Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 21 September 2012

Bila hilang tumpuan...

... kerja mudah menjadi payah ...

Jam 5.00 pagi, kakcik bangun. Selepas menjerang nasi, kakcik mula memasak apa yang dipesan oleh Budak Sepet sebelum tidur malam tadi ...

Ayam Goreng Berlada

Ini bukan jemput-jemput, tapi bebola ayam yang digoreng.

Gara-gara melayari blog sambil memasak, kakcik terlupa yang kakcik
sebenarnya sedang menggoreng nugget ayam dan bukannya menggoreng
ayam!  Maka itulah hasilnya - nugget ayam Afrika Selatan!

Sessi tayang-tayang (pinjam ayat yang selalu digunakan oleh adik kakcik - Azieazah) ...

Kakcik belum pernah sampai ke Bandung, jadi sukar bagi kakcik
hendak mengenali dan mencintainya. (~_*)

Bagaimanapun, kakcik mengenali
dan mencintai pemberi cenderahati
yang cantik dan wangi ini.  FM di atas
sana pun DIA yang bagi. Jangan cemburu tau. :)

22 ulasan:

  1. janji budak sepet tak merungut...hehehe!

    BalasPadam
  2. hehehe pagi2 saya dah gelak bila baca nugget ayam afrika selatan~kelakar kakcik bg nama tu.

    BalasPadam
  3. ahahha ...
    kalu chenta lah kak ..
    selalu jawab "ala nak kasi garing .. baru sedap"
    ^___^

    BalasPadam
  4. Masih nmpk lagi rupa nuget tu k.cik....kira ok tu....:-)

    BalasPadam
  5. Salam Kakcik,

    Harap2 salutan breadcrumbs tuh tak pahit..hik3x

    BalasPadam
  6. Nugget afrika tu kalau tak suka boleh buka kulit dia.. isinya mesti putih..

    BalasPadam
  7. Ekekeke...nugget afrika >_<. Bestnya dapat cenderahati.

    BalasPadam
  8. Mesti adik tak nak bawa bekal nuget afrika tu kakcik:)

    BalasPadam
  9. Syoknya budak sepet boleh bawak bekal ayam berlada. Feveret saya tu. Tapi naget tu.. hehehe...

    BalasPadam
  10. terliur pulak nengok ayam berlada tuh!

    BalasPadam
  11. ye la..meronta2 tgok ayam tu hihihi....fobia sebenarnya....

    BalasPadam
  12. hehehe nugget ayam afrika selatan...lawaklah kakchik

    BalasPadam
  13. murah rezeki kakcik...

    heheheh msti bdk sepet takmo mkn nuget africa tuh...

    BalasPadam
  14. ahhahah sabor je kan kak
    tu lah macam saya jeee
    ada sekali tuu panaskan lauk
    masuk bilik konon update blog
    haaaaa sekali bauu hangit
    kering kuah saya kak huhuhu ! .. ;))

    BalasPadam
  15. kehkeh...

    legam nugget itu...

    hahhaa....

    nasib baik baca entry kak cik nih... elok jadik peringatan kat dayah...

    :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.