Tanyalah semula, adakah kita benar-benar seorang isteri mithali? Kata orang, seorang isteri punya perasaan yang kuat terhadap suaminya. Sekiranya 'ada yang tidak' kena, pasti hati isteri dapat merasa. Tapi 'perasaan' itu akan datang secara semulajadi bukan sengaja dicari-cari...
Tak faham apa yang cuba kakcik sampaikan??? Tak mengapalah. Catatan ini hanyalah sekadar untuk tidak membiarkan blog ini sunyi untuk hari ini...
Gambar peket kopi yang memberikan kakcik ilham (dengan izin Allah)...
Kopi ini sebenarnya pemberian seorang kawan kepada suami kakcik. Disebabkan suami kakcik bukan seorang peminum kopi, maka terbiarlah kopi itu sampai 'keras' dalam kereta!
dah lama saya tak BW ke mana2 blog pun... tetapi bila terpandang tajuk akak ari nie, terasa sangat nak klik dan ingin tahu kisah di sebaliknya. penggunaan tajuk sangat penting & tajuk akak pagi ini telah berjaya.....
BalasPadambetul kakchik..kita isteri punya stau naluri istimewa...boleh mengesan sebarang perubahan pada suami...
BalasPadamSaya faham dengan apa yang kakcik katakan..Sometimes saya juga berperasaan macam tu tapi bukan dengan kopi la..Ada byk benda lain..Dari kita berteka teki dan mendengar kata2 syaitan baiklah terus tanya empunya diri lagi berpuas hati kan..
BalasPadamSaya masih tidak dapat memberi jawapan untuk persoalan di hati
BalasPadamFaham sgt maksud kakcik tu, utk tidak bersangka buruk, baik kita bertanya terus terang walau jwpn kdgkala mengecewakan.
BalasPadamAlaa..kakcik, setakat kopi tu...kes kecik je. Tunggu sampai seminggu, apa jadi kalau kakcik simpan dulu.....hehe
As salam Kakcik,
BalasPadamSana sini org cerita ttg budget scr tak lsng berkait dgn politik...oh, sy rimas! Jujurnye... hehehe... Tp sy gagahkan jua utk menjenguk utk busy body kat sini...hahaha... Hubby sy bkn pengemar kopi, tp saya fhm apa yg cuba kakcik smpkan... utk sihat & kuat yg untungnya isterilah...kan..kan... jom kakcik, kita cari kopi power utk kite pulak...hak3 ;))
Ceria2 ye Kakcik... Marya lupa nak bgtau, aritu ms gathering tu ade nampak gambar kakcik pakai abaya! oh, saya berkenan sesangat...cantik! ;):))
betul kak chik seorang punya naluri yang cukup kuat pada setiap perubahan suami, tapi bagi saya isteri yang benar2 tidak suka mencari pasal dia akan rasalah kalau yang suka cari pasal rasanya lebih kepada cari pasal hehehehe.... jangan marah kak chik...senyum sikit :)
BalasPadambetul kakcik.. bila terlampau berspekulasi dan berteka-teki syaitan paling kuat bersorak gembira.. lagi2 bila berjaya membuat pasangan tu bergaduh bagai.. :(
BalasPadamikut rasa binasa
BalasPadamikut hati mati..
saya tak suka berspekulasi, kelak sendiri yg makan hati.. hiks
Memang itulah yang dibisikkan syaitan....jangan terpedaya. Percayalah pada suami kerana selama ini pun kita percayakannya....lainlah kalau dah tak percaya lagi....
BalasPadamkreatif la kakcik nih.. ada jew idea nak menulis.. hehehe.. yes.. betul gak. kekadang hati ada berbisik.. 'adakah benar seperti dikata..??' kekadang tolak dengan lembut.. kekadang tanya.. have too.. kalu tak tak besh nak speku lama2
BalasPadamDalam hati kita nie kakcik ada juga syaitan yg duduk. Menggoda anak-cucu Adam dari azali dah itulah janjinya pada Allah. Bolak-balik antara percaya dan tidak itulah yg kadang bersarang dihati kita.
BalasPadamKuatkan iman lawan perasaan dari membuat spekulasi -ve.
amboiii..nama kopi tu kakcik...:P
BalasPadamSalam sejahtera,
BalasPadamAmboi KC, jauhnya.....
Gambar tu tokeh kopi ke?
kekekke... siap ade dialog setan tu.. kakcik ni kreatif betul..heheh..betul laa tu kan kakcik, jgn layan prasangka prasangka mcm tu..baik tanye betul2 terus..
BalasPadamhahaha...kadangkala kakcik ni ada lawaknyer.. so sweet!
BalasPadamBerspekulasi.biasanya dimenangkan apa yg dirasa dalam hati.hakikatnya mungkin kebenaran adalah sebaliknya.baik bertanya biar puas hati.kan kakcik?
BalasPadamhee..heee...teruk lah kakcik ni.. sian abang bob..
BalasPadamnice entry ~
BalasPadamSepekulasi.. kdg2 memakan diri sendiri.. Jadi kalau tak pasti tanya.. itu lebih baik..kan.. :)
BalasPadamdari mendengar hasutan syaitan baik kita tanya sendiri kan kak cik.. kalau tidak mmg makan diri sendiri
BalasPadamDialog syaiton yg tak tahan tu >_<.
BalasPadamBetul tu kakcik. Instinct seorang isteri sangat kuat.
setan memang jahat mak... :)
BalasPadamtapi kan, saya ada masalah sikit dgn 6th sense saya. mcm takde instinct pun ada kadang tuh.
hheheheh kakcik ni kalu kadang mmg propa tau, tp betul gk kn kakcik, kalu kite ikutkan sgt ckp syaitan, prasangka yg bukan2 boleh jd bergaduh laki bini
BalasPadamDalam falsafahnya tu, boleh dikupas dgn seribu persepsi...
BalasPadamKopi oh kopi..pagi saya minum kopi o tanpa gula tanpa susu menyahut seruan kerajaan yg dah kurangkan subsidi gula 20 sen...
aduhh kak saya x paham
BalasPadamtapi saya suke kopi tuu sbb hubby saya minum
dia cakap kopi tuu bikin dia rasa x ngantuk dan letih2
akk ye ke kopi tuu rm 10 satu huhuh
singgah baca~~
BalasPadamsalam kenal kak cik..instinct!! mmg dtg tak dipaksa..utk pujuk hati..think + hehehe boleh ke??
BalasPadamspekulasi yg membawa kebaikan tak pee... tapi kan... sifat ingin tahu pasti membuatkan hati kita tidak keruan kan... heee3x
BalasPadamselagi tak memudaratkan & tak berapa penting... instict tu liza biarkan je. kalau kopi, liza lah yg suka sangat.
BalasPadam