Kawan-kawan kakcik

Rabu, 6 Jun 2012

Melayu itu penuh kesopanan? Eh... banyak yang boleh dipertikaikan...

Tak payahlah susah-susah kakcik hendak menyenaraikannya, kerana ianya bagai menepuk air di dulang.  Kalau tak terpercik ke muka pun air itu, sedikit sebanyak tubuh atau pakaian kita akan terkena juga.

Cuma kakcik hendak juga bercerita tentang kejadian yang baru-baru ini berlaku di depan mata.

Sewaktu di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kakcik berhadapan dengan peristiwa yang membuatkan kakcik tersipu malu.

Ketika kakcik masuk ke tandas wanita, tiada orang lain yang sedang menanti giliran untuk menggunakan tandas walaupun semua tandas di situ sedang digunakan.  Kakcik pun terus masuk ke hujung kerana kakcik tahu 'tandas cangkung' terletak di situ. Kemudian masuk sekumpulan wanita berbangsa Cina.  Rasa kakcik mereka adalah rombongan pelancong dari Singapura kerana kemudiannya mereka menaiki penerbangan ke sana. Begitu berdisiplin mereka beratur dalam satu barisan nasional (eh?). Mereka menunggu di muka pintu, bukan dihadapan tandas yang sedang digunakan.  Kakcik masih juga berdiri di hujung (dah alang-alang kakcik menunggu di situ).  Tiba-tiba masuk seorang wanita muda berbangsa Melayu meluru saja ke tempat kakcik berdiri.  Sebaik pintu tandas terbuka, tanpa memperdulikan sesiapa, wanita itu terus masuk.  Dah tak tahan sangat agaknya! Wanita-wanita Cina itu kelihatan berpandangan sesama sendiri. Alamak! kakcik pula yang rasa malu. :(

Sesuaikah slogan 'Bangsa Melayu Bangsa Berbudi' dilaung-laungkan lagi?

p/s : sebenarnya ini adalah catatan yang entah apa-apa sebab hendak bercerita tentang pengalaman di Pulau Gaya, gambarnya masih dalam kamera.  Jangan marah ya... :)

35 ulasan:

  1. KakCik
    Tak sampai hati nak marah sebab blog nih kan you punya? *kenyit mata kiri sket*

    BalasPadam
  2. Dia dah nak terkucil sangat kot...:D

    BalasPadam
  3. slogan tu - hanya tinggal slogan aje kak....
    yang mempraktik kan nya pun - ntah berapa kerat aje...

    BalasPadam
  4. Hmm...kalau m.cik tu minta excuse kan nampak lebih berbudi bahasa kan..tapi tu la..kot tak sempat sgt dah kot..

    BalasPadam
  5. bila kita kata orang kita masih ramai yang ada third class mentality ada yang marah nanti..pahit..tapi tulah hakikatnya..

    tu yang buang sampah ke bawah kereta sambil sengeh2..hehe

    BalasPadam
  6. oh kakcik, dia rabun tak perasankan orang pulak. slogan tu memalukan kaum je kan.

    BalasPadam
  7. mungkin bila dia keluar dari tandas baru dia perasan ada org lain sedang beratur kot?

    BalasPadam
  8. Asmkm. ni lah ibaratnya..akibat nila setitik rosak susu sebelanga..kadang kerana perbuatan x baik seseorang tu boleh mencemarkan nama baik org lain kan..sian org melayu kita..

    BalasPadam
  9. actually err malu nk ckp gak...org kita dah tak de le sopan santun adab semua tu :( wlupun bukan semua tapi ni sbb dah terjebak dengan cmpur tgn anasir luar le..emmmm

    BalasPadam
  10. cina singapore tu dah balik tempat dorang ape pulak lah agaknya cerita dorang kat kawan-kawan dorang kan? hmm..sah-sah la cerita tak sedap didengar..malu pulak rasanya..

    BalasPadam
  11. Memalukan betul kakcik... tapi nak kata apa dah kenyataan.

    BalasPadam
  12. sekalipun dah nk terkucil.... meminta izin tukan lebih baik? ermmm... alaaaahai....

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum my lovelyyy KakCikS:)

    ...Selalu juga terkedu bila ada jee yang main pintas giliran!!
    Apa leh buat kan ..dah mmg ada 'spesies' cam tuu..
    saborrr jekk lah ekk..

    BalasPadam
  14. Tak tahan sangat kot.., tapi tak kan sampai tak dan nak minta excuse kat orang lain yg dok menunggu..

    BalasPadam
  15. Dia tak minta izin atau minta maaf dulu ke dr orang yang sdg beratur tu.. kok ya pun dah tak tahan sangat..

    p/s.. kalau sudi singgah le di blog che mid.. ada entri sedih..

    BalasPadam
  16. Haih! Jgnkan tandas Kakcik. Klu g beli nasi tu, sgp potong barisan semata nak beli lauk. Haih! Dah kebulur sgt ke? Klu ckp sori ke ape ke...x pe gak. Ni bt muke noheng je. Pns ati dgn org mcm nie.

    BalasPadam
  17. Sukar nak memahami tabiat org lain ni kakcik...mereka suka ambil mudah semua perkara..tidak prihatin keaadaan sekeliling....

    BalasPadam
  18. Cek Det kata, Melayu Mudah Lupa...

    BalasPadam
  19. Ala kak cik... Kebanyakan kat Msia ni slogan ajer. Amal nyer idak pun...

    BalasPadam
  20. Agaknya tengah sakit perut kot kak cik. Kecik2 dah diajar bila besar kurang ajar. Susah betul orang2 macam tu nak makan ajar.

    BalasPadam
  21. org putih lebih gentleman sebenarnya
    org jepun juga

    BalasPadam
  22. kan bagus kalau dia cakap excuse me ...saya dah tak tahan...boleh jugak diterima...

    BalasPadam
  23. Agaknya dah tak tahan sangat tapi kok ya pun, malu jugak pada pelancong luar tu..

    BalasPadam
  24. Kemana hilangnya sifat kesopanan wanita melayu itu ye kak, berbudi bahasa budaya Kita

    BalasPadam
  25. darurat sangat agaknya dia, kakcik...hehe...

    BalasPadam
  26. As salam Kak Cik,

    Nnt cepat update story Pulau Gaya ye... Tak sabarlah, sebab tak pernah pergi :)))

    BalasPadam
  27. ekekek kalau saya .. saya pun tersipu2 malu .. silap hb bulan saya pun pandang2 kat pelancong tuuu ekeke ( pandang macam terpinga2 tuu ekeke )

    BalasPadam
  28. memang kita akan rasa malu kalau jadik macam ni walaupun bukan kita yang buat. adeh!!!


    salam kenal ye kak.

    BalasPadam
  29. oh mungkin dah tak tahan sangat kot..klu tak mau dia terkencing dlm.....agaknya ..

    BalasPadam
  30. Salam Kakcik;

    Melayu ni... kenyang dengan slogan jelah, samalah jugak dengan hal beragama... mengaku jer Islam, amalannya ntah kemana... hahahaha..

    BalasPadam
  31. Orang mcm tu memang tak rasa bersalah pun...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.