Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 21 September 2012

Bila rendang ayam berasa gula...

... haruskah ianya didiamkan sahaja
ditelan walau tekak terasa loya
sanggup dimamah atas nama cinta
disimpan suara kerana ada hati hendak dijaga

... tapi kalau yang memberi itu
adalah seseorang yang dianggap seteru
setakat rasa gula dihebahkan bagai tertumpah madu
bukan sekadar bersuara tapi heboh ke sana sini ia diadu

(kalau rajin, fikir-fikirkanlah...)

...tapi ini betOl-betOl, bukan cObaan.  Rendang ayam ini hanya
manisnya yang dapat dikesan oleh deria rasaku, lalu ianya tidak mampu
untuk kuhabiskan.  Berkawan dengan syaitankah aku lantaran berlakunya
satu pembaziran??? :(

18 ulasan:

  1. Itulah tabiat...membenci beria-ia sgt...sebesar zarah kesalahan asal saja bernama seteru..bagaikan bangkai gajah busuknya....

    BalasPadam
  2. mamang tak suka rendang manis...rindu nk makan rendang mak saya...huhu...

    BalasPadam
  3. nak telan mamang tak tertelan kan kak ;)

    BalasPadam
  4. mesti pelik rasernyer rendang raser manis kalo saya pun tak makan...

    BalasPadam
  5. dalam maksud tu ya kakcik. Yus pun kuran suka kalau manis sangat, tp kalau tanpa gula pun tak best juga. Kena ada sikit.

    Rasanya walau yg memberi tu mereka yg kita sayang atau seteru bagi kita, tegurlah dengan berhemah, supaya perkara sama tak berulang. Makan rendang ayam yg manis selalu, takut terkena kencing manis pula.... Tegur pada yang memberi, bukan di canang satu negeri, itu dah kira membuka aib pula, tambah satu dosa, tak bolehlah begitu kan kakcik.

    Sekadar pandangan yus, sbb kakcik kata kalau rajin fikir-fikirkanlah, ini kot yan mampu terfikir buat masa ini...:)

    salam Jumaat kakcik

    BalasPadam
  6. Kalau rendang tuh terasa manisnyaa.. saya pun tak terabis.. sebab dah lain plak rasanya kan..

    BalasPadam
  7. Basuh la kakcik. Pastu kakcik ejas skit kuah rendang tu letak garam ke, atas perap lain then goreng. Atau bakar.

    BalasPadam
  8. Tak tertelan dek tekak saya kakcik klo manis mcm tu.

    BalasPadam
  9. bila rasa yang biasa tak seperti selalu, terpaksalah pembaziran berlaku kan kakcik..

    BalasPadam
  10. Dah tak dapat nak telan kalau begitu, nak buat cmana...cuba tanya sapa2 yg boleh makan rasa cm tu...

    BalasPadam
  11. kakcik tadi sya terkena sambal bergulaaduhai..putus selera

    BalasPadam
  12. bagi saya selera umpama cinta,
    tak boleh dipaksa-paksa.
    kalau agak2 tekak dah takleh menerima
    memang akan saya tinggalkan saja,
    tak perduli apa orang kan berkata
    sebab apa pun akibatnya
    yang menerimanya adalah kita
    bukannya dia bukannya sesiapa...

    saya masih takleh jalan sesetengah masakan dari Pantai Timur...ada kalanya kerana terlalu manis, gulai pun jadi melekit bila jari tersentuh ditepi2 pinggan...tp itu selera memasing la kan kakcik...selagi tidak menyusahkan orang lain.....

    BalasPadam
  13. tak terkmen dayah dengan entry kak cik..
    hehehehe....
    memula dayah ingat kak cik beli..masa baca tajuk entry..
    tak tau pulak pemberian org..

    huhu..

    BalasPadam
  14. Psss....mls nk cat kak chik...tuan rumah dah meninggal...anak anak yg ambil alih xpernah peduli,semua kerosakan rietta baiki sndiri dengan taggungan sendiri...dh mcm rumah sndiri,walau tiap bln sewa xpernah miss....

    BalasPadam
  15. dua kali jugak saya baca entry kakcik ni, kot2 ada yang tersirat dan tersurat.... walau apa pun pasrah lah.....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.