Kawan-kawan kakcik

Rabu, 18 Januari 2012

Rabu - tak perlu kata apa-apa....




psstttttt : 'mata' tertinggal di rumah... huhuhu... 'meraba-raba' ni... :(

Kemaskini :  Syukur Alhamdulillah kerana Allah menganugerahkan anak-anak yang 'baik' buat aku dan suami.  Lebih sikit jam 8.00 pagi tadi Along tiba di pejabatku untuk menghantar mataku yang tertinggal.  Kesian juga kerana dia terpaksa menempuh kesesakan jalan dan terpaksa bergegas semula ke tempat kerjanya hanya gara-gara kelalaian seorang ibu.


64 ulasan:

  1. selamat pagi rabu kakcik

    aduhhhhhhhhhhhhhhhh, saya rasa lapor

    PS: kakcik dah join segmen bloglist ayu?? jika berminat tinggalkan URL dientry melekat ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat pagi ayu (menaip dengan mata yang dikecilkan)... huhuhu...

      kakcik dah respon kat catatan Ayu tu, tapi tadi kakcik tinggalan URL di komen ke 99. :)

      Padam
  2. kalau salah satu dari gambar itu betul cempedak goreng .. itulah yang akan saya nikmati beberapa minit lagi kerana makngahnya sedang menggorengnya sekarang ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya menggoreng cempedak itu pada jam 5.30 pagi tadi. :)

      Padam
  3. Salam,
    Suka semua tapi yg satu tu yg paling digenari .... cuba teka !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dato' suka cempedak goreng tu, ya?

      Nanti bila2, saya gorengkan untuk Dato'. :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Kalau duduk sebelah rumah, boleh juga kakcik hulurkan sikit makanan tu untuk Azie. :)

      Padam
  5. wah..nugget samalah ngan saya kakcik pagi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan kakcik yang makan, goreng untuk anak-anak. :)

      Padam
  6. saya sambil menggoreng pisang nipah ni...

    cempedak kakcik tak habis2 lagi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum lagi Q, masih ada satu bekas lagi dalam peti ais. Memang berbaloi betul dengan harganya RM4/kg tu. :)

      Padam
  7. kakcik.. semua favourite saya..
    sedap.. sedap.. terliur dibuatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak sikit ke Aiza? Jom ambik kat rumah kakcik. :)

      Padam
  8. sedapnya ma
    lapo ni.
    huhuhu
    meraba2 molek2 ye ma =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tumpang rumah cheqna jap,
      susahnya nak masuk rumah kakcik .

      Padam
    2. Cheqna... Syukur Alhamdulillah, pukul 8 lebih tadi, Along datang hantar 'mata' mama. :)

      Padam
    3. AM... mula2 kakcik rasa nak tukar balik ke format lama kotak komen ni, tapi bila dah ok, rasa seronok pula kakcik jawab cara begini. :)

      Padam
  9. kakciiikkk... pepagi dah buat saya lapar...

    kakcik sama la ngan saya, kalau mata dah tertinggal kat umah,, mmg berpinar-pinar la jawabnye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. D/O... memang masalah betul bila mata tertinggal, semua kerja tak boleh nak dibuat. Mujur Along dah hantar mata kakcik tadi. :)

      Padam
  10. kak cik..kalau akak la yang tertinggal mata dirumah..tak tau la..he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Along tak hantar mata kakcik ni tadi, kakcik ingat nak tidur je! hehehe... mahu kena suruh ambil cuti dek bos...

      Padam
  11. Balasan
    1. Sarapan untuk anak2 yang kakcik sediakan di awal subuh tadi. :)

      Padam
  12. Kakcik tak terus pakai ke? Kalau kakak tak boleh driving tak ada mata. Hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cermin mata kakcik hanya untuk pandangan jarak dekat. :)

      Padam
  13. Sedapnyaa kak cik..

