Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 27 Julai 2012

Antara kata-kata ustaz yang kakcik ingat...

(inilah padahnya bila malas sangat nak buat catatan, banyak ilmu yang tidak boleh hendak dikongsikan (-_-) )

i) kita kata kita percaya pada Qada dan Qadar tapi kenapa kita sentiasa mengeluh?
    Contoh yang diberi oleh Ustaz ialah seperti kita sedang memandu dengan laju dan tiba-tiba ada kereta di hadapan sedang dipandu dengan perlahan.  Kenapakah kita harus marah-marah (sehingga kadangakala mengeluarkan kata-kata kesat atau isyarat lucah) dan tidak boleh menerima keadaan itu sebagai sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT?

ii) kita boleh membeli jam yang paling mahal mengikut kemampuan kita tetapi kita tidak boleh membeli masa,

iii)  kita boleh membeli makanan yang sedap-sedap tetapi kita tidak boleh membeli selera.  Sesedap mana pun makanan, rasanya hanya setakat tekak sahaja,

iv)  ada orang sanggup berpuasa (berlapar dan dahaga) tapi tidak sanggup mendirikan solat. 
Tabiat ini mungkin juga kerana asuhan yang diterima sejak kecil.  Ada ibubapa yang menggalakkan anak-anak berpuasa (kerana kalau tak puasa tak boleh raya) tapi tidak menitikberatkan tentang solat.  Sanggup suruh anak tidur di waktu 'Asar dengan kata-kata 'tak lama lagi boleh berbuka', tapi tidak menyuruh anak menunaikan solat terlebih dahulu.

Apa lagi ya?  Nanti bila kakcik ingat, kakcik tulis lagi.  Lagipun, kalau tulis panjang-panjang takut ada yang tak jumpa 'isi' sebab banyak sangat kuah, kan?

19 ulasan:

  1. Kakak setuju benar semua intipati yg kakcik catat itu. Sebab itu satu darinya kakak kesian bila budak-budak dipaksa berpuasa. Kakak takut pengsan je... tapi solat yg senang tak pulak diajar sedangkan kalau ikutkan usia 7 tahun kalau tak solat dah boleh dipukul (pukul ikut syariat Islam bukan hentam kromo).

    Bagus N3 ini kakcik moga jadi panduan semua.

    BalasPadam
  2. susahnya nak jadi penyabar..
    saya ada kawan sebilik dulu, orgnya lembah lembut, puasa baik hati tp syg tak solat tp yg anehnya kalau sy terlewat subuh dia akan kejutkan dan siap bentangkan sejadah lagi untuk saya. harap2 Tuhan dah bg hidayah padanya sekarangni.

    BalasPadam
  3. Kakcik g ceramah tu ya? Bgs tu sambil ceramah, smbl tulis kat buku ntoa.

    BalasPadam
  4. setuju sgt dgn entry ni kakchik..terkesan sungguh!

    BalasPadam
  5. baru2 ni pun saya tengok 'tanyalah ustaz di tv9' ..ustaz pun ada cakap pasal ibubapa suruh betul2 anak puasa...tp solat takdela pulak beriye2.Suka ayat last kakcik tu...tak jumpa isi sbb byk kuah..hihihi

    BalasPadam
  6. Alhamdullillah terima kasih kak cik satu info yang baik untuk kita berkongsi bersama....

    BalasPadam
  7. yelah kak cik..
    rasanya byk kesilapan ibubapa yg macam tu..

    bebetul peringatan utk dayah dan suami nih..
    kenkadang kita pasangan muda mudi sikit nih mmg
    suka ambil langkah mudah..

    kakcik...share la lagi ek..!
    :)

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas perkongsian......rietta masih banyak yg perlu dipelajari....

    BalasPadam
  9. saya pun setuju dengan entry ni jugak

    BalasPadam
  10. terima kasih berkongsi pengetahuan..

    setuju sangat kakchik..terutamanya yang last sekali tu.. ibu bapa ramai yg berebut nak didik anak berpuasa..tapi tak titikberatkan solat 5 waktu..

    BalasPadam
  11. Setuju dgn n3 kakcik ni...apalah guna berpuasa kan jika solat tidak didirikan..mmg semata menahan lapar dahaga...

    BalasPadam
  12. yakin dan percaya pada Qada` dan Qadar rukun imann.. :)

    BalasPadam
  13. tQ sudi share...
    Dapat jugak sy cermin2 diri yg serba kekurangan ini... ;))

    BalasPadam
  14. Salam Ramadhan Kak Cik

    ada manfaatnya pd saya


    Selamat menjalani ibadah puasa

    BalasPadam
  15. Btul tu... Mogakita diberi kesihatan n masa yg baik :)

    BalasPadam
  16. nice sharing..at least sy yg jarang gi ceramah ni dpt ilmu juga :))

    BalasPadam
  17. betul mak..contoh ek..kadang kan bila kita tengah sakit sangat, bagi makanan sedap cemana pun, mesti dah takleh makan dah sebab takde selera...

    BalasPadam
  18. thanks kakcik. fikir-fikirkan, selamat beramal, kata prof.izi...hehe

    BalasPadam
  19. Qadar & qadar

    Isteri tak reda suami nikah ramai :(

    Contoh PALING mudah

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.