Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 14 April 2012

Hospital Pakar Al Islam Kg Baru...

(Ini bukan iklan berbayar)

Kakcik tertarik dengan komen Puan Nursalamah ini :




Sesuai dengan namanya, Hospital Pakar Al-Islam sangat menitikberatkan hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam di dalam pengurusannya.  

Hospital ini juga menerima pesakit dari luar negara seperti Indonesia dan negara Arab yang sengaja datang untuk menerima rawatan di sini.  Mengikut pengalaman kakcik yang agak biasa menerima rawatan di hospital-hospital swasta, bayaran untuk menerima rawatan dan ubat-ubatan di Hospital Pakar Al-Islam ini adalah lebih rendah berbanding hospital swasta yang lain.

Dalam soal mengerjakan solat, pesakit tidak dibiarkan tanpa panduan.  Ada ustaz/ustazah di sediakan untuk mengajar para pesakit agar kewajipan menunaikan solat tidak diabaikan.  Selain dari itu, pesakit Muslim juga dibekalkan dengan buku Panduan Ibadah Pesakit dan Surah Yaasin serta Al-Mathurat.


Selain itu banyak peringatan-peringatan tentang cinta Allah dan Rasul menghiasi dinding dan lorong pejalan kaki di hospital ini (kakcik tak rakamkan pula gambarnya).  Pada setiap hari Sabtu, kuliah ringkas dari Ustaz-Ustaz yang terpilih akan diadakan di ruang menunggu hospital ini.

Bagaimanapun, televisyen yang disediakan di hospital ini adalah dikawal secara berpusat.  Hanya siaran-siaran bercorak keagamaan dari stesyen tv Al Hijrah, TV9 dan tv Astro Oasis disiarkan.  Tiada siraran yang melekakan atau bercorak hiburan dibenarkan untuk jadi tontonan di hospital ini.

Peringatan untuk pesakit.  Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Penyembuh.

Begitulah serba ringkas tentang Hospital Pakar Al-Islam Kg Baru ini. Eh! terlupa pula kakcik.  Layanan dari para petugas (doktor, jururawat, penjaga kebersihan malahan pengawal keselamatan) di hospital ini tidak akan membuatkan kita rasa terasing sama sekali. Waktu melawat pesakit pula dihadkan dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja.


Seperkara lagi yang menarik tentang hospital ini ialah kedudukannya yang betul-betul berhadapan dengan Masjid Jamek Kg Baru.  Oleh itu setiap kali masuk waktu solat, laungan azan dapat didengari dengan jelas.  Begitu juga dengan alunan bacaan ayat-ayat Al Quran yang disiarkan setiap kali sebelum atau selepas waktu solat.
 

Buku ini adalah buah tangan dari isteri Gedek sewaktu mereka
berdua datang menziarahi kakcik.  Terima kasih banyak-banyak.

25 ulasan:

  1. alhamdulillh kak cik dah ada hospital yang macam tu di negara kita ni..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kakcik...mudah2an kakcik sihat selalu... kalau la semua hospital buat macam tu...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, semoga lebih banyak hospital islam tumbuh di negara kita.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. terimakaseh kakcik. saya memang suka maklumat sebegini. rasa bahgia tahu adanya kemudahan islamik. dari jauh saya tumpang gembira dan dengan pengetahuan ini semuga menjadi tarikan bagi pesakit islam untuk menggunakan kemudahan ini. beruntung muslim di bumi malaysia. dirawat di hospital islamik tentunya menambah ketenangan bagi pesakit. akan saya simpan info ini untuk dikongsi bersama.
    buku al-ustaz itu juga nampak menarik, nak cari di kedai buku berdekatan.
    janganlah panggil saya puan, saya ingin bermesra seperti bersama kak Q, nurs saje pun boleh hehe

    BalasPadam
  5. 2 thn lps arwah makcik sy d rawat kt sini...lps tu sy cuma lalu lalang je dpn hosp ni...kak cik da discharged ke? kalu blom nk jg dtg melawat

    BalasPadam
  6. semoga Kak cik cepat sembuh ya=))

    bagusnya hospital mcmtu, mst penuh tenang tinggal kat situ...=))

    BalasPadam
  7. bagusnya ye kakcik, lama tak masuk sini tak tau kakcik tak sihat, moga cepat sembuh ye kakcik

    BalasPadam
  8. tentu menjadi kenangan indah ketika berada di sana yee..

    BalasPadam
  9. ada beberapa kenalan saya yg bekerja di sana.
    Cuma saya je yg x pernah ke sana..
    Kalau Masjid Kg Baru tu selalu singgah solat :)

    cepat sembuh ye kak

    BalasPadam
  10. Bagusnya.. Kakcik sakit ke? Maaf lama x bw.. Bulan yg sibuk bg saya..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum kakcik..

    Mesra pesakit hospital ni ya kakcik.. Tapi agak jauh juga untuk saya.

    BalasPadam
  12. kalau perkhidmatan baik mesti pelangan suka... moga hospital ini terus maju . t.kasih atas info ini.

    BalasPadam
  13. bestnya....semua hal terjaga, dunia & akhirat....susah nak dapat kat tempat lain tu....

    BalasPadam
  14. Baru2 ni saya melawat mak mertua yang dimasukkan ke hospital ni. mak ditempatkan dalam bilik di tingkat 2 (bilik untuk seorang). waktu malam (lebih kurang pukul 10pm) ada doa yang ditayangkan di TV.

    BalasPadam
  15. bagus juga macam tu kan
    islamik.. sesuailah dgn nama hospitalnya
    saya pun tak tau sebelum ni :)

    BalasPadam
  16. beshnyer spital neh.. kakcik dh sihat? sy tatau pon kakcik msk wad...huhuuhuh

    BalasPadam
  17. Dah bertambah baik yer? Alhamdullilah.

    BalasPadam
  18. assalamualaikum kakakku..

    ayu hanya boleh membaca coretan kak dr hp ayu y skrinnya kecil sangat..
    bila laptop rosak..
    seminggu ayu tak dapat nak bertanya khbarmu..
    syukur alhamudllilah..

    kak dah dcaj..
    moga bertambah sembuh...

    rinduuu

    BalasPadam
  19. Best juga hospital ini,selalunya kami ke hospital kerajaan je.

    BalasPadam
  20. Eloklah dalam negara kita ada hospital cam ni, lagilah bayaran yng dikenakan lagi murah dari hospital swasta yang lain. Semoga lepas ni banyak lagi hospital cam diujudkan.

    BalasPadam
  21. Kakcik,

    Seronok sy tahu ttg kewujudan hospital Islam mcm ni di Msia... Rasa klau balik Msia sok, nak bersalin di hospital ni lah nnt...hehehe... :)

    Mesti aurat juga terjaga kan kakcik :)))

    Alhamdullillah suka sgt!

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum.kak cik nak tumpang bertanya....perlu ke kalau kita nak bersalin di hospital ini,mempunyai buku ibu mengandung kerajaan bewarna pink tu????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam. Kalau dari awal buat pemeriksaan di hospital itu, rasanya tak perlulah bawa buku dari hospital Kerajaan. Apa-apapun, kakcik rasa lebih baik Puan buat pertanyaan terus ke HPAI sendiri. Cuba telefon nombor ini : 03-26982519

      Padam
  23. nk tnye..sya plan nk deliver baby di sana..parking senang x kt hpai ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. ..parking ada di hadapan hospital itu

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.