    Kesianya kakcik.. camna plak bleh tertinggal 'mata' nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kisahnya, smalam kakcik keluarkan cermin mata tu dari beg tangan, bawa masuk bilik dan pagi tadi lupa nak ambil. :(

      Padam
  14. Balasan
    1. Telur goreng yang ditabur dengan bawang besar + cili api goreng dan disimbah dengan kicap. :)

      Padam
  15. kakcik menu yg atas sekali tu best ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best - makan dengan nasi panas, tak perlu lauk lain lagi. :)

      Padam
  16. sedapnya telur dibuat gitu kak cik,,,satu lagi ikan bilis..memang tak sedar bertambah makan..
    -beruntung kak cik..seronok baca mengenai anak2 kakcik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk orang yang dah kurang gigi macam kakcik ni, ikan bilis kurang sesuai (walaupun memang sedap), sebab nanti habis di'cucuk'nya gusi... hehehe...

      Padam
  17. Sedap cempedak goreng tu kakchik...ada roti telur...seorg Ibu kan....sbb itu ada seorg "Along" yg baik tuk hantar kan "mata" tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau boleh, setiap hari nak masak untuk anak2. Tapi selalu juga tidak berkesempatan atau tak tahu nak masak apa. (~_*)

      Padam
  18. Mendapat anak2 yg berbakti kepada ibubapa itulah yang kita harapkan. Syukur alhamdulillah kak cik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, semoga anak2 sentiasa menyayangi kakcik dan suami...

      Padam
  19. perkara mcm tu insyaAllah tak kan berlaku kpd sy...sbb sy rabun teruk gileee...cuma tanggalkan mata ni masa mndi, solat n tido...

    phm mcm mana perasaan meraba-raba tu.. =.=*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh... memang satu kerja pun tak jadi nanti... :)

      Padam
  20. kakcik...yg pinggan atas tu sedap!!!hahahahah..nak!nak!

    BalasPadam
  21. Kak Cik... pakailah contact lens..pakai yang warna biru tau, hehe...

    Hari ni ramai betul yg upload gambar makanan... lapar memanjang je ler perut ni bila berblogwalking hari ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya, hari ini kakcik tak sempat nak berbw sangat. Banyak kerja kena buat. Kalau tidak, lapo juga perut kakcik nengok gambo2 makanan tu. ;-)

      Padam
  22. syukurlah!! dpt jgk ank kakcik hantarkan mata tu ke offis..klu x merabalah hingga ke ptg..goreng cempedak tu peberet saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak boleh buat kerjalah kalau tak ada mata. :)

      Padam
  23. telur goreng renjis kicap tu makan masa lapar gila mmg sedap giler..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak chik lauk cik ina semalam, kicap telur ye ? forever kesukaan seisi keluarga : )

      Padam
  24. kalau drive mesti tak tertinggal sebab bile nengok je cermin mesti kelabu.. tu saya ler. hihi..

    besar pahala Along tolong hantar cermin mata emak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, bila ibu gembira - adalah pahala untuk anak2. :)

      Padam
  25. Adoi, Kakcik! Seme dah menawan mata sy nie! Mcm ne nie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang je nak menyediakannya tu Fara. Tu sebab kakcik boleh masak macam2 - hehehe...

      Padam
  26. sebab sayangkan ibu le sanggup Along harung jem tuuuu :)
    telor kicap terrbaeekk!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sayangggg Along kat mak dia. :)

      Padam
  27. Alhamdulillah...sejuk perut akak mengandungkan mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Semoga anak2 Izan akan sentiasa menyenangkan hati Izan dan suami. Menjadi sinar yang sentiasa menerangi. :)

      Padam
  28. alhamdulillah....sejuk hati ibubpa bila anak2 mengambil berat ttg orgtua nya kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Hati ibu mana yang tak gembira bila anak2 menunjukkan kasih mereka. :)

      Padam
  29. Walaupun meraba-raba makanan tu nampak sedap je ;) Yg bulat2 tu cekodok @ cempedak goreng k.cik??

    BalasPadam
  30. Marya...

    yang itu cempedak goreng. :)

    BalasPadam
  31. sedapnya cempedak goreng kak cik..lepas pantang baru dapat makan..

    BalasPadam
  32. Totie...

    kat dalam peti ais kakcik masih ada cempedak yang belum digoreng. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com