Kawan-kawan kakcik

Isnin, 1 Oktober 2012

Tak mahu kata apa-apa ke?...

bukan tak mahu
tapi tak tahu
takut tersilap cakap
nanti tak pasal-pasal masuk lokap

ada yang suka
ada yang mengata
ada yang terkinja-kinja
ada yang tersenyum sinis sahaja

kalau tak pasti
tak payah berlagak bagai ahli
nanti diketawakan orang kanan dan kiri
sedangkan kita langsung tak menyedari

sebelum berkata-kata
eloklah kita kaji dulu sedalam-dalamnya
kerana takut apa yang kita sangka gula
rupa-rupanya hanyalah racun yang berbisa
dan apa yang kita sangka tuba
adalah penawar yang tiada dua

Wallahhuaklam.

21 ulasan:

  1. Wah pandai kakcik berseloka.. sebabtu Allah kasi dua telinag satu mulut, sebab Dia suruh banyak mendengar daripada banyak berkata2. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa

    BalasPadam
  2. tak mahu kata apa-apa
    cuma senyum saja?

    atau, tak mahu kata apa-apa
    cuma berpeluk tubuh saja?

    atau tak mahu kata apa-apa
    sebab tak apa yang nak dikata?

    ingatkan dah terkunci mulut
    sebab termakan gula-gula
    atau tertelan racun berbisa..

    he.. he..

    BalasPadam
  3. Perfect.. ada banyak yg tersirAt.. peringatan untuk kita bersama.. :)

    BalasPadam
  4. saya rasa saya banyak berbicara di mukabuku :)

    BalasPadam
  5. Peringatan buat kita semua terutama saya sendiri yang sering lupa, lalai & leka..
    Terima kasih Kakcik

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kakcik, bak kata orang, "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut abis pulut sebelanga!"

    BalasPadam
  7. Senyum...tak perlu kata apa-apa >_<. Penuh makna yg tersurat dan tersirat.

    BalasPadam
  8. hurrmmm...

    nasihat seorang kakak yang akan selalu di ingat..

    (kadang2 terlepas jugak kata2 yg tak sepatutnya...maklumlah..dayah nih mmg jenis ramah.. risau juga..)

    BalasPadam
  9. errr...apa maksud ni......ngak faham bu.....??

    BalasPadam
  10. Bab berkata-kata mmg kena jaga..di facebook komen berjela-jela...
    Cuma satu prinsip di pegang, tinggalkan forum tak bermanfaat..

    BalasPadam
  11. Banyak berdiam ....lebih baik dr berkata2

    BalasPadam
  12. tu pasal sy lbh kpd baca apa yg tertulis, komen bila perlu...tak kira lah kat mana status pon...eh sbnrnya sy pn krg mengerti madah berhelah nie...

    BalasPadam
  13. Jika kita yakin apa yg kita cakap lebih baiklah bercakap dari berdiam diri:
    "Katakan benar biarpun pahit" (maksud hadis)
    "Sampaikan walaupun sebaris ayat" (maksud hadis)

    Tapi jika kita tidak yakin dan takut salah, diam adalah yg terbaik, walaupun ia adalah selemah-lemah iman: "“Barang siapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya (kuasa); jika tidak mampu, maka dengan lisan (menulis); jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya (diam) dan itu adalah selemah-lemahnya iman.”(maksud hadis)

    BalasPadam
  14. a'ah.. nak komen pun kena fikir banyak kali.. ;)

    BalasPadam
  15. kakakku kakcik..
    moga kakcik sihat waafiat..
    ya.. benar.. kaji sebelum berkata..cuma, kita selalu lupa..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com