Kawan-kawan kakcik

Isnin, 23 Julai 2012

Tiadalah gunanya pekeliling yang dikeluarkan itu...

Tidak bolehkah akhbar-akhbar UTAMA di negara ini mengeluarkan BERITA YANG DIBAWA OLEH SURAT PEKELILING INI di muka hadapan akhbar-akhbar berkenaan?  Kalau benar RAKYAT DIDAHULUKAN, sepatutnya berita begini dijadikan TAJUK UTAMA agar ianya tidak menjadi beban yang berterusan kepada RAKYAT YANG BARU BELAJAR MENCARI KERJA!!!

Lihat sahaja iklan-iklan yang menawarkan jawatan-jawatan untuk dipohon sekarang, mesti ada ayat seperti berikut...


Pengiklan ini memang tak pernah peka dengan pekeliling kecuali
pekeliling yang melibatkan gaji agaknya!

Intipati awal pekeliling ini.

Adakah kakcik yang tidak faham maksud pekeliling ini?
Adakah terhad kepada pengesahan pada sijil untuk permohonan
biasiswa sahaja?
Bila tarikh kuat kuasanya?...
Nampak tu?  2 Mac 2012 dan kepada siapa ianya 'dikeliling'kan
jelas tertulis.  Ada pejabat yang tak dapat ke?
Kakcik dah pernah tulis tentang ini di CATATAN INI. Mungkin sebab kakcik tak belajar tinggi, kakcik tak faham sebenarnya maksud pekeliling ini.  Ada sesiapa yang boleh tolong fahamkan kakcik agar kakcik tidak terus keliru dengan  maksudnya?

Lagipun suara blog kakcik ini terlalu kecil.......

23 ulasan:

  1. tak faham dengan kerenah birokrasi mcm ni..menyusahkan saja..

    BalasPadam
  2. salam kak...
    setuju dgn rai..menyusahkan je

    BalasPadam
  3. pengesahan ini mmg membebankan dan sy pun tak paham apa relevennya...

    BalasPadam
  4. Entah laa Kakcik confuse dibuatnyaa.. agaknya pekeliling nie dia org tak baca kut.. :)

    BalasPadam
  5. Slamat berpuasa kakcik... memang tak paham juga malah byk pekeliling yg tak tahu.... tak diedarkan

    BalasPadam
  6. sy lg la x tau..bkn keje gomen hehehe

    BalasPadam
  7. kepada siapa ia dikelilingkan ?

    mungkin kepada orang duduk di Jalan Pekeling. hehe

    BalasPadam
  8. aduhhh saya pun baru tahu kak huhuh

    BalasPadam
  9. Mmg menyusahkan dan membebankan.. kena tebal muka minta org sahkan.. kalu org kg gak.. kena hulur pisang sesikat tanda terima kasih.. aduhai..

    BalasPadam
  10. saya bukan pekerja gomen... lagilah tak faham.. memang menyusahkan kan

    BalasPadam
  11. mak oii....siyes..ini first time saya tahu..

    BalasPadam
  12. ada yg terlepas pandang kot,tp mmg menyusahkan...

    BalasPadam
  13. nak buat macam mana mak, kita2 memang payah nak alert kalau media byk digunakan ke arah lain..sbb sy pun baru tahu ni, kalau mak tak buat entri ni, mmg sy tak tahu. tp tak guna jgk kalau nak apply mana2 ttp kena buat pengesahan...buat rugi kertas je buat pekeliling tu tp 'orang dlm rumah' sndri tak ikut

    BalasPadam
  14. Huhu..terus teringat, saya masih 'berhutang' dokumen yang perlu pengesahan utk dihantar kpd pihak universiti. Terfikir jugak relevan nya sedangkan masa buat permohonan dulu..dokumen yang sama jugak dan disahkan yang saya bagi. Ke pekeliling ni tak boleh digunapakai untuk tujuan tu...?huhuhu...

    BalasPadam
  15. hadoi....dayah mmg lemah betul bila isu cam gini timbul..
    dayah sendiri kurang bijak jadik dayah sering tak paham dengan hal cam gini..

    BalasPadam
  16. hmm..mula2 tak paham sangat..
    tapi bila baca komen yg lain2.. rasa macam faham sikit2..

    BalasPadam
  17. x paham dengan perkeliling...lain org lain pahaman nyer...hehehe

    BalasPadam
  18. muka depan susah sikit kakcik..berita muka depan mesti kick dan ada 'value' untuk akhbar memasing... surat pekeliling yang 'depa' rasa takde 'kepentigan', tak dipilih untuk masuk muka depan... huhuu..

    BalasPadam
  19. ni semua peraturan dalam cerita 3 Abdul.
    KSN pun tak dilayan,
    semuanya kena tunggu arahan PM je kot.

    BalasPadam
  20. salam..aa ah la k.cik..sy pun baru perasan. ini la yg dinamakan cakap tak serupa bikin

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com